Saturday, September 19, 2015

Medic Itu Tarbiyah..

Saturday, September 19, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Dear readers. Heh3. Acah acah je. Hitung-hitung masa, aku sebenarnya dah masuk 3rd year kat twinning UNPAD ni. Kalau nak kata macam tak percaya, macam nak jeluak la kan dengar. Cliché der. Yehett. Tapi memang tu pun yang aku rasa. Mula-mula jejak kaki kat sini, 24 Ogos 2013. Aku ingat sangat tarikh tu. Sape tak ingat kan. Lepas setahun setahun berlalu.

2,3 hari lepas, aku busy compilekan notes-notes sem lepas, nak jadikan buku. Then aku susun elok-elok kat rak. Bila tengok tebalnya masing-masing semester punya buku, Subhanallah. Banyak tu ke aku dah belajar selama ni?

Bila tengok buku anatomi, buku physiology, pharmacology, tak rasa apa. Hari-hari belek pun tak rasa apa. Sebab tu memang buku medic. Kalau tak tebal, macam doubt pulak. Tu buku yang memang kitorang takkan pernah khatam pun. So no hal la kan. Tapi bila tengok notes-notes setiap case tutorial yang aku dah bukukan, aku macam nak hantuk kepala sendiri. Kenapa macam dah banyak belajar dalam tutor tapi hotak still rasa kosong. Mana sangkut ilmu aku?

Dari sem 1 lagi belajar metabolism cholesterol, tapi hari ni tutor case bincang pasal metabolism cholesterol, kelu lagi. Mamai lagi. Dari sem 1 belajar physiology of cell repair, masuk tutor, bila dosen tanya, sengih lagi. Garu kepala. Kadang-kadang dalam tutor asyik jumpa drugs yang sama je. Tapi dok siku member sebelah, “wehh, ni drugs apa? Macam pernah dengar.”

Kadang-kadang rasa berdosa. Rasa bersalah. Study tak pernah bersungguh. Main memanjang. Seminggu masa untuk siapkan notes tutor. Dari Isnin bukak case sampai Jumaat tutup case. Tup tup Khamis malamnya tu baru aku bukak buku. Baru check aku kena cover part mana.

Dalam lecture, mengantuk bukan problem utama. Tapi melayang. Dosen baru bagi mukaddimah sikit, aku punya berangan dah sampai Zimbabwe mana dah. Sedapkan hati sendiri, tak pe la. Nanti balik aku study sendiri. Nak buat macamana, aku orang visual. Aku bukan orang audio. Susah nak masuk kalau setakat kena dengar je. Tup tup 2,3 hari nak exam, baru kutip semua slides lecture. Konon nak study. Mengeluh lagi.

Terfikir jugak, tak pernah bersyukur ke aku ni? Rezeki Allah dah bagi, tapi sia-siakan. Kata kak murabbi sewaktu mabit minggu lepas, pernah tak terfikir kenapa dalam banyak-banyak orang, aku ialah salah seorang yang terpilih untuk ada kat sini? Belajar ilmu Allah ni. Tengok satu dunia ni. Tengok planet kita, Bumi, ade 7 benua. Kat benua Asia, ada berapa banyak negara. Negara Malaysia, ada berapa negeri. Katakan negeri Kelantan, ada berapa banyak daerah, jajahan, bandar? Kat Pasir Puteh, ada family aku. Dalam family aku, ada 7 beradik. Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang menghuni planet ni, yang ada kat benua Asia ni, yang ada kat Malaysia, yang tinggal kat Kelantan, menetap kat Pasir Puteh, yang dalam 7 orang siblings aku, kenapa aku? Kenapa aku yang Allah pilih untuk berada kat sini? Tak rasa spesel ke tu? Yet, aku abaikan anugerah tu.

