Saturday, September 19, 2015

Medic Itu Tarbiyah..

Saturday, September 19, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Dear readers. Heh3. Acah acah je. Hitung-hitung masa, aku sebenarnya dah masuk 3rd year kat twinning UNPAD ni. Kalau nak kata macam tak percaya, macam nak jeluak la kan dengar. Cliché der. Yehett. Tapi memang tu pun yang aku rasa. Mula-mula jejak kaki kat sini, 24 Ogos 2013. Aku ingat sangat tarikh tu. Sape tak ingat kan. Lepas setahun setahun berlalu.

2,3 hari lepas, aku busy compilekan notes-notes sem lepas, nak jadikan buku. Then aku susun elok-elok kat rak. Bila tengok tebalnya masing-masing semester punya buku, Subhanallah. Banyak tu ke aku dah belajar selama ni?

Bila tengok buku anatomi, buku physiology, pharmacology, tak rasa apa. Hari-hari belek pun tak rasa apa. Sebab tu memang buku medic. Kalau tak tebal, macam doubt pulak. Tu buku yang memang kitorang takkan pernah khatam pun. So no hal la kan. Tapi bila tengok notes-notes setiap case tutorial yang aku dah bukukan, aku macam nak hantuk kepala sendiri. Kenapa macam dah banyak belajar dalam tutor tapi hotak still rasa kosong. Mana sangkut ilmu aku?

Dari sem 1 lagi belajar metabolism cholesterol, tapi hari ni tutor case bincang pasal metabolism cholesterol, kelu lagi. Mamai lagi. Dari sem 1 belajar physiology of cell repair, masuk tutor, bila dosen tanya, sengih lagi. Garu kepala. Kadang-kadang dalam tutor asyik jumpa drugs yang sama je. Tapi dok siku member sebelah, “wehh, ni drugs apa? Macam pernah dengar.”

Kadang-kadang rasa berdosa. Rasa bersalah. Study tak pernah bersungguh. Main memanjang. Seminggu masa untuk siapkan notes tutor. Dari Isnin bukak case sampai Jumaat tutup case. Tup tup Khamis malamnya tu baru aku bukak buku. Baru check aku kena cover part mana.

Dalam lecture, mengantuk bukan problem utama. Tapi melayang. Dosen baru bagi mukaddimah sikit, aku punya berangan dah sampai Zimbabwe mana dah. Sedapkan hati sendiri, tak pe la. Nanti balik aku study sendiri. Nak buat macamana, aku orang visual. Aku bukan orang audio. Susah nak masuk kalau setakat kena dengar je. Tup tup 2,3 hari nak exam, baru kutip semua slides lecture. Konon nak study. Mengeluh lagi.

Terfikir jugak, tak pernah bersyukur ke aku ni? Rezeki Allah dah bagi, tapi sia-siakan. Kata kak murabbi sewaktu mabit minggu lepas, pernah tak terfikir kenapa dalam banyak-banyak orang, aku ialah salah seorang yang terpilih untuk ada kat sini? Belajar ilmu Allah ni. Tengok satu dunia ni. Tengok planet kita, Bumi, ade 7 benua. Kat benua Asia, ada berapa banyak negara. Negara Malaysia, ada berapa negeri. Katakan negeri Kelantan, ada berapa banyak daerah, jajahan, bandar? Kat Pasir Puteh, ada family aku. Dalam family aku, ada 7 beradik. Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang menghuni planet ni, yang ada kat benua Asia ni, yang ada kat Malaysia, yang tinggal kat Kelantan, menetap kat Pasir Puteh, yang dalam 7 orang siblings aku, kenapa aku? Kenapa aku yang Allah pilih untuk berada kat sini? Tak rasa spesel ke tu? Yet, aku abaikan anugerah tu.

Berada di sini, walaupun tak sebaik study medic kat Malaysia, still satu nikmat Allah yang besar. Yes, indeed, belajar medic kat Malaysia jauh lagi bagus daripada kat sini for those yang tak tahu. For those yang selalu cakap, “untung la Ika dapat belajar jauh-jauh”. Twinning is nothing better than full medic kat Malaysia. Still, Bandung is anugerah. At least, dapat la merasa duduk kat negara orang. That’s one thing.

*kredit

Just that pernah terfikir, if I’m not here today, kalau ni bukan tempat Allah letak aku, maybe aku sekarang ialah seorang student Enginering Elektrik & Elektronik kat UKM. Tapi aku sekarang kat sini. Kat sini. Kat kota Bandung ni. Belajar medic.

Kenapa?

Well, who knows apa yang Allah rancang sebenarnya untuk aku kan.

*kredit

Minggu lepas kitorang mabit. Which is Malam Bina Iman dan Taqwa. Basically malam tu kitorang ada sharing sikit daripada muajjih jemputan and malam tu bangun qiamullail beramai-ramai. Qiamullail sendiri-sendiri and jemaah. Esoknya kitorang rehlah kat Situ Patenggang.

