Saturday, June 13, 2015

Stepping Shoes to Jogja ~ Part I ..

Saturday, June 13, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

This is it

Haluuu haluuu! Okeh, langsung tak pandai bikin saspens kan aku. Headline dah mention awal-awal dah. Heh. Okeh la. Last 2 April sampai 5 April, aku ikut trip dengan memember pergi Jogjakarta. Lame suda kan. Ini baru sempat mau post. Aku kan jenis kalau entry je berjela 2 malam baru habis bace. Lagi mau tulis, harus 2 bulan. Heheh. Tapi ni pun tak banyak gambar yang aku ade sebenarnya, tak sempat nak kutip dengan diorang lagi. In Shaa Allah entry ni pun aku akan update lagi sekali.

Sekarang ni tengah break kejap sebelum remedial and balik raya. So time ni la ramai geng yang jenjalan. Aku? Hmm.. Nanti In Shaa Allah aku akan update lagi 2 minggu ni aku buat ape je. Ahaks.

Back to Jogja, alkisah, alang2 aku dah kat Bumi Indonesia ni, baik la kirenya jika aku melebarkan langkah aku ni kan. Muahaha. Niat nak ke Jogja dah lame dah. Member2 daripada 1st year lagi dah jejak Jogja dah. Aku ni je. Nak habis 2nd year baru pandai nak trip2 ni.

So yang ikut trip ni ialah aku (obviously sangat Ika), Ainin, Zura, Shu, Anne, Ghah, Shaf, Izzati, Zuhur, Shairah, Ku. Memula mase Zuhur tanya, aku cakap nak fikir dulu. Lame aku fikir, aku cakap tak. Sebab ingat nak ikut trip dengan orang lain. Then bile dengar Atie bincang2, tetibe rase nak ikut trip diorang. Tapi still takde kate putus yang betul. Aku mintak jugak izin ma. Ma bagi je asalkan ramai yang ikut. Atie buat je group whatsapp and masukkan aku. Dia masukkan je sebab in case tetibe aku nak ikut. Sekali bile Atie post gambar-gambar aktiviti yang menarik, terus aku rase terliur. Then, “Okeh, I’m in.” Hahaha.

Mostly Zuhur dengan Atie and Shaf yang uruskan trip ni. Dari tiket, hotel, kereta, aktiviti and semua la. Aku tinggal tunggu masa and there you go. Huhu. Aku jenis yang tak suka deal-deal dengan orang. Leceh. Aku pembenci tegar bende2 leceh. So memang tak berapa nak rajin untuk tolong dorang. Nice Ika. Nice.

Kitorang pilih hari tu sebab Jumaat tu cuti Good Friday. So kirenya after kelas hari Khamis, kitorang akan bertolak. Dengan train sebab lagi cepat than kereta. Kurang lebih 8 jam berbanding kereta 12 jam. Ahad malam balik, pun pakai train. Then Isnin tu start kelas. Tapi tetibe ade masalah bile Shaf beli tiket salah. Plannya pukul 6 petang Khamis tu sebab kelas usually habis pukul 3.30. (note : waktu sini lambat sejam daripada Malaysia). Nak pergi stesen dah makan mase dekat sejam lebih dah. Tu tak kire jam lagi. FYI, jam kat Bandung ni boleh buat bontot berasap tahu.

Tapi tetibe hupenya tiket train pukul 4.50. So kitorang mintak dengan lecturer untuk lepaskan kitorang awal sikit. Barang2 pun dah siap packing dah. Since Atie, Zuhur, Shairah and Ku dah ganti lab act awal2, so dorang tak masuk lab Khamis tu. Kirenya dorang yang angkutkan barang-barang kitorang dari rumah pergi stesen. Kitorang menyusul daripada belakang. Kate Zai, terbaik la plan bolos kitorang. Dr Adhi lepaskan kitorang setengah jam awal, pukul 3.00. So berlari-lari la kitorang, doa mintak-mintak sempat catch train. Alhamdulillah. Sampai tu dalam pukul 4.30, kitorang cari bekal makan, aku ambik wudhu’ sebab nanti aku akan Asar dalam train je. So bertolak la kitorang lebih kurang pukul 5.00 hari Khamis.

Hini la tiketnye..

Tips Jogja #1 : Make sure tiket yang korang beli kena dengan planning korang. Lagi2 kalau korang students. Jangan sampai kena ponteng kelas. Ihiks. Pesanan dari kaki ponteng. And ambik kire jugak perjalanan dari tempat asal korang ke stesen.

First sekali, tolong jangan imagine train kitorang macam cite hendostan Chale Chayya Chayya tu. Yang ade orang panjat-panjat train tu. Indonesian pun civilized okeh. Selesa tak selesa tu, kire boleh la. Masing2 punya opinion. Aku cume tak selesa sebab bapak depan aku boleh tidor dengan angkat kaki die letak sebelah aku. Like what?? Dengan mamai2 aku tidor, sekali bukak mate tengok ade kaki kat sebelah. Dah macam cerita horror.

