Wednesday, August 26, 2015

Ilham dan Nawaitu..

Wednesday, August 26, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sekian lama cari semangat and keinginan nak menulis. Bukan malas. Ilham takde. Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Dari cuti sem sampai la bukak sem baru ni balik. Gatal meghenyam tangan ni nak menaip entry baru, tapi rasa macam jammed je kepala ni. Asik dok fikir, macamana la nak cari ilham nak menulis. Banyak cerita, tapi tak tertaip dek tangan ni. Ahha, agaknya kena menulis time tengah-tengah malam kot. Tak pun di pagi hari tika embun masih menitis. Segar…

Except for the fact yang aku ni anak dara pemalas yang selalu bangun lambat. Ehh? Dah tu, mana nak jumpa embun pagi.

Setiap hari merungut sebab otak jammed. Banyak makan ketupat agaknya raya lepas. Sebab tu ilham macam tersekat.

Lupa bahawa ilham tu sebenarnya milik Allah. Tak sedar rupanya Allah nak aku tulis something yang lain. Rather than melalut panjang pasal how’s my raya, pergi mana je raya ni, duit raya berapa, pakai baju kaler apa.

Throwback seminggu lepas raya, rumah jadi kosong balik. Akak-akak dah balik rumah masing-masing. So jadilah aku anak dara pingitan yang terperap kat rumah. Nak keluar konon tak nak kasi hitam kulit. Ecceh. So aku fikir sepanjang cuti ni, aku nak isi dengan kerja-kerja yang mendatangkan faedah jugak. So aku cuba nak menulis. Nak buat cerpen islamik sikit. Cerpen tentang tarbiyah aku.

Tapi macam haremmm je semua. Plot cerita melambak, taip 2,3 perenggan, aku lost. Apa dah jalan cerita aku tadi? Takpe, sambung je dengan harapan akan ingat balik plot cerita kat tengah jalan. Sampai persimpangan cerita, aku confuse. Apasal cerita aku dah larik je ni? Takpe la, janji jalan cerita menjadik. Sampai traffic light, aku kantoi dengan lampu merah. Terus stop sebab aku dah tak tahu jalan cerita aku terbabas ke mana dah. Hancurrr.

Bila tengah makan, tengah gosok gigi, tengah dalam kereta, time tu la idea nak datang macam hujan batu. Gedebuk gedebakk. Tapi tengah nak menulis tu, dah siap bukak Word, tangan dah dekat keyboard tapi macam biul je aku rasa. Tahan perasaan nak maki diri sendiri sebab otak macam putus letrik. Kelam..

Aku fikir, kenapa susah sangat ye aku nak menulis ni. Padahal aku nak buat cerpen islamik tuuu. Cerpen tarbiyah tuuu. Apa yang tak kena ek? Aku cuba nak sampaikan kat orang melalui tulisan, cara aku cuba jalankan SH aku. Dah tu?

And that one night punya cerita..

Disebabkan aku tak rasa aku boleh menulis malam tu (macam malam-malam sebelumnya), so aku decide untuk belek blog member. Entry tentang tarbiyah dia. Macamana dia rasa dia jauh dari Allah and cuba kembara cari diri dia balik. Cari Allah balik. Aku sentap! And aku tabik la dia. Serious. Sis, may Allah grants you Jannah. You’re super duper awesome, girl. Aku pernah baca entry dia sebelum ni. Totally different dengan apa yang dia tulis sekarang. Baru aku faham kenapa dia delete blog lama and start baru. Dia tulis apa yang dia rasa. Dia tulis cerita dia. Dia tulis tarbiyah dia.

And baca tentang dia buat aku terfikir, untuk siapa sebenarnya aku cuba menulis ni? Untuk bacaan orang? Untuk tatapan orang? Semata-mata? Buat aku wonder, pernah tak, even for once, aku tulis untuk diri sendiri? Pernah tak, for once, aku tulis dengan harapan bila one day aku lost, aku akan baca tulisan aku sendiri. Dengan harapan aku akan tersedar baca tulisan sendiri. Supaya aku akan cuba cari diri ni balik.

Aku claim yang kononnya cuti panjang buat aku hilang idea menulis. Sebab bila menulis konon nak kena under pressure. Bila buku bertebar atas meja sebab esok exam, time tu la idea mencurah. Tak pun dapat inspirasi bila baca blog orang, baca buku, tak pun lepas usrah atau daurah.

