Sunday, May 10, 2015

Hijab..

Sunday, May 10, 2015


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Hijab..

Bila kate hijab, macam2 orang akan fikir. Kalau dulu, maybe orang akan kaitkan dengan perempuan tudung labuh, mak2 usrah, ustazah2. Hoho. Akulah itu sebenarnya. Sebab aku guna istilah tudung. Ingatkan hijab tu apply for jilbab. LOL.

And bile masa beredar, zaman berarus maju ke depan, hijab dikaitkan dengan fesyen, gaya, model Islamic. Lagi pulak dah banyak dah sekarang pasal hijab ni. Hijabista. Hijabers Komuniti. Hijabersfashionlovers. Whatsoever lagi la. And kalau bukak mata secara globalnya, banyak isu pasal hijab ni. Contoh kat negara luar, kat Perancis. Mana kebebasan beragama bila larangan berhijab tu dikuat kuasakan.

Hmmm. The thing yang menarik minat aku sendiri is pasal kite punya pandangan pasal hijab. Hijab sendiri bawak maksud menutupi. Ehh? Tutup apekah? In Shaa Allah, tutup aurat. Tutup perhiasan mahal kita ni.


Perhiasan mahal kita ni yang mana? Ahha. So girls, anda sendiri ialah perhiasan tu. Anda sendiri ialah yang mahal tu. From bottom to top. From inner to outer. Pakaian pun hijab. Kalau nak cakap pasal tutup aurat yang sempurna, banyak cerita lagi. Tentang macamana batas aurat yang sebenar, konsep tutup aurat and balut aurat, konsep tutup aurat tapi dedah perangai. Haa. Malu, sederhana, tu pun hijab sebenarnya.

*credit

Tapi konteks hijab yang aku rasa nak sentuh hari ni ialah pasal TUDUNG. JILBAB. SHAWL. PASHMINA. CLOVERUSH. ADIJUMA. Ehh? Hehe. Apa2 je yang seangkatan dengannya.

And Alhamdulillah, kalau tengok, ramai dah yang berhijrah untuk berhijab ni. Mantap seyh! Aku sangat salute la kepada yang boleh berhijrah macam ni. Kenapa? Sebab nak berkorban, keluar dari zon selesa and terpaksa bersusah payah, berpanasan, berhabis duit untuk hijab ni, ingat senang ke? Lagi kalau yang dah 20 tahun hidup tanpa hijab. Dah biasa. Alih2 kena keluar dari kebiasaan tu. Senang? Senang?

Aku sendiri sebenarnya nak cakap pasal hijab ni, aku pikir patploh kali kot. Rasa macam tak layak. Rasa macam akan ada yang akan hempuk aku and cakap, “Kau diam la Ika! Tudung kau pun tak cukup meter, ada hati nak cakap orang.” Aisehh.

Bila belek cermin, tengok tudung sendiri, alahai, rasa malu. Seryes aku rasa malu. Kadang2 pikir lama depan cermin, pass tak nak keluar rumah ni. Okeh tak pakai tudung ni. Tengok kawan cantik je pakai tudung labuh, rasa jugak terdetik kat hati ni, “aku bila lagi?”. Tapi jawapannya krik~ krik~

Aku anak jati Kelantan, yang mana Kelantan pernah (pernah?) dapat gelaran serambi Mekah. Nak compare dengan tempat lain, maybe aku boleh kata kat Kelantan lebih rasa Islamnya. Kat tempat lain pun rasa. Bahkan ada kawan aku yang bukan Kelantan, lagi nampak Islamnya dari orang Kelantan sendiri. Aku bukan nak cakap pasal negeri sape lagi islamik, tapi nak cerita pasal pengalaman aku sendiri macamana. Seryes, dulu (ulang baca : DULU) kalau keluar bandar ke apa, jarang weh nak jumpa amoi2 celup atau akak-salih celup. Takde. Tak hade. Aku membesar dengan suasana macam tu.

Lagi pulak, masa kecik2 dulu, bile keluar bandar, aku akan tengok ada satu signboard ni, pasal peraturan tutup aurat macamana. Gambar kartun. Yang pakai skirt pendek, free hair dipangkahkan. Yang pakai baju kurung, pakai tudung, dia buat tanda betul. Aten selalu usik aku, katanya nanti polis tangkap sebab aku tak pakai tudung. Heh3. Kecik2 punya kenangan.

Cuma bukan tu yang aku nak cakap. Membesar kat Kelantan, lagi aku duduk kampung je, so suasana Islam tu memang ada. Berhijab memang bukan perkara asing. Tapi tak berhijab tu yang jadi benda asing. Cuba kau round kampung aku free hair, wajib glam habis kau. Patblas hari orang ingat muka kau. Aku kadang2 shock bila tengok orang perempuan Islam yang free hair. Rasa macam, “ehh, apa ni? Apa ni? Kenapa dia tak pakai tudung? Kenapa?”