Kitorang solat Maghrib Isya’ dalam train je. Lepas je Isya’, aku, Atie and Shaf, since kitorang seat sekali, kitorang layan drama sat. Sebelum aku krohh krohh. Belom sampai mane lagi, belom buat ape lagi. Aku memang. Kan dah kate, ko campak la aku kat mane, memang aku boleh tido siap mimpi2 makan KFC lagi.

JUMAAT, 3 APRIL 2015

Lebih kurang pukul 1.30 pagi, kitorang sampai kat Jogja. Hooray hooray! Lepas cuci2 muka, kitorang gerak. Kitorang pakai 2 kereta sepanjang kat sini. Mase planning, it’s either nak pakai kereta atau shuttle (minibus). Kalau shuttle senang sebab nanti bile gerak pergi mane2 senang sebab angkut sekaligus semua. Tapi yang leceh sebab kitorang ade nak kena lalu jalan kecik, jalan bukit-bukit, nak kena cilok-cilok. So kitorang pakai la 2 kereta untuk 11 orang. Tanpa mandi, terus pergi ke 1st destination. Pantai Teleng Ria. And again aku tido dalam kereta. Aku pun tak paham ape yang aku penat sangat ni, asik tido je.

Lebih kurang 5.45 pagi, kitorang sampai kat Pantai Teleng Ria. Sebenarnya Teleng Ria ni dah masuk Jawa Timur. Hotel kitorang and destination kitorang esok2 kat Jawa Tengah. Sebab tu perjalanan kitorang sangat ambik mase.



   
First, solat Subuh dulu sebab dah dekat hujung-hujung dah. Plan kitorang supposedly kat sini kitorang akan buat water sport. Tapi rupenya takde. Sebab dorang cuma akan sediakan all those sport bile ade event ape-ape.

Tips Jogja #2 : Make sure deal bebetol and tanya pihak yang terlibat dulu kalau kate nak join apa-apa program dorang. Boleh ke tak. Ade ke tak.

So tak jadi water sport, kitorang bersport sendiri2 la. Atie dengan Zuhur dah macam kanak-kanak Ribena dah. Berendam kemahen. Aku je yang acah-acah tak nak basah, celup-celup kaki sudah. Wahaha.


Kita kasi celup itu kaki
Aku tunggu sunrise tau. Bile la nak keluar si matahari ni. Nampak dah cerah. Hupenya matahari memang dah keluar, cume terlindung dek awan je. Iyo je aku tunggu sunrise yang tak berapa nak rise ni. So dapat tengok matahari yang dah naek je la.

    
Then lebih kurang 7.45 pagi, kitorang bertolak from Teleng Ria ke Goa Gong. Jalan memang toksah habaq la. Berbukit kemahen. Around 8.45 kitorang sampai kat Goa Gong.


    
Kereta parking kat bawah, nak naik ke area entrance Goa, kitorang ambik ojeg, bayar 3k. Around seringgit je. Tahu ojeg? Pernah tengok sinetron? Ojeg ni senang kate macam teksi, bezanya pakai motor. Nak naik atas, dekat je sebenarnya. Jalan kaki pun boleh. So agak2 nak jantung sihat, nak panjangkan life span, jalan je la. Cuma kitorang je yang tak tahu time tu, ingat jauh sangat. Turun tu baru kitorang jalan kaki. Tiket masuk cuma 5k je.

Sepanjang sebelum korang masuk gua tu, akan ade orang yang offer untuk sewakan lampu suluh. Aku suggest untuk korang sewa, 5k je. Sebab gua tu sangat gelap. Memula aku tak nak. Sekali bile tengok gelap benor, terus aku ambik. Wahaha. Member2 aku pakai flashlight phone je. Tapi bagi aku tak membantu sangat. Sadis bile Zura terjatuh and aku terhantuk stalagtit. Punya la aku dok tolong suluh lampu aku kat orang, nak tunjuk jalan kat diorang, sekali bukkk! Direct kepala aku kena benda tu. Sakit tahu. Itu batu, awak.


   
Tips Jogja #3 : Kalau datang sini, make sure korang sewa lampu suluh tu. And jangan suluh jalan orang. Suluh jalan ko sendiri je. Cukup jahat? Kisah ape. Careful dengan stalagtit. Careful dengan tangga. And careful sebab sangat gelap. And licin. Make sure stamina mantap. Heh3.

Kat sini, dorang ade jual souvenir. Ade je Tshirt, keychain. Tapi mostly dorang akan jual bracelet, cincin, rantai yang ade batu2. Cantik. Cume kena pandai menawar and pandai cari kedai murah. Cumanya, ni bukanlah tempat yang aku akan recommend kalau korang bukan penggemar tempat gelap and batu. Kalau korang suka kaji batu, haa, meh la.