So sebab nak cari idea hari tu, aku baca novel yang ada kat rumah. Konon dapat inspirasi untuk gaya penulisan. Dah tu pulak gigih ajak ma pergi keluar, aku nak pergi lepak kedai buku. Nak cari buku terbaru. Jumpa Henshin, jumpa Tarbiyah Sentap tapi last-last aku sambar Mat Luthfi je. Balik rumah, terbaca komen-komen orang pasal Henshin. Alamak, nyesal pulak tak beli. Kalau tak, untung-untung kot dapat ilham nak menulis.

Terlalu berharap pada manusia. Pada hasil karya mereka.

Mengharapkan inspirasi daripada mereka.

Sekali lagi alpa. Leka. Lupa. Bahawa ilham itu milik Allah.

Dan aku rasa aku hilang identiti bila menulis. *sigh*

Atau..

Aku bukan hilang identiti bila menulis.

Aku cuma hilang nawaitu….

Jazakumullahu Khayran Katheera..

Thanks for reading.


Sunday, June 28, 2015

7 Days..

Sunday, June 28, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pheww. Since my last entry bout Jogja, boleh tahan lame jugak ek tak tulis entry baru. Dulu kemahen semangat update. Almost every minutes ade idea baru. Sampai kena hold dulu takot menyampah asyik menulis je. Ainin pun da membebel sebab asal aku post je, mesti sampai notification kat emel dia. Tapi sekarang sepi je kan. Mohon semangat masih membara macam goreng pisang panas. Erkk.

Alhamdulillah, hari ni bertarikh 11 Ramadhan 1436H, yakni dah hari ke-11 umat Islam menyambut hari mulia, bulan mulia Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut bulan penuh barakah ni.

Ramadhan this year, aku dengan housemates semua dah pakat awal-awal nak remedial. So kitorang akan stay kat sini sampai seminggu nak raya. Kitorang nak ambik balik exam sebelum2 ni. At first aku decide nak ambik NBSS (3rd sem) je. Tapi fikir balik, macam sayang je kalau ambik NBSS semata-mata sebab remedial dibolehkan 4 paper. So aku penuhkan lagi 3 tempat dengan DMS (4th sem), HIS (4th sem) and BHP (Bioethical Human Programme). Jangan tanya kenapa aku nak remed BHP. Yeahh, aku takde ethic. LOL.

In Shaa Allah kalau ada rezeki, dapat la naikkan pointer. Tak sure betul ke tak tapi diorang kate, pointer untuk student Twinning akan start daripada 0 balik bile kitorang masuk UKM nanti. Aku selalu lupa nak tanya tiap kali UKM datang sini. Tapi takkan la pulak kan. Since kitorang kat UKM cuma 3 tahun je. Kalau kata nak sama ratakan dengan student asal UKM pun, mane diorang nak cekau another 2 tahun tu? Takkan la jugak 3 years kitorang kat sini sia-sia je.

Lagipun ade jugak dengar kate yang diorang still kira pointer kitorang sebab UNPAD still hantar. Tapi macamana pengiraan, tak tahu. Kat sini memang doctor tak pernah kasitau kitorang macamana pengiraan markah dijalankan. Even masa aku consult doctor hari tu untuk tanya which paper aku kena ambik untuk naikkan pointer, “Oh, kalau masalah GPAnya bisa naik berapa, saya kurang tau. Soalnya saya sendiri gak tau cara hitungnya gimana.” Krik ~ krik~

So untuk remedial ni, rather than just nak naikkan pointer, aku fikir, study balik lagi crucial. Since otak dah berkarat. In case aku dah lupa Cranial Nerve 1 letak kat mana, Weber test buat apa, tulang keting tu nama apa. Heh. Sawan aku nak belek buku.

So this month, not only stay sini sebab nak ambik remed je, tapi jugak nak merasa puasa tempat orang. Alang-alang aku dah dekat sini. Tahun lepas dah bermanja-manjaan balik awal. Zai tak habis-habis bahan aku sebab cepat sangat lesap tahun lepas. Hari ni dapat result, esoknya terus blah. Tahun depan pulak, In Shaa Allah kalau still diizinkan untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan, aku nak spend puasa kat rumah la pulak. Hek.

Puasa kat sini not bad. Tapi kalau dah aku ni memang berjaman puasa kat rumah, dah sah aku cakap puasa kat rumah lagi best. Kenapa? Of course sebab ma yang masak. Heh3. Time2 puasa gini la tetibe teringat semua masakan ma. Itu hari Kak Amnah masak kurma ayam, aku rindu ma masak. Kirra buat sambal telur, aku teringat ma punya. Zura masak ayam kicap, aku teringat ma lagi. Raja buat pengat, aku ingat pengat ma. Ainin masak lemak labu, err, yang tu ma tak pernah masak rasanya. Heh3.