Aku sendiri, family aku bukan la family yang lengkap and perfect dari segi agama. Tapi berhijab tu tak asing bagi kitorang adik beradik. Masa darjah 3, aku dah berhijab kat sekolah. Cuma luar sekolah, on and off la. Pergi tempat jauh, on. Pergi tempat dekat2 rumah, aku off. Masa darjah 5 kot tak silap, memang aku dah lekat dengan hijab. Cuma perfect tak perfect je lagi.

Tapi bagi aku sendiri, yang mana sekarang cuba untuk berhijab lebih sempurna, susah woo. Bukan sekali 2 aku terbabas masuk gaung. Banyak kali sangat. Ada time yang bila aku cuba labuhkan tudung, rasa tak confident. Rasa macam tak cantik sebab besar gedabak. Rasa tenggelam dalam tudung je. Nanti orang carik, mana Ika, mana Ika. Ada time yang aku rasa tak kena dengan gaya. Aku dak hip hop (?), mana kena pakai dengan tudung labuh. Ada time yang aku tersangat malas (in fact selalu) untuk iron tudung. So aku just pick Syria sebab senang tapi Syria aku singkat. Gitu la. Banyak weh dugaan nak berhijrah ni.

Itu bagi aku sendiri yang memang dah berhijab pun. Dah rasa susahnya. Tapi untuk yang baru berjinak nak berhijab, Masha Allah sisters, may Allah grant you Jannah. Tu je aku boleh cakap. Pengorbanan korang untuk cari redha Allah tu, buat aku rasa aku ni kerdil.

Aku bajet dah berbelas tahun pakai tudung, pastu boleh goyang kaki la? Konon dah selamat. No no no. Hijab baru one of it.

Pernah dengar orang kata, “Yang pakai tudung, tak semestinya baik. Yang tak pakai tudung, tak semestinya jahat. Iman dalam hati.”

Hmm, sebenarnya tu la masalah orang kita. Judgemental. Dengan tudung semata-mata, kita tak boleh nak kata, sape pakai tudung, dia dah baik. Sape tak pakai tudung, err… jahat? Tapi ehh, buat apa jugak nak claim sape baik, sape jahat. Kau buat amanah kau, kerja kau, aku buat kerja aku. Baik buruk orang, dosa pahala orang, itu kerja Allah. Tak gitu?

Tapi hijab ni ialah cerminan diri kita. Memang iman dalam hati. Tapi kalau kata iman kita ni mantap, rasional ke untuk kita kata “aku tak nak pakai tudung. Iman aku dah mantap.” Erkk.

Dah tu pulak, tang mana jugak iman kita ni boleh jadi mantap. Manusia ni, iman jenis naik turun. Mantap tu macam .. err.. macam ayam yang sampai sudah tak masak sebab jauhnya panggang dengan api tu.

Sebab iman kita selalu naik turun jugak la, kita diwajibkan untuk berhijab ni. Kenapa? Sebab hijab ni macam penghalang. As if nak halang kita daripada buat perkara yang salah. Contoh, kita berhijab kemahen labuh tapi dating kat mall dengan pakwe. Agak2 apa orang kata? Rasa malu tak bila orang pandang je pastu psst psst potpet potpet dengan orang sebelah. Lain daripada orang yang free hair, and dating dengan pakwe kat mall. Tanggapan orang akan jadi berbeza.

So kat situlah hijab ni akan jadi macam barrier, untuk halang kita daripada buat benda salah tu. Bukan la nak kata niat kita berhijab ni sebab tak nak orang mengata kalau kita buat salah. Tapi anggap hijab ni kayu ukurannya and pemangkin kita untuk tahan nafsu.

Orang tanya jugak, kenapa nak kena berhijab? Kenapa nak kena tutup2 bagai ni?

Ehem.. hehe. Aurat ni perhiasan wanita. Perhiasan yang sangat mahal. Cuma orang yang berhak je boleh lihat, boleh pegang, sentuh, miliki. Kalau dah jadi tayangan orang, dah tak eksklusif dah la. Let’s say kalau korang beli kasut, korang try yang display kan. Belek2, try2. Tapi kalau beli, korang nak yang display tu ke yang baru, yang stok? Kalau aku beli barang display, habis2 aku akan tawar lagi untuk dapat murah. Nilai display tu dah jadi murah dah. Tahu? Faham?

Aku kenal sorang ukht ni, tak de la kenal betol2 kenal. Cuma setakat kenal nama, duduk mana, fakulti apa, tu aku tahu la. Sembang pun pernah je 2,3 kali. Aku sangat salute akak ni tau. First time aku kenal dia ialah masa kitorang punya hari orientasi students Malaysia kat sini. Dia one of the biro aktiviti yang jaga checkpoint. At that time, aku tak banyak kenal pun students daripada fakulti lain. Seniors twinning pun belum kenal habis lagi.

Akak ni, time tu dia free hair, T-shirt lengan pendek. Aku dok pikir sorang, akak ni orang mana sebenarnya. Sebab gaya cakap macam Melayu. Tapi muka tak berapa nak macam melayu tulen. Macam ada mix India sikit. Hendostan la. Dengar dia bahasakan nama dia pun dah bunyik omputih pulak.