Berada di sini, walaupun tak sebaik study medic kat Malaysia, still satu nikmat Allah yang besar. Yes, indeed, belajar medic kat Malaysia jauh lagi bagus daripada kat sini for those yang tak tahu. For those yang selalu cakap, “untung la Ika dapat belajar jauh-jauh”. Twinning is nothing better than full medic kat Malaysia. Still, Bandung is anugerah. At least, dapat la merasa duduk kat negara orang. That’s one thing.

*kredit

Just that pernah terfikir, if I’m not here today, kalau ni bukan tempat Allah letak aku, maybe aku sekarang ialah seorang student Enginering Elektrik & Elektronik kat UKM. Tapi aku sekarang kat sini. Kat sini. Kat kota Bandung ni. Belajar medic.

Kenapa?

Well, who knows apa yang Allah rancang sebenarnya untuk aku kan.

*kredit

Minggu lepas kitorang mabit. Which is Malam Bina Iman dan Taqwa. Basically malam tu kitorang ada sharing sikit daripada muajjih jemputan and malam tu bangun qiamullail beramai-ramai. Qiamullail sendiri-sendiri and jemaah. Esoknya kitorang rehlah kat Situ Patenggang.

Masa mabit, kitorang dapat sharing daripada Kak Aisyah, doktor yang sekarang terlibat dengan management hospital sort of. Not really sure. Dia punya husband orang sini, sebab tu sekarang dia menetap kat sini. This is the first time kitorang dapat sharing daripada seorang doktor yang jugak ikut dakwah tarbiyah ni. Rasa macam, whoaaa. Salute la. She’s a wife, a mother, a doctor and a Muslimah. A great musimah.

Dia share about being a Muslim Doctor. Selalu dengar doktor muslimah kan. Tapi betulkan balik. Cause we’re a muslim beyond anything else. Being a doctor, sebenarnya bukan sebab rasa ni ialah peluang kerja yang bagus. Dapat glamour, dapat kumpul duit bebanyak. Yet, being a doctor is a part of dakwah.

Sekurang-kurangnya untuk kitorang sebagai medical students, masih belum rasa macamana nak berdakwah dengan profesi ni. Tapi at least, as a student, nak dakwah diri sendiri tu tak susah. Nak tarbiyah diri tu, kat hujung jari je. Tapi antara sedar tak sedar, nak tak nak je.

Kata Kak Aisyah, ayat-ayat Allah ni ada 2. Ayat-ayat qauliyah dan ayat-ayat kauniyah. Ayat-ayat qauliyah ialah yang berupa perkataan atau ucapan. Directly kita boleh baca ayat-ayat daripada Allah. Iaitu Al-Quran. Allah terangkan kebesaranNya melalui Al-Quran.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal.
‘Ali-Imran, 3 : 190
Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendaahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Yaasin, 36 : 40
Tu Allah nyatakan secara direct dalam kalamNya.

Ayat-ayat kauniyah Allah pulak berupa pembuktian tu. yang kita boleh lihat sendiri, kagumi sendiri.

Lihat kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang. So obvious untuk kita bersyukur dan rasa tunduk dengan kebesaran Allah tu.

Lihat peredaran matahari dan bulan yang menyebabkan adanya perubahan malam dan siang. Sains sekolah rendah lagi. Betapa Subhanallahnya penciptaan Allah ni.

Being a medical students, it’s a sort of satu kelebihan untuk kitorang belajar ayat-ayat kauniyah Allah directly. Sekarang kitorang masuk sistem cardiovascular. Belajar pasal jantung. Anatomy. How amazing it is untuk belajar struktur sebijik jantung tu yang berbelit-belit salur darahnya. Yang tersusun every chamber untuk passkan blood to different circulation. Belajar physiology, macamana takjubnya jantung ni merupakan organ yang crucial untuk kita. Macamana every beat of heart tu boleh terjadi. Macamana satu badan kita yang besar ni, darahnya disupply oleh organ yang sebesar tangan ni je.