Haa, kaji meh ini batu
Pukul 9.45 kitorang gerak from Goa Gong. Cari makan. Kat kedai biase2 je, Ayam Kampung Mbak Jenny. Asal perut kenyang. 10.45 kitorang sambung perjalanan ke hotel. Jalan memang bukit bukau. Aku dengan tak mandinya lagi, melekit, panas. Kereta pasang air cond, lagi la pening kepala toksah cerita. Rase mual. Sikit lagi rase nak mengamuk. Nak marah orang. Orang cakap dengan aku pun, aku layan tak nak layan je. Bertepuk tangan sungguh syaitan dok sebelah aku time tu.

Pukul 1.45 kitorang sampai hotel kitorang. Cakra Kusuma Hotel. Not bad. Bayaran hotel, a night 450K. Cuma sayang, sebab kitorang tak tahu rupenya rumah akak-akak murabbi dekat je dengan tempat tu. So boleh je kalau nak menumpang kat rumah diorang kan. Katanya rumah diorang sangat besar. Nak muat 11 orag pun, sangat dialu-alukan. Kitorang cuma ade kat hotel untuk tidur malam je. Kitorang tak guna fasiliti hotel pun. Macam tak berbaloi sikit la. Aku share bilik dengan Shu and Zura. Sebab Zura cuma akan bermalam 1 malam je. 2nd night tu dia akan stay rumah akak2.




    
Lepas rehat2 jap, kitorang mandi, solat and gerak keluar pukul 3.45 petang. Plan kitorang sepatutnya pergi Pantai Indrayanti, nak enjoy sunset. Tapi tetibe hujan. So kitorang tukar plan, pergi mall. Sebab susah nak shuffle balik aktiviti sebab tempat jauh2. Tu je la yang spoil sikit. Kitorang banyak habiskan masa dalam kereta sebabkan jarak 1 tempat dengan 1 tempat tu jauh.

4.30 petang, kitorang sampai kat Plaza Ambarukmo. And macam biase, aku akan merayap sorang-sorang. Shu dengan Zura layan movie. Aku je la yang gigih turun naik window shopping. Pukul 7.15 malam, kitorang gerak pergi Jalan Malioboro. Ni ialah tempat wajib pergi kalau korang pergi Jogja. Hahaha. Sebab, boleh shopping! Wakaka. Tempat ni macam pasar cenggitu je, tepi2 jalan. Tapi meriah la. So aku borong la sikit ole2.

Tips Jogja #4 : aku recommend datang sini malam. Sebab suasana malam lagi best. Lagipun malam tak panas sangat.

Dalam 9.50 malam, kitorang gerak balik. Asing2 sebab kereta kitorang dah penuh dulu. Penat nak tunggu 1 lagi kereta. 10.30 malam sampai hotel. Aku join Shu dengan Zura layan movie tapi last-last aku krohh krohh belom sampai mane lagi. Ahaha.

SABTU, 4 APRIL 2015
Pukul 7.00 pagi kitorang breakfast and bersiap-siap. Take time la sebab semua anak dara kan. LOL. 8.45 pagi tu baru kitorang gerak keluar ke Borobudur. So ladies and gentlemen, keep in mind yang kalau datang Jogja, Borobudur is the place yang korang wajib datang. Wajib ke? Ihik. Aku bukanlah penggemar Sejarah. Haram aku nak baca Sejarah itu ini. Dalam kelas pun aku tidor. Tapi still aku rasa Borobudur ni wajib sebab macam landmark Jogja gitew.

Dalam 10.00 pagi kitorang sampai sana. Panasnya ya ampun! Standard macam Malaysia. So kitorang budak Bandung ni dah macam lupa daratan sikit, tetibe acah2 mat salih, panas gile uolss. Heh. Diorang pesan jugak untuk bawak payung and kipas. Tapi aku? Payung is so leceh. Aku lagi sanggup berhitam daripada berpayung. Malas tak malas jadi manusia ni. Dorang semua beli hat yang makcik-makcik kat situ jual. Yang cecomey macam gugurl tu. Ika pakai hat? *erkk* So aku dah buat preparation awal, bawak cap la bai.


Under my umbeerella.. ella.. ella.. eh eh eh???

Tourist bai.. Setiap benda mau snap.
Borobudur is so fun. Fun dengan bergambar la kan. Masuknya tiket 30k harga local. Foreigner sepatutnya harga lagi mahal. Bapak supir kitorang tolong belikan and staf dorang tak check la pulak either kitorang ni local tak. Bapak supir pesan jangan bukak mulut sepatah pun kat akak guard gate tu, takut dorang recognize yang kitorang ni Malaysians. Jangan keluarkan slang KL ‘e.. e’ tu. Sebelum sampai kat candi tu, kitorang kena jalan dulu sikit. Tapi still, penat mak. Nasib view hijau, cantik je. Sejuk balik jiwa raga aku.




    
Kitorang memula tu melekat je semua. Tapi last2 batang hidung setiap sorang memang tak nampak. Tinggal la aku melekat dengan Shu je.

Sorang ni je yang last-last melekat dengan aku

Candi tu sangat besar. Sangat sangat.