And Bazaar. Aku rindu Malaysia. Bazaar sini tak macam Bazaar sangat. Dorang jual makanan yang sama kat hampir semua gerai. And I should say, kat gerai yang sebelah menyebelah. To add up, kat depan gerbang UNPAD yang luasnya sekangkang monyet tu. Heh heh. This part tak berapa nak meriah sangat la kan.

Puasa mesti pasal makan je kan. Eh. La la. Tarawih jangan lupa. Alhamdulillah kat sini tarawih diorang boleh tahan meriah. 1st day kitorang tarawih, perghh, semua muka ceria-ceria je. Kitorang pergi masjid yang dekat dengan rumah je. Tapi tanjat ite tau. Laju kemahen bak ang. Seryes aku cakap. Kau tak sempat nak bangun rukuk, imam dah nak duduk antara 2 sujud dah. Kau tak sempat bagi salam, imam dah nak start balik dah. Laju sangat. Tapi heran, sempat je makcik2 tu semua ikut pak imam tu. Dah tu pulak, antara 2 rakaat dengan 2 rakaat lain tu, takde break lansung bai. Kalau kat Malaysia, ada la zikir2 jap kan. Sini takde. Dah bagi salam, terus bangun balik. Tup tup cukup 20 rakaat.

Hah, ini lagi 1. Kat masjid ni buat 20 rakaat tarawih. Seryes aku semput. Dengan tak breaknya, dengan lajunya, memang aku putus nafas. Last-last kitorang decide tarawih kat rumah je. Kih kih. Manjanya manusia bernama Wan Norshafika ni. Baru 20 rakaat gitu, da semput. Pfft.

Tahun lepas aku sempat tarawih 2 kali kat sini. Sekali tu, imam buat 4 rakaat terus. Tak tahu la macamana tu. Sebab dorang kate kat masjid tu, imam selalu berubah, so depends on imam la nak buat macamana. Tak tahu la nak komen macamana tu. Itu hari Kak Timah cakap, dia tanya ustaz dia, ustaz cakap, better solat sendiri je la. Ustaz pun tak tahu nak cakap salah ke betul ke. So kita play safe la ye.

Cerita pasal Ramadhan, semua orang ada cerita masing-masing kan. No matter kat mana kita puasa pun. Kat kampus, kat negara orang, kat kampung, kat tempat kerja, setiap cerita Ramadhan tu, ada indahnya masing-masing.

Ramadhan aku start dengan something simple. Sweet. Bukak dengan kawan-kawan, tarawih dengan kawan, bangun makan sahur dengan menggigil sejuknya. And the next day, kitorang dapat result final exam hari tu. And I lost my cellphone at the same day. Hmm, not lost. I should say, my cellphone was stolen.

Kisahnya panjang. That day masa nak ambik result, aku pergi UNPAD dengan angkot je. Saje nak merasa pergi ramai-ramai, berdebar ramai-ramai, nak merasa mengah berlari pergi fakulti. Lepas ambik result, meeting dengan MT IMAN-BAIK jap kat pondok. Lepas balik rumah, aku baring sat and then start cari phone. Sebab pagi tu aku dah janji nak call ma, nak bagitau result. Tapi cari phone, takde. Try call pakai pfone Ainin dengan Raja, masuk voicemail. Lepas solat Zohor, capai kunci motor, terus pergi UNPAD balik. Sebab nanti ada meeting Iman-Baik pulak. Try cari tempat last aku lepak, takde. Tanya pak guard kot ada orang kasi kat dia ke. Tak de jugak. Tak terfikir tertinggal kat angkot sebab aku tak keluarkan pun. Zai curiga kot kena seluk dalam angkot, aku cakap tak. Sebab sebelah aku ade pompuan sorang je. Lagipun phone dalam beg, and beg aku peluk atas riba.

Call few times, tak dapat. Lepas tu Syer kate, masuk mesej notification inform yang phone aku dah aktif balik. Try call, dah inactive lagi sekali. So dah sah aku pikir phone aku memang kat tangan orang. Aku call Aten, sebab number Aten je yang aku ingat, bagitau yang phone hilang and suruh inform family. Tapi time tu aku fikir aku tertinggal phone kat pondok and ade orang ambik. Till, aku noticed yang beg aku part yang kecik tu dah rabak.

Ask me how I feel. Memula aku redha je. Aku fikir, tak pe la. Dah salah aku, tak jaga barang elok2. Nak buat macamana lagi. Tapi bile je tengok rabak beg aku dikoyakkan, Astaghfirullahal ‘Azim. Menyirap aku rasa. Sebab aku tengok dak pompuan sebelah aku tu. Baik je. Dah tu pulak macam takde cara lain nak dibuatnya. Tambah pulak ni bulan puasa. Baru hari kedua puasa kot hari tu. Fresh lagi. Seryes aku nak marah.