Itu ialah dakwah dan tarbiyah kitorang terhadap diri sendiri. Teringat dulu cikgu bio masa matriks dulu pernah cakap. Students yang belajar Biology ni sangat untung. Every chapter yang kitorang belajar, every syllabus, every system, organ, semuanya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Mengingatkan kita terhadap kebesaran Allah. Bila kita sedar those amazing creations of Allah, boleh ke untuk kita butakan mata, pekakkan telinga untuk ignore kebesaran Allah ni?

Aku paling amazed masa system reproductive dulu. Macamana kelahiran tu boleh terjadi. Kitorang belajar all those things pasal embryology baby, physiology kelahiran, mechanism labouring. Tapi takde dalam buku explain macamana nyawa atau roh tu boleh ditiup masuk ke dalam janin. Siapa yang tiupkan roh tu. Macamana jantung janin tu boleh mula berdegup. Langman’s Medical Embryology kitorang tak ada mention setakat yang aku baca.

Unless, dalam Al-Quran.

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
As-Sajdah, 32 : 9
Semalam present 3rd case untuk tutor. And aku kena cover parts vascularization of heart. All those salur darah kat jantung kita ni. Untuk presentation, aku lukis kat flipchart. Salute diri sendiri. Dah masuk 3rd year, this is 1st time aku bersungguh yang amat melukis kat flipchart. My flipchart selalu tak berapa macam fipchart. Since flipchart aku ialah tittle-and-subtittle-with-some-arrows-written-flipchart, aku tak rasa tu ialah flipchart yang aku patut banggakan and tampal kat bilik. Hell no.

Tadaaaa!

Sambil berpeluh-peluh melukis (ceitt-sangatlah), aku terfikir sendiri. How cool is this. 1 heart yang sekecik tangan ni, supply darah dia ni crucial gila. Katakan satu salur darah tersumbat, atau mati, jawabnya akan ada masalah kat jantung. Heart ischemia. Myocardial infarction. And epidemiologi kata, statistic kematian sebab masalah jantung ni tinggi. Hohhh.

Pulak tu terfikir lagi. aku nak melukis sebijik jantung ni pun dah mengeluh sakan. Berejam. Dah pulak banyak kali salah, padam. Tapi Allah? Kun Fayakun...

Ni ayat kauniyah yang Allah cuba sampaikan. Cuma perlu bukak mata, bukak hati. In Shaa Allah, nampak apa yang Allah nak bagi.


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Wednesday, September 9, 2015

It's Dunya..

Wednesday, September 9, 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Okeh. Jumpe lagi dalam entry baru ni. Ahahaha. Allah bukak hati aku, Allah ringankan tangan aku and Allah permudahkan urusan aku nak menulis kali ni. In Shaa Allah. Dan Allah pun dah jadikan kalian orang yang terpilih and bertuah (ceitt. bertuah ke?) untuk baca entry ni. In Shaa Allah, setiap yang berlaku tak sia-sia. Ada hikmahnya, ada kebaikan dan untungnya Allah dah lapangkan masa korang selama 5 minit ni untuk sejenak menuju jalanNya.

Sebelum tu, nak la jugak tanya. Korang access blog ni dari mana? Ipong 6? S6? A7? Zenfone? BB? Macbook? Acer? Ipad? Youpad? I, my, me, mine?

Anyhow. Nak tanya lagi, hari ni dah berapa jam browsing? Kalau bukak dari direct link FB aku, dah berapa jam ber-facebook-ing hari ni? Kalau bukak direct link dari Twitter aku, dah berapa jam ber-tweet-and-retweet-ing hari ni?

Okeh la. Kot baru je bukak tenet kan. Tetibe naik link entry ni. Husnudzon la saya sama kamu. Ermm. Dah alang-alang bukak ni, jumm kite cakap sikit pasal ‘dunya vs akhirat’.

Recently I tweeted about macamana kita ni terkadang terlalu attach dengan dunya. Time tu tak sempat nak blogkan.