And then lama tu, aku involve satu projek and dia ketua kitorang. Masa meeting, aku tengok dia pakai tudung. Time tu tudung bawal biasa, yang singkat je la. Still, dia dah start bertudung. Time tu dia pakai baju lengan panjang. Aku pikir lama, akak ni akak yang sama ke. Ke aku salah orang. Sebab dia dah bertudung dah. And memang confirm dia orang yang sama. Aku amazed jugak time tu, sebab tak sangka dia dah berubah kan.

And recently aku terserempak dengan dia lagi, (alkisah aku sangat jarang terserempak dengan dia sebab different fakulti). Aku lagi la bulat mata tengok dia. Subhanallah. Seryes weh. Cantik sangat aku tengok dia pakai baju kurung, pakai tudung yang lebih labuh, lagi labuh dari aku. In shaa Allah sempurna. Cover chest. I was like, seryes ke tu dia. Aku salah tengok ke.

And aku pandang baju dengan tudung yang aku pakai hari tu. Rasa macam … TT_TT

Sangat malu. Malu bila fikir, dia yang asalnya tak kenal hijab, tapi dalam masa setahun lebih gitu, dia boleh bertudung labuh dah. Aku yang dah berbelas tahun bertudung ni, mana labuhnya?
Kata orang, hidayah Allah datang kepada siapa yang Allah kehendaki. Alhamdulillah, akak tu ialah that chosen one. Rasa jealous tak? Rasa tak? Aku rasa.

Bila orang kata, muslimah lebih cantik dengan hijab, aku sangat agree. Dulu fikir, tayang rambut ikal mayang pun cantik apa. Iklan syampu kot. Guna jari pun boleh. Tayang rambut macam Avril pun cun jugak. Pink hijau. Kih3.

Kalau pakai tudung, bagi bulat muka je ada la. Kadang pulak selekeh bila terkelepet. Dah tu jawabnya bila pakai tudung, kemahen tarik nafas tahan nafas, moncong mulut2 dok hembus hujung tudung. Sebab tak nak kasi kelepet kat hujung tudung tu. Nak kelepet kat bawah dagu tu pun kemahen teliti, konon tak nak bagi bulat muka. Rasa macam tudung memporak perandakan keyakinan diri pun ada.

Haiyyo, begitukah?

Tidak sama sekali Ika. Tidak. Itu cuma propaganda je.

Tapi bila tengok akak tu sendiri, aku rasa dia sangat cantik bila bertudung. Dia bukannya ada darah mix, bukannya Pan Asian ke apa ke kalau nak kata cantik tu. Muka retis pun tak. Bagi aku, dia biasa2 je. Tapi cantiknya dia tu ada somewhere yang tak boleh nak cakap. Just that, dia cantik. Tu je.

And aku ada sorang kawan sekolah ni. daripada sekolah, dia memang dah bertudung. Bahkan lagi awal daripada aku, and lagi better dari aku. And recently aku tengok dia dah bertudung labuh. Subhanallah. Orang dah cantik, cantik pula hijab dia, double2 cantiknya.

Nak berubah, banyak halangan. Ada halangan dari diri sendiri. Yang tu macam2 la kan. Ada jugak halangan dari luar. Yang mana mungkin ada yang mengata, ada yang kutuk2. Ada yang akan hentam kita bila ada something happen.

Contoh, ukht ni baru pakai tudung. Pastu upload ayat2 islamik sikit kat FB. Tetibe datang la keyboard warrior, “hek eleh pompuan ni. Baru pakai tudung sehari dah bajet ustazah.”

Contoh, ukht ni baru pakai tudung. And cuba ubah cara cakap, pergaulan semua. Datang la akak2 jemah, “hek eleh pompuan ni. Bajet baik la pulak. Cakap sopan. Baju kurung. Pakai tudung je automatic baik. Kat belakang, hentah apa la.”

Benda baik pun orang akan cakap. Lagi kalau buat benda jahat.


So keep going on wahai muslimah sekalian! Kentalkan jiwamu! Teguhkan pendirianmu! Kita wanita pejuang, tak tunduk pada bicara orang!


*credit

So sisters out there, jumm kita perbetulkan langkah kita. Kita take a look back. Nak berubah, memang tak pernah senang. Cuma, keep on believing yang Allah akan selalu teman kita. Innallaha ma’ana. And In Shaa Allah, percayalah, akan ada ganjaran untuk orang yang percaya dan yakin dengan janji Allah tu.


Let’s pray for each other. Semoga kita (kita ni maksudnya aku sekali tau? tau? tau?) akan terus gagah di jalan hijrah ni. Amin..

*credit


Jazakumullahu khayran katheera for reading this entry..


p/s : tetibe teringat music video cover of One Direction by >MrTheAllShared< - HIJAB MAKES YOU BEAUTIFUL. Mantap wa cakap lu.






2 comments:

Kisah Kabus Qaseh © 2014