    
Ade few floors sebelum sampai puncak yang ada kubah. Since candi tu macam pyramid, floor paling bawah yang paling besar dan luas, so memang penat nak tawaf satu floor tu. Sebab tu tak ramai yang keliling. Nanti korang akan jumpa ramai gile manusia kat bahagian depan, tapi cuba kau tawaf sampai belakang, lengang. Sebab dorang tawaf separuh then patah balik. Haha. Mostly kat wall banyak ukiran. Entah majapahit, mahabrata ape entah. Then ada jugak la somewhat like tugu binatang, and macam loceng ke pebenda tah. Kurang tahu dehh.







    
Ustaz Fahmi kelas mengaji kitorang pernah cerita sikit sejarah Borobudur ni. Katenya candi ni ialah bukti peninggalan Nabi Sulaiman. Sebab kerajaan Saba yang tak diketahui mana tempatnya tu, dikatakan sebenarnya ialah Magelang ni. Sebab kita tahu yang Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang sangat besar dengan jin2 sekali. Candi ni dibina daripada batuan yang berasaskan besi. Yang mana kita tahu jin boleh mencairkan besi, bukan kudrat manusia la kan. Lagipun Nabi Sulaiman sendiri ialah putera Nabi Daud yang mana Allah bagi mukjizat untuk melenturkan besi tu. Wallahua’lam. Nanti kalau korang datang dengan guide, mintak la dorang ceritakan sikit2 pasal sejarah candi ni.

Alhamdulillah, aku dengan Shu sukses untuk sampai ke top, mengah tak sudah. Kat atas ni ada tugu macam loceng.



Belakang Shu ni la kubahnya yang gedabak tu
Tapi view dari atas sangat cantik. Aku nampak ade padang, tetibe terimagine Eiffel Tower yang memang aku dah berangan lama nak jejak sana. Cantik wehh. Subhanallah.


     
Bile turun tu, dengan sawannya aku bergambau tak sudah. Panas seyh tapi pedulik.




     
Turun tu, aku dengan Shu sesat sikit sebenarnya. Tak sure betol tak, tapi aku lantak je sebab tengok semua turun arah tu. Kitorang nak cari Zura sebenarnya tapi tak jumpa sampai ke sudah. Laluan keluar dia ialah laluan pasar. So mata aku tak boleh dok diam. Pandang kiri, pandang kanan. Last2 borong lagi. Adoyaiii.

     
Pastu hengat dekat je, hupenya nak tercabut lutut aku jalan. Tanya makcik2 kat kedai tu, jauh lagi ke tempat parking. Jawapan dorang, “lumayan mbak.” Memang lumayan sungguh penangan dia. Pastu gather semua kat kereta dengan muka masing-masing macam kena simbah cat merah. Panas wehh. Dengan lautan manusia lagi.


Lauuuutan manusia
Tips Jogja #5 : Kat Borobudur ni, make sure korang bawak cap, hat atau payung dan kipas. Kalau tak nak bawak, boleh je beli kat situ. And bawak sunblock. And bawak kesabaran dan kesungguhan setinggi gunung. Okeh?

Okeh la, cerita hari ini stop kat sini dulu. So far, aku rasa sangat enjoy. Especially Borobudur. 

And…

To be continued…


Tuesday, May 12, 2015

Colours Are The Smiles of Nature..

Tuesday, May 12, 2015


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai and hai.. So colours are the smiles of nature.

*credit

Beribu banyak colours kat dunia ni, you just name it. White, pink, blue, yellow, green, red, violet, magenta bla bla bla. Tapi tak semua colour akan pleases you. Some colours ade yang kite suke gile, some ade yang kite suke biase je, some ade yang kite sangat tak suke. Even ade people yang  fobia dengan some colours. Contoh xanthophobia, which is the phobia of the colour yellow. Pernah tengok “My Name is Khan”? Pernah? Haa, itulah dia.

For me, aku jenis yang suke banyak colours. Tapi seasonal. Cuma ade 1 number je yang aku memang constantly suke which is white. Tapi aku jarang beli white stuff sebab afraid it might get stained or dirty easily. Tapi I never stop liking white.

It began bile dulu kan mase kekecik, sekolah rendah, members suka mintak setiap orang punya biodata. And one of the things yang wajib tulis is favourite colour. Time tu aku selalu akan menung panjang fikir, ape favourite colour aku sebenarnya. So aku decide untuk tulis ape je yang terlintas. Aljawabnya memang akan selalu differs la kan.

Sampai la aku decide aku minat PUTIH. Haha. Simple kan. Macam tu jugak la aku define myself. Simple. Hehe. Cumanya minat aku ni seasonal. There’s time yang aku minat certain colours. Contoh, mase darjah 6 lebih kurang, aku minat colour hitam, putih, kelabu. Sebab aku rase that colours defined me well at that moment. Dull gile zaman sekolah rendah. Wahaha. Aku paling tak suka colour pink time tu sebab aku rase pink is colour yang gedik. Erkk? Wahaha.