Here’s some situations,


SITUATION 1
A : Wehh, tengok tak cerita korea baru keluar? Best gile wehh.
B : Cite apekah?
A : Yong-Pal
B : *Krik~ Krik~* Sapa belakon?
A : Joo Won
B : *Krik~ Krik~* Sapakah itu? Tak penah dengar pun.
A : Ko tak kenal? Ko tak kenal? Lame gile ko. Tak pernah tengok Good Doctor?
B : *Geleng, terus bukak google. Cari sapa Joo Won, apa Good Doctor ni, best ke Yong-Pal ni*

SITUATION 2 :
A : Aku ingat nak tukaq hempon la.
B : Nak beli hempon apa pulak?
A : Samsung A9 kot
B : Samsung? Beli la Ipong 8 terus.
A : Okeh ke? tak mahal sangat?
B : Eh, okeh je la. Ipong 8 ni canggih tahap gaban kot. Kamera 24 MP. Nak buka screen kena pakai retina scan weh. Bla bla bla… (acah-acah)

SITUATION 3:
C : Best la wehh aku beli buku baru nih.
B : Ye ke? Buku apakah?
C : #Henshin.
B : *Krik~ Krik~* Buku apakah itu?
C : Buku dakwah. Henshin ni maksudnya berubah. So basically untuk ajak berubah la.
B : Sapa tulis?
C : Aiman Banna.
B : *Krik~ Krik~* Sapa dak Aiman ni? Femes?
C : Femes la gak. Banyak orang panggil bagi talk dakwah. Buku dia pun dah banyak. Kau nak pinjam?
B : *Geleng, sengih* Tak pe la. Busy, tak sempat baca.

Ehemmm. Belum sentap lagi kan. Belum faham arah hala tuju lagi ni kan. Hmm. Jangan tipu diri sendiri and cakap korang tak pernah alami situation macam ni. At least berdepan dengan situasi yang lebih kurang.

Cakap pasal drama korea, hamboiiihh. Laju kemahen kau. Cerita tu tengah hot. Cerita ni tengah tayang. Pelakon ni hensem, yang tu cute. Cerita yang belum tayang pun kau tahu semua hujung pangkal. Gosip retis? Mana yang kau tak tahu.

Cer orang mintak kau sebut 10 muwasafat tarbiyah. Gagap jugak kau. Tah sapa yang usulkan muwasafat tarbiyah ni pun tergigit lidah kau nak menyebut namanya. Tapi sebut je nama retis korea, kemahen laju kan. Birthday hafal, drama dia kau hafal. Dok oppa, oppa. Eonni, eonni. (ceitt. macam tak tengok korea je haku)

Terkadang kita malu, kita segan bila kita tak up-to-date. Tak kenal artis ni, orang cakap kita kolot. Tak tahu cerita tu, orang cakap kita ketinggalan zaman. Tak reti nyanyi lagu omputih baru, orang kata kita tak terbukak mata.

Mata hati terbukak tak cukup eh? Memang wajib tahu eh semua artis-artis tu?

Sampai sanggup la google pasal artis ni, cari lagu-lagu dia, hafal. Konon nak tunjuk yang kau pun tahu jugak. Yang kau pun tak ketinggalan jugak.

Cuba akak usrah mintak siapkan homework pasal sahabat nabi, mengeluh tak sudah. “Takde buku la kak. Leceh nak kena google.” Eh?

Kita malu dengan manusia. Kita segan bila kita konon tak maju sebab tak tahu artist tu, tak tahu cerita ni. Pernah tak kita malu dengan Allah kalau kita tak kenal kekasih Allah? Malu tak kalau kita tak kenal sahabat-sahabat Rasulullah yang Allah janjikan syurga untuk mereka.
Okeh, aku tunduk muka. Tak berani angkat. Maluuuuu seyh.

