Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..
Okeh. Jumpe lagi dalam entry
baru ni. Ahahaha. Allah bukak hati aku, Allah ringankan tangan aku and Allah
permudahkan urusan aku nak menulis kali ni. In Shaa Allah. Dan Allah pun dah
jadikan kalian orang yang terpilih and bertuah (ceitt. bertuah ke?) untuk baca
entry ni. In Shaa Allah, setiap yang berlaku tak sia-sia. Ada hikmahnya, ada
kebaikan dan untungnya Allah dah lapangkan masa korang selama 5 minit ni untuk
sejenak menuju jalanNya.
Sebelum tu, nak la jugak
tanya. Korang access blog ni dari mana? Ipong 6? S6? A7? Zenfone? BB? Macbook?
Acer? Ipad? Youpad? I, my, me, mine?
Anyhow. Nak tanya lagi, hari
ni dah berapa jam browsing? Kalau bukak dari direct link FB aku, dah berapa jam
ber-facebook-ing hari ni? Kalau bukak direct link dari Twitter aku, dah berapa
jam ber-tweet-and-retweet-ing hari ni?
Okeh la. Kot baru je bukak
tenet kan. Tetibe naik link entry ni. Husnudzon la saya sama kamu. Ermm. Dah
alang-alang bukak ni, jumm kite cakap sikit pasal ‘dunya vs akhirat’.
Recently I tweeted about
macamana kita ni terkadang terlalu attach dengan dunya. Time tu tak sempat nak
blogkan.
Here’s some situations,
SITUATION 1
A : Wehh, tengok tak cerita korea baru keluar? Best gile wehh.
B : Cite apekah?
A : Yong-Pal
B : *Krik~ Krik~* Sapa belakon?
A : Joo Won
B : *Krik~ Krik~* Sapakah itu? Tak penah dengar pun.
A : Ko tak kenal? Ko tak kenal? Lame gile ko. Tak pernah tengok
Good Doctor?
B : *Geleng, terus bukak google. Cari sapa Joo Won, apa Good
Doctor ni, best ke Yong-Pal ni*
SITUATION 2 :
A : Aku ingat nak tukaq hempon la.
B : Nak beli hempon apa pulak?
A : Samsung A9 kot
B : Samsung? Beli la Ipong 8 terus.
A : Okeh ke? tak mahal sangat?
B : Eh, okeh je la. Ipong 8 ni canggih tahap gaban kot. Kamera
24 MP. Nak buka screen kena pakai retina scan weh. Bla bla bla… (acah-acah)
SITUATION 3:
C : Best la wehh aku beli buku baru nih.
B : Ye ke? Buku apakah?
C : #Henshin.
B : *Krik~ Krik~* Buku apakah itu?
C : Buku dakwah. Henshin ni maksudnya berubah. So basically
untuk ajak berubah la.
B : Sapa tulis?
C : Aiman Banna.
B : *Krik~ Krik~* Sapa dak Aiman ni? Femes?
C : Femes la gak. Banyak orang panggil bagi talk dakwah. Buku dia
pun dah banyak. Kau nak pinjam?
B : *Geleng, sengih* Tak pe la. Busy, tak sempat baca.
Ehemmm. Belum sentap lagi
kan. Belum faham arah hala tuju lagi ni kan. Hmm. Jangan tipu diri sendiri and
cakap korang tak pernah alami situation macam ni. At least berdepan dengan
situasi yang lebih kurang.
Cakap pasal drama korea,
hamboiiihh. Laju kemahen kau. Cerita tu tengah hot. Cerita ni tengah tayang.
Pelakon ni hensem, yang tu cute. Cerita yang belum tayang pun kau tahu semua
hujung pangkal. Gosip retis? Mana yang kau tak tahu.
Cer orang mintak kau sebut
10 muwasafat tarbiyah. Gagap jugak kau. Tah sapa yang usulkan muwasafat
tarbiyah ni pun tergigit lidah kau nak menyebut namanya. Tapi sebut je nama
retis korea, kemahen laju kan. Birthday hafal, drama dia kau hafal. Dok oppa,
oppa. Eonni, eonni. (ceitt. macam tak tengok korea je haku)
Terkadang kita malu, kita
segan bila kita tak up-to-date. Tak kenal artis ni, orang cakap kita kolot. Tak
tahu cerita tu, orang cakap kita ketinggalan zaman. Tak reti nyanyi lagu
omputih baru, orang kata kita tak terbukak mata.