Aku tahan je dulu. Nak marah pun, aku tahan je. Aku cakap kat Zai, aku tak boleh lepas marah aku ni. Zai ingatkan, fikir puasa, okeh tak pe la. At the end, burst jugak. Satu rumah aku hanginkan. Memang aku tak boleh tahan. Kalau phone aku kena curi sebab aku tinggal merata, aku boleh wat lek wat peace kot. Dah bila jadi macam ni, aku rasa sakit hati. Sakit hati kat dak tu, tapi aku tak tau macamana nak marah kat dia. Lagi pulak dia boleh lepas bebas sengih-sengih. Tu lagi aku sakit hati.

And then aku realize, did Ramadhan actually furnishes me with barakah? Ramadhan supposed untuk train nafsu kita. Not only nafsu makan, tapi jugak nafsu amarah, nafsu cakap teruk, and all those mazmumah punya attitude la. Tapi dan dan aku marah, aku almost curse, tak sabar.

Baru 2nd day puasa and I’ve already lost?

Fikir balik, actually, it’s not that “did Ramadhan furnishes me with barakah?”. But it is, “do I seek the barakah of Ramadhan?”

That’s the first story. When it rains, it pours. Few malam lepas, aku start diarrhea. Tak tahu salah makan apa. So I loss lots of body fluid and aku demam. Dalam hati, boleh tak nak buka. Tak tahan kepala pusing2 je, perut sakit2. Dari subuh sampai Maghrib, aku tidur je. Tapi tak lena sebab kejap2 rasa nak ke toilet. Dah tu pulak mimpi yang sama and merapu meraban. Aku terjaga almost every half an hour. Terbangun Zohor, aku mandi, sejukkan badan, tidur balik. Asar, Raja datang bilik. Aku ingatkan dah terlepas Asar. Rupanya Asar baru masuk. Aduyaaii.

And few days lepas tu aku bangun dengan perut yang terlampau lapar sebab lapar tahap gaban. Masa diarrhea, memang aku tak makan. Tetibe terbaca la status sorang ukht ni kat FB. Katenya mase buat round ward, tanya la sorang patient ni. Umur makcik2, sakit kanser. Tanya, puasa ke tak. Jawabnya In Shaa Allah puasa. Terkedu jugak la si akak ni sebab dia expect mak cik tu akan jawab tak larat ke, uzur ke. Tapi Subhanallah. Kuat azam makcik ni tengah2 sakit pun. May Allah grants her Jannah.

And kene la atas batang idung. Ya Allah, manjanya kau Ika.

Hmm.. 7 days of Ramadhan dah bagi aku thousands of its valuable ibrah. So let’s see what another 22 days may give me.

Jazakumullahu Khayran Katheera..


Thanks for reading.


Monday, June 15, 2015

Stepping Shoes to Jogja ~ Part II ..

Monday, June 15, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai hai.. So sambung cerita hari tu. Aku harap la korang tak perlu spend 4 malam untuk habiskan part 1 tu. Hehe. Check it out again for part I >> here <<

And the story continues…

SABTU, 4 APRIL

Last cerita pasal Borobudur. 12.40 tengahari tu kitorang keluar Borobudur pergi Citra Elo. Dekat je. Dalam 1.30 kitorang dah sampai. So alkisah, Citra Elo ialah tempat rekreasi more kepada watersport. Yang kitorang nak main ialah berkayak atau orang kampung aku panggil water rafting. Dah lama wehh mengidam nak rafting. Kat situ ada jugak bungee jumping. Pun dah lama teringin. Tapi hari tu dorang tak bukak untuk bungee. Sedih.. hampa perasaan iolss tau. Lagi2 bile akak kaunter budakkan aku. Offer aku main bungee pakai rafia. TT_TT


This is the end point
Kitorang book untuk water rafting level beginner untuk 9 orang sebab Atie dengan Zura tak main. 180/person and additional 15k sebab kitorang ambik sekali untuk photograph. Sebab kitorang tak bawak kamera, so dorang akan snapkan and bagi kita dalam bentuk hard and soft copy. Heh3. Tapi aku tak sempat kumpul semua gambar water rafting ni lagi. So In Shaa Allah akan ade update lagi.