Tadi saja la aku bukak satu site kat fb ni, “how old are you in Korean age”. Aku pikir nanti dia akan convertkan umur kita jadi umur korea. Sebab korea kan ada umur yang beza. Sekali keluar kuiz. Aku layankan je la. Soalan pasal lagu faveret apa, artis faveret and bagai-bagai tu la. Hupenya Korean age yang dimaksudkan kat sini ialah seberapa ‘veteran’ kita dalam dunia K-pop ni. Aku dapat Baby age (0-2 years). Ceitt.

Aku ceittkan awal-awalnya. Sampai la aku terfikir. Alhamdulillah. Aku tak sampai veteran lagi. Aku tak nak. Aku tak nak jadi veteran dalam dunia Kpop. Cakap la aku lame ke, kuno ke, noob ke. Aku tak nak.

Bukan aku tak layan korea. Aku layan je. Cuma aku tak nak jadi obsess. Tak nak. Ya Allah, aku tak nak.

Haa, sebut pulak tadi pasal hempom baru. Hamboiih. Sampai Ipong, Youpong, semua kau nak ambik tahu. Konon nak up to date la. Orang dah tak pakai tepon main tekan butang, semua yang kena slide nak bukak. Yang kena touch touch. Takde sapa nak bengkak jari nak menekan butang hempon dah jaman sekarang.

Dah konon nak smartphone, apa barang pakai yang cikai. Paling nak Ipong, Samsung A7, Note 4, Grand, Mega, apa lagi kau. Setakat 2,3 ratus, tak nak pandang weh. Nak ribu riban.

Jangan bash aku. Lekkk. Aku tak cakap habiskan duit ribu riban beli hempon mahal tu salah. Tak. Aku tak cakap salah. Cuma cer tanya cik hempon tu, boleh tak dorang nak tolong korang jawab soalan Ma Rabbuka kat kubur nanti. Eh, google je la kan nanti kat kubur. Keluar la jawapan Allah Rabbi tu. Tak gitew? Errr.

Cer check wallet and purse korang. Nipis tebal aku tak heran. Tapi try tanya diri sendiri, tebalnya wallet korang tu, adakah akan bawak ke kubur nanti? Nipisnya wallet korang tu, adakah korang nipiskan dengan bersedekah ke jalan Allah?

Kalau sanggup habis ribu riban untuk hempon, sanggup tak habiskan jumlah yang sama, bagi sedekah kat masjid, rumah anak yatim? Perghh. Gila nak bagi ribu riban kat masjid? Memang tak la kan. Baik beli Ipong. Kat masjid, 10 hengget tu pun kira dah patut bersyukur dah. Pfft.

Entry kali ni memang bernada retorik. Sebab aku nak korang fikir sendiri. Sebab korang tahu sendiri korang macamana. Baik buruk korang, aku tak tahu macamana. Tepuk dada tanya iman la kan.

Cuma zaman sekarang, aku sedar yang disebabkan kita ni terlampau nak kejar arus moden, sampai kita terlampau busy untuk akhirat. Even hal dunia pun tak sempat nak kejar habis, lagi nak kejar akhirat. Kan? Sehari 24 jam je. 6 jam tido. 8 jam kat kelas. Dah 14 jam. Tolak tambah makan, minum, mandi, sembang2 total 4 jam la kot. Dah 18 jam. So lagi 6 jam remained? Ahhha. Solat 5-6 minit 1 waktu. So 30 minit. Remain lagi 5 jam setengah. 3 jam setengah study, cukup la tu. Lebih lagi 2 jam. Ahhha! Facebook. Twitter. Ig. Apa lagi kan.

Sayangnya kita kat handphone ni, sampai lepas aminkan semayang je terus melilau mata cari hempon. Nak check kot masuk mesej baru. Nak tengok kot ada yang like status dakwah tadi. Eh? Sampai kita terleka, kita terlupa nak tadahkan tangan kat Allah, mohon doa. Mohon kesejahteraan kat Allah. Minta Allah ampunkan dosa. Tak sempat weh. Tak sempat. Nak kena cepat-cepat check whatsapp ni.