Mata hati terbukak tak cukup
eh? Memang wajib tahu eh semua artis-artis tu?
Sampai sanggup la google
pasal artis ni, cari lagu-lagu dia, hafal. Konon nak tunjuk yang kau pun tahu
jugak. Yang kau pun tak ketinggalan jugak.
Cuba akak usrah mintak
siapkan homework pasal sahabat nabi, mengeluh tak sudah. “Takde buku la kak.
Leceh nak kena google.” Eh?
Kita malu dengan manusia.
Kita segan bila kita konon tak maju sebab tak tahu artist tu, tak tahu cerita
ni. Pernah tak kita malu dengan Allah kalau kita tak kenal kekasih Allah? Malu
tak kalau kita tak kenal sahabat-sahabat Rasulullah yang Allah janjikan syurga
untuk mereka.
Okeh, aku tunduk muka. Tak
berani angkat. Maluuuuu seyh.
Tadi saja la aku bukak satu
site kat fb ni, “how old are you in Korean age”. Aku pikir nanti dia akan
convertkan umur kita jadi umur korea. Sebab korea kan ada umur yang beza.
Sekali keluar kuiz. Aku layankan je la. Soalan pasal lagu faveret apa, artis
faveret and bagai-bagai tu la. Hupenya Korean age yang dimaksudkan kat sini
ialah seberapa ‘veteran’ kita dalam dunia K-pop ni. Aku dapat Baby age (0-2
years). Ceitt.
Aku ceittkan awal-awalnya.
Sampai la aku terfikir. Alhamdulillah. Aku tak sampai veteran lagi. Aku tak
nak. Aku tak nak jadi veteran dalam dunia Kpop. Cakap la aku lame ke, kuno ke,
noob ke. Aku tak nak.
Bukan aku tak layan korea.
Aku layan je. Cuma aku tak nak jadi obsess. Tak nak. Ya Allah, aku tak nak.
Haa, sebut pulak tadi pasal
hempom baru. Hamboiih. Sampai Ipong, Youpong, semua kau nak ambik tahu. Konon
nak up to date la. Orang dah tak pakai tepon main tekan butang, semua yang kena
slide nak bukak. Yang kena touch touch. Takde sapa nak bengkak jari nak menekan
butang hempon dah jaman sekarang.
Dah konon nak smartphone,
apa barang pakai yang cikai. Paling nak Ipong, Samsung A7, Note 4, Grand, Mega,
apa lagi kau. Setakat 2,3 ratus, tak nak pandang weh. Nak ribu riban.
Jangan bash aku. Lekkk. Aku
tak cakap habiskan duit ribu riban beli hempon mahal tu salah. Tak. Aku tak
cakap salah. Cuma cer tanya cik hempon tu, boleh tak dorang nak tolong korang
jawab soalan Ma Rabbuka kat kubur nanti. Eh, google je la kan nanti kat kubur.
Keluar la jawapan Allah Rabbi tu. Tak gitew? Errr.
Cer check wallet and purse
korang. Nipis tebal aku tak heran. Tapi try tanya diri sendiri, tebalnya wallet
korang tu, adakah akan bawak ke kubur nanti? Nipisnya wallet korang tu, adakah
korang nipiskan dengan bersedekah ke jalan Allah?
Kalau sanggup habis ribu
riban untuk hempon, sanggup tak habiskan jumlah yang sama, bagi sedekah kat
masjid, rumah anak yatim? Perghh. Gila nak bagi ribu riban kat masjid? Memang
tak la kan. Baik beli Ipong. Kat masjid, 10 hengget tu pun kira dah patut
bersyukur dah. Pfft.
Entry kali ni memang bernada
retorik. Sebab aku nak korang fikir sendiri. Sebab korang tahu sendiri korang
macamana. Baik buruk korang, aku tak tahu macamana. Tepuk dada tanya iman la
kan.
Cuma zaman sekarang, aku
sedar yang disebabkan kita ni terlampau nak kejar arus moden, sampai kita
terlampau busy untuk akhirat. Even hal dunia pun tak sempat nak kejar habis,
lagi nak kejar akhirat. Kan? Sehari 24 jam je. 6 jam tido. 8 jam kat kelas. Dah
14 jam. Tolak tambah makan, minum, mandi, sembang2 total 4 jam la kot. Dah 18
jam. So lagi 6 jam remained? Ahhha. Solat 5-6 minit 1 waktu. So 30 minit.
Remain lagi 5 jam setengah. 3 jam setengah study, cukup la tu. Lebih lagi 2
jam. Ahhha! Facebook. Twitter. Ig. Apa lagi kan.