Not long after, aku minat peach. It happened when ma aku buatkan baju kurung colour peach untuk aku. And aku rase it suits me well. Nampak lembut je colournya. So I began to like peach. Not long after, aku start minat hijau. Tak tau kenapa and macamana, aku just suka. Masa akhir form 4, aku start minat pale orange. Sebab aku tak suka colour bright. And aku rase oren akan buat aku ceria, happy and girang gumbira.

Masa form 5, aku minat kelabu. Hambaaaaarr…. Tapi time tu jugak aku start minat pink. Combination of pink + white + black + grey to be exact. Macamana aku boleh minat pink? Sebab aku rasa aku cute bila pakai pink. Okeh, sila muntah.

Aku paling tak suka warna merah. Sampai sekarang. Tapi yang heran sebab baju and barang aku banyak warna merah. Adoyaii.

Then masa kat matriks, aku hidup sebagai orang yang tak berapa nak ada jiwa. So tak minat colours sangat time tu. Nak beli barang, main ambik je colour yang terlintas. Hahaha. Tapi lain cerita, bila kat UNPAD ni lagi dasat penangan colours variety aku. Bulan ni aku minat kuning, pastu ubah ke turquoise pulak, sat bulan depan aku minat hijau. Next month lagi aku minat biru pulak. Pastu purple. Pastu minat maroon. Sekarang tengah minat hitam putih.

Minat pink and putih memang tak pernah hilang. So bile aku tengah minat certain colour tu, barang aku bulan tu akan banyak colour tu la jawabnya. Hahaha.

Tapi one thing is that aku tak pandai main dengan warna. There’s few times yang bila buat poster, aku akan struggle the most bile nak pilih colour text. Dude, it’s just colour je kan. Tapi mak aihh, semput aku nak pilih colour yang best. Then few times aku design baju. Again, colour jadik masalah. Recently aku design baju untuk kelab Iman Baik. Aku buat black and white je. Then dorang mintak aku masukkan sekali colour. Punya la kena paksa. Aku dah cakap aku tak reti main dengan colour. Adoyyai.

Pernah tak aku cerita yang aku minat psikologi sebenarnya? So dalam field ni, apa yang aku paling suka ialah study pasal orang punya personality. That’s why aku sendiri sangat suka buat quiz personality. Career test, personality traits based on name, horoscope, date of birth. Benda2 macam tu la. So recently aku ada buat personality test according to fav colour. So aku obviously akan letak putih sebab tu yang paling aku suka. And the result, ohhoii.

Know why aku suka sangat personality test? Sebab it will define you well. Sedar tak, bile je kita dapat result, we’ll be like, “OMG! Betol la.” Or “perghh, sejibik kena dengan aku.” Some ade yang, “khurafat nih. Khurafat.” Erkk, bang, I’m not asking you untuk tilik nasib or percaya sebijik. It just that untuk kita muhasabah balik kita ni macamana.

Kalau you realize yang the result suits you well, means you know yang that is the real you. 1st, dapat tinggikan self esteem untuk personality yang naiss. 2nd, if the result says bad thing bout your attitude, then you know what to do next. Change la that bad attitude. Haa. Gitew.

Allah tak ciptakan satu ilmu tu tanpa tujuan. Sia-sia. Melainkan untuk kita cari iktibar. Considering yang psychology pun satu bidang study, so why don’t you grab it. And study about yourself.

So, what’s yours?

Check it out >here<

Ahha. Dah? So what I’m trying to say sebenarnya bukan la pasal habit colours aku, bukan jugak pasal variety of colours or this personality test.

Sedar tak sedar betapa sebenarnya kita ni berbeza with one another. Kenapa aku minat putih. Kenapa Adik and Aten suka purple (for years. ahaks). Kenapa orang lain suka biru? And kenapa ada yang suka black? And kenapa ada orang yang tak suka semua colours?

Kenapa even pasal colours pun kita dah berbeza dah? Tu tak masuk bab makanan, pakaian, IQ, bla bla lagi.

Hmmm. Maybe sebab Allah nak indahkan dunia. Sebab cer imagine kalau dunia ni satu colour je. Ohho. Dull weh.

(tolong jangan argue pasal colour prism dengan aku. eheh)

Sama macam hati kita. Ada hitam, putih, oren, hijau biru. Baru la perbezaan kita tu akan mewarnakan hidup kita ni. Let’s say aku dengan Aten sama2 kaki marah. Dah kalau kitorang gaduh, sape nak leraikan? Sebab tu Allah jadikan api ada complement airnya.

So dear fellas, dalam dunia ni, banyak sangat perkara yang kita belom dapat discover lagi. Kita belum discover lagi warna2 kehidupan apa lagi yang ada. Kita kadang2 tak sedar pun warna warni ragam orang sekeliling kita. Just that, hargai la setiap warna tu.

Cause despite hating the colour, you may still need it to complete the picture.

*credit

Thanks for reading…

Sunday, May 10, 2015

Hijab..