Nak kata attachednya kita kat hempon ni, sampai macam tu sekali tahu. Hempon ni dunia, maksudnya attachednya kita kat dunia ni.

Tepuk dada masing-masing. Aku tepuk dada aku, terbelahak jugak aku. Sentap bila pikir sendiri. Dulu aku tukar hempon, dari yang biasa ke yang upgrade sikit. At least tak primitive sangat la kan. Padahal orang tak pandang dah pun hempon macam aku. Aku keep on tajdid niat aku. Aku nak kekalkan supaya niat aku beli hempon baru tu bukan dengan niat nak bermaksiat, niat nak lagha, niat nak stalk fb crush ke apa ke. Niat aku, biar mudah je nak guna. Kamera bagi cantik sikit, In Shaa Allah aku tak niatkan untuk nak ambik selfie. Tapi aku niatkan senang nak snap notes untuk share kat whatsapp dengan member.

Alhamdulillah. Niat aku tak tersasar. Sampai la few month after pakai hempon baru, and aku dah lari niat, lari kerja. Aku asyik youtubing je, konon best sikit sebab skrin dah besar. Then sebab internal memory da besar sikit, aku install fb. Konon tak nak ketinggalan any new updates pasal Malaysia, Palestine. Tapi aku jadi leka. Asyik belek fb. Basically for nothing.

Sampai la Allah tegur aku. Hempon aku kena rembat dalam angkot masa awal bulan puasa. Nak dijadikan cerita, memang unexpected sangat2. Sebab aku sangat jarang guna angkot since aku ke mana-mana pakai motor. Letak hempon dalam beg, letak beg atas paha, tapi boleh je hempon kena rembat. Memang aku terfikir, macamana boleh jadi macam tu. Dan dan aku naik angkot jugak la jadi kan.

Tapi orang ni, kalau dah salah, bila kena tegur, cepat je mengaku salah. Bila jadi macam ni, aku redha. Aku tahu tu mungkin teguran Allah. Tipu la kalau cakap tak terkilan, tak marah. Aku marah weh, sangat marah. Tapi marah aku ni, marah kat sapa? Ni aturan Allah. Kalau aku marah kat apa yang jadi ni, means aku marah kat Allah. Means aku tak redha dengan aturan Allah.

Then, sebulan aku hidup sebagai manusia yang tak ada hempon. Memang leceh. Nak call ma, kena pinjam hempon orang. Dah pulak tak boleh sesuka hati nak pinjam. Nak browse tenet, wifi rumah kena stop dulu sebab dah nak balik Malaysia nanti. So tenet pun takde. Balik Malaysia, tak beli lagi hempon sebab nak beli dengan member Kak Jie je. 2,3 hari nak raya baru aku dapat hempon. Aku fikir, mungkin Allah nak jaga aku daripada buat benda lagha sepanjang puasa ni. Wallahua’lam.

Leceh memang leceh. Tapi sebulan tak ada hempon ni buat aku sedar, betapa memang hidup kita selama ni sangat attached dengan hempon. Sangat. Sangat. Attached dengan dunia.

In Shaa Allah, korang guna hempon korang tu untuk tujuan dakwah, tujuan ibadah. Alhamdulillah. I salute you brothers and sisters.

Tapi pernah tak korang tak tersasar walau sekali pun??

Haa. Itu la yang aku nak cakap. So still, tajdidkan niat. Jangan jadikan hempon ni satu alasan yang akan memberatkan timbangan dosa kita nanti. Jadikanlah hempon ni sebagai medium korang untuk book tiket syurga. So that bila korang pegang hempon korang macam yang korang pegang sekarang ni, In Shaa Allah korang tengah pegang both DUNIA and AKHIRAT.



Wallahua’lam..

Jazakumullahu Khayran Katheera..


Kisah Kabus Qaseh © 2014