Sayangnya kita kat handphone
ni, sampai lepas aminkan semayang je terus melilau mata cari hempon. Nak check
kot masuk mesej baru. Nak tengok kot ada yang like status dakwah tadi. Eh?
Sampai kita terleka, kita terlupa nak tadahkan tangan kat Allah, mohon doa.
Mohon kesejahteraan kat Allah. Minta Allah ampunkan dosa. Tak sempat weh. Tak
sempat. Nak kena cepat-cepat check whatsapp ni.
Nak kata attachednya kita
kat hempon ni, sampai macam tu sekali tahu. Hempon ni dunia, maksudnya
attachednya kita kat dunia ni.
Tepuk dada masing-masing.
Aku tepuk dada aku, terbelahak jugak aku. Sentap bila pikir sendiri. Dulu aku
tukar hempon, dari yang biasa ke yang upgrade sikit. At least tak primitive
sangat la kan. Padahal orang tak pandang dah pun hempon macam aku. Aku keep on
tajdid niat aku. Aku nak kekalkan supaya niat aku beli hempon baru tu bukan
dengan niat nak bermaksiat, niat nak lagha, niat nak stalk fb crush ke apa ke.
Niat aku, biar mudah je nak guna. Kamera bagi cantik sikit, In Shaa Allah aku
tak niatkan untuk nak ambik selfie. Tapi aku niatkan senang nak snap notes untuk
share kat whatsapp dengan member.
Alhamdulillah. Niat aku tak
tersasar. Sampai la few month after pakai hempon baru, and aku dah lari niat,
lari kerja. Aku asyik youtubing je, konon best sikit sebab skrin dah besar.
Then sebab internal memory da besar sikit, aku install fb. Konon tak nak
ketinggalan any new updates pasal Malaysia, Palestine. Tapi aku jadi leka.
Asyik belek fb. Basically for nothing.
Sampai la Allah tegur aku.
Hempon aku kena rembat dalam angkot masa awal bulan puasa. Nak dijadikan cerita,
memang unexpected sangat2. Sebab aku sangat jarang guna angkot since aku ke
mana-mana pakai motor. Letak hempon dalam beg, letak beg atas paha, tapi boleh
je hempon kena rembat. Memang aku terfikir, macamana boleh jadi macam tu. Dan
dan aku naik angkot jugak la jadi kan.
Tapi orang ni, kalau dah
salah, bila kena tegur, cepat je mengaku salah. Bila jadi macam ni, aku redha.
Aku tahu tu mungkin teguran Allah. Tipu la kalau cakap tak terkilan, tak marah.
Aku marah weh, sangat marah. Tapi marah aku ni, marah kat sapa? Ni aturan
Allah. Kalau aku marah kat apa yang jadi ni, means aku marah kat Allah. Means
aku tak redha dengan aturan Allah.
Then, sebulan aku hidup
sebagai manusia yang tak ada hempon. Memang leceh. Nak call ma, kena pinjam
hempon orang. Dah pulak tak boleh sesuka hati nak pinjam. Nak browse tenet,
wifi rumah kena stop dulu sebab dah nak balik Malaysia nanti. So tenet pun
takde. Balik Malaysia, tak beli lagi hempon sebab nak beli dengan member Kak
Jie je. 2,3 hari nak raya baru aku dapat hempon. Aku fikir, mungkin Allah nak
jaga aku daripada buat benda lagha sepanjang puasa ni. Wallahua’lam.
Leceh memang leceh. Tapi
sebulan tak ada hempon ni buat aku sedar, betapa memang hidup kita selama ni
sangat attached dengan hempon. Sangat. Sangat. Attached dengan dunia.
In Shaa Allah, korang guna
hempon korang tu untuk tujuan dakwah, tujuan ibadah. Alhamdulillah. I salute you brothers and sisters.
Tapi pernah tak korang tak
tersasar walau sekali pun??
Haa. Itu la yang aku nak
cakap. So still, tajdidkan niat. Jangan jadikan hempon ni satu alasan yang akan
memberatkan timbangan dosa kita nanti. Jadikanlah hempon ni sebagai medium
korang untuk book tiket syurga. So that bila korang pegang hempon korang macam
yang korang pegang sekarang ni, In Shaa Allah korang tengah pegang both DUNIA
and AKHIRAT.
Wallahua’lam..
Jazakumullahu
Khayran Katheera..
No comments:
Post a Comment