Sunday, May 10, 2015


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Hijab..

Bila kate hijab, macam2 orang akan fikir. Kalau dulu, maybe orang akan kaitkan dengan perempuan tudung labuh, mak2 usrah, ustazah2. Hoho. Akulah itu sebenarnya. Sebab aku guna istilah tudung. Ingatkan hijab tu apply for jilbab. LOL.

And bile masa beredar, zaman berarus maju ke depan, hijab dikaitkan dengan fesyen, gaya, model Islamic. Lagi pulak dah banyak dah sekarang pasal hijab ni. Hijabista. Hijabers Komuniti. Hijabersfashionlovers. Whatsoever lagi la. And kalau bukak mata secara globalnya, banyak isu pasal hijab ni. Contoh kat negara luar, kat Perancis. Mana kebebasan beragama bila larangan berhijab tu dikuat kuasakan.

Hmmm. The thing yang menarik minat aku sendiri is pasal kite punya pandangan pasal hijab. Hijab sendiri bawak maksud menutupi. Ehh? Tutup apekah? In Shaa Allah, tutup aurat. Tutup perhiasan mahal kita ni.


Perhiasan mahal kita ni yang mana? Ahha. So girls, anda sendiri ialah perhiasan tu. Anda sendiri ialah yang mahal tu. From bottom to top. From inner to outer. Pakaian pun hijab. Kalau nak cakap pasal tutup aurat yang sempurna, banyak cerita lagi. Tentang macamana batas aurat yang sebenar, konsep tutup aurat and balut aurat, konsep tutup aurat tapi dedah perangai. Haa. Malu, sederhana, tu pun hijab sebenarnya.

*credit

Tapi konteks hijab yang aku rasa nak sentuh hari ni ialah pasal TUDUNG. JILBAB. SHAWL. PASHMINA. CLOVERUSH. ADIJUMA. Ehh? Hehe. Apa2 je yang seangkatan dengannya.

And Alhamdulillah, kalau tengok, ramai dah yang berhijrah untuk berhijab ni. Mantap seyh! Aku sangat salute la kepada yang boleh berhijrah macam ni. Kenapa? Sebab nak berkorban, keluar dari zon selesa and terpaksa bersusah payah, berpanasan, berhabis duit untuk hijab ni, ingat senang ke? Lagi kalau yang dah 20 tahun hidup tanpa hijab. Dah biasa. Alih2 kena keluar dari kebiasaan tu. Senang? Senang?

Aku sendiri sebenarnya nak cakap pasal hijab ni, aku pikir patploh kali kot. Rasa macam tak layak. Rasa macam akan ada yang akan hempuk aku and cakap, “Kau diam la Ika! Tudung kau pun tak cukup meter, ada hati nak cakap orang.” Aisehh.

Bila belek cermin, tengok tudung sendiri, alahai, rasa malu. Seryes aku rasa malu. Kadang2 pikir lama depan cermin, pass tak nak keluar rumah ni. Okeh tak pakai tudung ni. Tengok kawan cantik je pakai tudung labuh, rasa jugak terdetik kat hati ni, “aku bila lagi?”. Tapi jawapannya krik~ krik~

Aku anak jati Kelantan, yang mana Kelantan pernah (pernah?) dapat gelaran serambi Mekah. Nak compare dengan tempat lain, maybe aku boleh kata kat Kelantan lebih rasa Islamnya. Kat tempat lain pun rasa. Bahkan ada kawan aku yang bukan Kelantan, lagi nampak Islamnya dari orang Kelantan sendiri. Aku bukan nak cakap pasal negeri sape lagi islamik, tapi nak cerita pasal pengalaman aku sendiri macamana. Seryes, dulu (ulang baca : DULU) kalau keluar bandar ke apa, jarang weh nak jumpa amoi2 celup atau akak-salih celup. Takde. Tak hade. Aku membesar dengan suasana macam tu.

Lagi pulak, masa kecik2 dulu, bile keluar bandar, aku akan tengok ada satu signboard ni, pasal peraturan tutup aurat macamana. Gambar kartun. Yang pakai skirt pendek, free hair dipangkahkan. Yang pakai baju kurung, pakai tudung, dia buat tanda betul. Aten selalu usik aku, katanya nanti polis tangkap sebab aku tak pakai tudung. Heh3. Kecik2 punya kenangan.

Cuma bukan tu yang aku nak cakap. Membesar kat Kelantan, lagi aku duduk kampung je, so suasana Islam tu memang ada. Berhijab memang bukan perkara asing. Tapi tak berhijab tu yang jadi benda asing. Cuba kau round kampung aku free hair, wajib glam habis kau. Patblas hari orang ingat muka kau. Aku kadang2 shock bila tengok orang perempuan Islam yang free hair. Rasa macam, “ehh, apa ni? Apa ni? Kenapa dia tak pakai tudung? Kenapa?”