Masa mabit, kitorang dapat sharing daripada Kak Aisyah, doktor yang sekarang terlibat dengan management hospital sort of. Not really sure. Dia punya husband orang sini, sebab tu sekarang dia menetap kat sini. This is the first time kitorang dapat sharing daripada seorang doktor yang jugak ikut dakwah tarbiyah ni. Rasa macam, whoaaa. Salute la. She’s a wife, a mother, a doctor and a Muslimah. A great musimah.

Dia share about being a Muslim Doctor. Selalu dengar doktor muslimah kan. Tapi betulkan balik. Cause we’re a muslim beyond anything else. Being a doctor, sebenarnya bukan sebab rasa ni ialah peluang kerja yang bagus. Dapat glamour, dapat kumpul duit bebanyak. Yet, being a doctor is a part of dakwah.

Sekurang-kurangnya untuk kitorang sebagai medical students, masih belum rasa macamana nak berdakwah dengan profesi ni. Tapi at least, as a student, nak dakwah diri sendiri tu tak susah. Nak tarbiyah diri tu, kat hujung jari je. Tapi antara sedar tak sedar, nak tak nak je.

Kata Kak Aisyah, ayat-ayat Allah ni ada 2. Ayat-ayat qauliyah dan ayat-ayat kauniyah. Ayat-ayat qauliyah ialah yang berupa perkataan atau ucapan. Directly kita boleh baca ayat-ayat daripada Allah. Iaitu Al-Quran. Allah terangkan kebesaranNya melalui Al-Quran.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal.
‘Ali-Imran, 3 : 190
Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendaahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Yaasin, 36 : 40
Tu Allah nyatakan secara direct dalam kalamNya.

Ayat-ayat kauniyah Allah pulak berupa pembuktian tu. yang kita boleh lihat sendiri, kagumi sendiri.

Lihat kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang. So obvious untuk kita bersyukur dan rasa tunduk dengan kebesaran Allah tu.

Lihat peredaran matahari dan bulan yang menyebabkan adanya perubahan malam dan siang. Sains sekolah rendah lagi. Betapa Subhanallahnya penciptaan Allah ni.

Being a medical students, it’s a sort of satu kelebihan untuk kitorang belajar ayat-ayat kauniyah Allah directly. Sekarang kitorang masuk sistem cardiovascular. Belajar pasal jantung. Anatomy. How amazing it is untuk belajar struktur sebijik jantung tu yang berbelit-belit salur darahnya. Yang tersusun every chamber untuk passkan blood to different circulation. Belajar physiology, macamana takjubnya jantung ni merupakan organ yang crucial untuk kita. Macamana every beat of heart tu boleh terjadi. Macamana satu badan kita yang besar ni, darahnya disupply oleh organ yang sebesar tangan ni je.

Itu ialah dakwah dan tarbiyah kitorang terhadap diri sendiri. Teringat dulu cikgu bio masa matriks dulu pernah cakap. Students yang belajar Biology ni sangat untung. Every chapter yang kitorang belajar, every syllabus, every system, organ, semuanya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Mengingatkan kita terhadap kebesaran Allah. Bila kita sedar those amazing creations of Allah, boleh ke untuk kita butakan mata, pekakkan telinga untuk ignore kebesaran Allah ni?

Aku paling amazed masa system reproductive dulu. Macamana kelahiran tu boleh terjadi. Kitorang belajar all those things pasal embryology baby, physiology kelahiran, mechanism labouring. Tapi takde dalam buku explain macamana nyawa atau roh tu boleh ditiup masuk ke dalam janin. Siapa yang tiupkan roh tu. Macamana jantung janin tu boleh mula berdegup. Langman’s Medical Embryology kitorang tak ada mention setakat yang aku baca.

Unless, dalam Al-Quran.

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
As-Sajdah, 32 : 9
Semalam present 3rd case untuk tutor. And aku kena cover parts vascularization of heart. All those salur darah kat jantung kita ni. Untuk presentation, aku lukis kat flipchart. Salute diri sendiri. Dah masuk 3rd year, this is 1st time aku bersungguh yang amat melukis kat flipchart. My flipchart selalu tak berapa macam fipchart. Since flipchart aku ialah tittle-and-subtittle-with-some-arrows-written-flipchart, aku tak rasa tu ialah flipchart yang aku patut banggakan and tampal kat bilik. Hell no.

Tadaaaa!

Sambil berpeluh-peluh melukis (ceitt-sangatlah), aku terfikir sendiri. How cool is this. 1 heart yang sekecik tangan ni, supply darah dia ni crucial gila. Katakan satu salur darah tersumbat, atau mati, jawabnya akan ada masalah kat jantung. Heart ischemia. Myocardial infarction. And epidemiologi kata, statistic kematian sebab masalah jantung ni tinggi. Hohhh.

Pulak tu terfikir lagi. aku nak melukis sebijik jantung ni pun dah mengeluh sakan. Berejam. Dah pulak banyak kali salah, padam. Tapi Allah? Kun Fayakun...

Ni ayat kauniyah yang Allah cuba sampaikan. Cuma perlu bukak mata, bukak hati. In Shaa Allah, nampak apa yang Allah nak bagi.


Jazakumullahu Khayran Katheera..

No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014