Aku sendiri, family aku bukan la family yang lengkap and perfect dari segi agama. Tapi berhijab tu tak asing bagi kitorang adik beradik. Masa darjah 3, aku dah berhijab kat sekolah. Cuma luar sekolah, on and off la. Pergi tempat jauh, on. Pergi tempat dekat2 rumah, aku off. Masa darjah 5 kot tak silap, memang aku dah lekat dengan hijab. Cuma perfect tak perfect je lagi.

Tapi bagi aku sendiri, yang mana sekarang cuba untuk berhijab lebih sempurna, susah woo. Bukan sekali 2 aku terbabas masuk gaung. Banyak kali sangat. Ada time yang bila aku cuba labuhkan tudung, rasa tak confident. Rasa macam tak cantik sebab besar gedabak. Rasa tenggelam dalam tudung je. Nanti orang carik, mana Ika, mana Ika. Ada time yang aku rasa tak kena dengan gaya. Aku dak hip hop (?), mana kena pakai dengan tudung labuh. Ada time yang aku tersangat malas (in fact selalu) untuk iron tudung. So aku just pick Syria sebab senang tapi Syria aku singkat. Gitu la. Banyak weh dugaan nak berhijrah ni.

Itu bagi aku sendiri yang memang dah berhijab pun. Dah rasa susahnya. Tapi untuk yang baru berjinak nak berhijab, Masha Allah sisters, may Allah grant you Jannah. Tu je aku boleh cakap. Pengorbanan korang untuk cari redha Allah tu, buat aku rasa aku ni kerdil.

Aku bajet dah berbelas tahun pakai tudung, pastu boleh goyang kaki la? Konon dah selamat. No no no. Hijab baru one of it.

Pernah dengar orang kata, “Yang pakai tudung, tak semestinya baik. Yang tak pakai tudung, tak semestinya jahat. Iman dalam hati.”

Hmm, sebenarnya tu la masalah orang kita. Judgemental. Dengan tudung semata-mata, kita tak boleh nak kata, sape pakai tudung, dia dah baik. Sape tak pakai tudung, err… jahat? Tapi ehh, buat apa jugak nak claim sape baik, sape jahat. Kau buat amanah kau, kerja kau, aku buat kerja aku. Baik buruk orang, dosa pahala orang, itu kerja Allah. Tak gitu?

Tapi hijab ni ialah cerminan diri kita. Memang iman dalam hati. Tapi kalau kata iman kita ni mantap, rasional ke untuk kita kata “aku tak nak pakai tudung. Iman aku dah mantap.” Erkk.

Dah tu pulak, tang mana jugak iman kita ni boleh jadi mantap. Manusia ni, iman jenis naik turun. Mantap tu macam .. err.. macam ayam yang sampai sudah tak masak sebab jauhnya panggang dengan api tu.

Sebab iman kita selalu naik turun jugak la, kita diwajibkan untuk berhijab ni. Kenapa? Sebab hijab ni macam penghalang. As if nak halang kita daripada buat perkara yang salah. Contoh, kita berhijab kemahen labuh tapi dating kat mall dengan pakwe. Agak2 apa orang kata? Rasa malu tak bila orang pandang je pastu psst psst potpet potpet dengan orang sebelah. Lain daripada orang yang free hair, and dating dengan pakwe kat mall. Tanggapan orang akan jadi berbeza.

So kat situlah hijab ni akan jadi macam barrier, untuk halang kita daripada buat benda salah tu. Bukan la nak kata niat kita berhijab ni sebab tak nak orang mengata kalau kita buat salah. Tapi anggap hijab ni kayu ukurannya and pemangkin kita untuk tahan nafsu.

Orang tanya jugak, kenapa nak kena berhijab? Kenapa nak kena tutup2 bagai ni?

Ehem.. hehe. Aurat ni perhiasan wanita. Perhiasan yang sangat mahal. Cuma orang yang berhak je boleh lihat, boleh pegang, sentuh, miliki. Kalau dah jadi tayangan orang, dah tak eksklusif dah la. Let’s say kalau korang beli kasut, korang try yang display kan. Belek2, try2. Tapi kalau beli, korang nak yang display tu ke yang baru, yang stok? Kalau aku beli barang display, habis2 aku akan tawar lagi untuk dapat murah. Nilai display tu dah jadi murah dah. Tahu? Faham?

Aku kenal sorang ukht ni, tak de la kenal betol2 kenal. Cuma setakat kenal nama, duduk mana, fakulti apa, tu aku tahu la. Sembang pun pernah je 2,3 kali. Aku sangat salute akak ni tau. First time aku kenal dia ialah masa kitorang punya hari orientasi students Malaysia kat sini. Dia one of the biro aktiviti yang jaga checkpoint. At that time, aku tak banyak kenal pun students daripada fakulti lain. Seniors twinning pun belum kenal habis lagi.

Akak ni, time tu dia free hair, T-shirt lengan pendek. Aku dok pikir sorang, akak ni orang mana sebenarnya. Sebab gaya cakap macam Melayu. Tapi muka tak berapa nak macam melayu tulen. Macam ada mix India sikit. Hendostan la. Dengar dia bahasakan nama dia pun dah bunyik omputih pulak.

And then lama tu, aku involve satu projek and dia ketua kitorang. Masa meeting, aku tengok dia pakai tudung. Time tu tudung bawal biasa, yang singkat je la. Still, dia dah start bertudung. Time tu dia pakai baju lengan panjang. Aku pikir lama, akak ni akak yang sama ke. Ke aku salah orang. Sebab dia dah bertudung dah. And memang confirm dia orang yang sama. Aku amazed jugak time tu, sebab tak sangka dia dah berubah kan.

And recently aku terserempak dengan dia lagi, (alkisah aku sangat jarang terserempak dengan dia sebab different fakulti). Aku lagi la bulat mata tengok dia. Subhanallah. Seryes weh. Cantik sangat aku tengok dia pakai baju kurung, pakai tudung yang lebih labuh, lagi labuh dari aku. In shaa Allah sempurna. Cover chest. I was like, seryes ke tu dia. Aku salah tengok ke.

And aku pandang baju dengan tudung yang aku pakai hari tu. Rasa macam … TT_TT

Sangat malu. Malu bila fikir, dia yang asalnya tak kenal hijab, tapi dalam masa setahun lebih gitu, dia boleh bertudung labuh dah. Aku yang dah berbelas tahun bertudung ni, mana labuhnya?
Kata orang, hidayah Allah datang kepada siapa yang Allah kehendaki. Alhamdulillah, akak tu ialah that chosen one. Rasa jealous tak? Rasa tak? Aku rasa.

Bila orang kata, muslimah lebih cantik dengan hijab, aku sangat agree. Dulu fikir, tayang rambut ikal mayang pun cantik apa. Iklan syampu kot. Guna jari pun boleh. Tayang rambut macam Avril pun cun jugak. Pink hijau. Kih3.

Kalau pakai tudung, bagi bulat muka je ada la. Kadang pulak selekeh bila terkelepet. Dah tu jawabnya bila pakai tudung, kemahen tarik nafas tahan nafas, moncong mulut2 dok hembus hujung tudung. Sebab tak nak kasi kelepet kat hujung tudung tu. Nak kelepet kat bawah dagu tu pun kemahen teliti, konon tak nak bagi bulat muka. Rasa macam tudung memporak perandakan keyakinan diri pun ada.

Haiyyo, begitukah?

Tidak sama sekali Ika. Tidak. Itu cuma propaganda je.

Tapi bila tengok akak tu sendiri, aku rasa dia sangat cantik bila bertudung. Dia bukannya ada darah mix, bukannya Pan Asian ke apa ke kalau nak kata cantik tu. Muka retis pun tak. Bagi aku, dia biasa2 je. Tapi cantiknya dia tu ada somewhere yang tak boleh nak cakap. Just that, dia cantik. Tu je.

And aku ada sorang kawan sekolah ni. daripada sekolah, dia memang dah bertudung. Bahkan lagi awal daripada aku, and lagi better dari aku. And recently aku tengok dia dah bertudung labuh. Subhanallah. Orang dah cantik, cantik pula hijab dia, double2 cantiknya.

Nak berubah, banyak halangan. Ada halangan dari diri sendiri. Yang tu macam2 la kan. Ada jugak halangan dari luar. Yang mana mungkin ada yang mengata, ada yang kutuk2. Ada yang akan hentam kita bila ada something happen.

Contoh, ukht ni baru pakai tudung. Pastu upload ayat2 islamik sikit kat FB. Tetibe datang la keyboard warrior, “hek eleh pompuan ni. Baru pakai tudung sehari dah bajet ustazah.”

Contoh, ukht ni baru pakai tudung. And cuba ubah cara cakap, pergaulan semua. Datang la akak2 jemah, “hek eleh pompuan ni. Bajet baik la pulak. Cakap sopan. Baju kurung. Pakai tudung je automatic baik. Kat belakang, hentah apa la.”

Benda baik pun orang akan cakap. Lagi kalau buat benda jahat.


So keep going on wahai muslimah sekalian! Kentalkan jiwamu! Teguhkan pendirianmu! Kita wanita pejuang, tak tunduk pada bicara orang!


*credit

So sisters out there, jumm kita perbetulkan langkah kita. Kita take a look back. Nak berubah, memang tak pernah senang. Cuma, keep on believing yang Allah akan selalu teman kita. Innallaha ma’ana. And In Shaa Allah, percayalah, akan ada ganjaran untuk orang yang percaya dan yakin dengan janji Allah tu.


Let’s pray for each other. Semoga kita (kita ni maksudnya aku sekali tau? tau? tau?) akan terus gagah di jalan hijrah ni. Amin..

*credit


Jazakumullahu khayran katheera for reading this entry..


p/s : tetibe teringat music video cover of One Direction by >MrTheAllShared< - HIJAB MAKES YOU BEAUTIFUL. Mantap wa cakap lu.






Kisah Kabus Qaseh © 2014