Kitorang bergerak ke starting point dengan angkot. Lebih kurang 15-20 minit. Total group ade 6-7 kalau tak silap. Local yang join sekali, ada family, ada students. Kitorang 9 orang ni dibahagikan 2 group. Aku, Ainin, Shu, Anne and Jihah 1 group. Setiap bot akan ada staf. Sebelum start, akan ada brief dulu. Bapak tu cakap laju gile weyh. Aku agak sebab dia tak tahu ada Malaysian sekali, tu cakap laju kemain. Katenya total masa ialah around 2 jam setengah. Jeram yang kitorang akan tempuh about 35. Mase start tu, semua awkward lagi. Sebab semua 1st experience.

Nice sangat sebab nasib aku memang macam harem je. Memula aku dok depan, wat lek wat peace je. Ingat sempoi2 je. Sekali the 1st 10 minits, aku dah basah total. Kena simbah dengan staf depan. Gile jahat. Pak Peyek, akan kukenang namamu. Pastu few times la aku kena simbah and kena splash air bile hentam jeram. Basah toksah cerita. Mas yang jaga kitorang sangat baik. Dia yang suggestkan untuk kitorang challenge macam2 game mase tu. 1st kitorang buat rodeo mase nak tempuh jeram. Rodeo is so fun. Seryes aku cakap.

And nasib aku lagi, kitorang langgar batu and aku gedebukk jatuh terperosok kat celah2 dalam bot tu. And splash air directly masuk mulut aku. Huahaha. Kenyang aku telan air sebaldi. Haha.  Pastu mas kitorang suggest untuk main 1 lagi game which is setiap orang antara kitorang kena bangun berdiri kat birai bot tu dengan pegang tangan 1 sama lain. Kitorang asik buat sekerat jalan je sebab susah gila. Huaha. Padahal cuak.

Then rest sat, minum ayaq kelapa, makan2 bagai. Amik2 gamba.

Haa, pastu cerita yang lepas ni agak best sikit. Alkisah, sampai kat 1 area ni yang mana depth air dalam 300m and agak sempit sikit. So kat sini dorang suggest untuk turun berenang for fun. Katanya safe sebab tak de jeram and air tak laju. At first cuak la kan sebab aku mana la reti berenang nokss. Pulak tu, aku jenis takut air. Tapi konon sebab ade life jacket, aku turun jugak. Kan dah cakap, aku ni memang berani tak rasional. Memula cuak, aku paut je kat birai bot. Mas tu suruh aku lepas and follow the flow je. Follow tak follow, aku tempik dekat Anne dengan Shu sebab pegang aku mase dorang nak turun. Haa, hambik kau. Punya cuak, tak pasal2 kena maki dengan aku. Haha.

Mas pesan untuk kitorang berenang ke kiri sikit sebab kanan tu batu tinggi banyak. Baru nak kuak2, Shu panggil suruh tarik dia sebab dia nak terhanyut ke kiri. So aku pergi la menghimpit kat Shu, konon nak tarik Shu. Alih2 aku yang kena tarik. Kitorang terlanggar bot orang kat depan and air gushing tolak aku ke bawah bot. Terkejut seyh. Sebab benda tu jadi sangat cepat. Aku even tak sempat tarik nafas. Cuma aku punya tangan still paut kat birai bot sebab nak tarik badan naik atas tapi tak dapat sebab air sangat kuat. Whole badan aku dah bawak bot. Time tu cuak toksah cakap sebab aku tak tau aku patut buat apa. Nak tarik badan naik tak dapat. Nak hold lama-lama tak boleh sebab tak cukup nafas. Last2 dalam cuak tak boleh fikir apa, aku lepas je tangan and biar badan aku hanyut bawah bot.

Cuak jugak sebab nak naik balik tu lama. Aku tak sedar berapa banyak air aku telan. Masuk hiudng tak kira lagi. Dah bot pun bergerak, aku pun bergerak. Mana nak keluar aku. Last-last bile dah terapung balik, aku kuak2 tangan mintak tolong orang. Sebelah tangan aku kuak nak apung badan, sebelah lagi aku kapai mintak tolong bot yang aku langgar tu. Then ada sorang pakcik yang memang tengah berenang tu tarik aku. Dok cakap, “Tenang mbak. Tenang mbak.” Sebab memang aku panik gile. Aku cungap2 carik nafas. Aku nampak Shu dengan Anne dah ade atas bot kitorang. Diorang tengok aku and panggil2 nama aku.

Time bapak tu still pegang aku, kitorang terlanggar ranting2 kayu yang terjuntai. Sikit lagi aku nak tempik hentah nak maki sape. Lepas satu-satu kena. Then bot lain kat depan pulak nak terlanggar aku. Lagi aku panic, takut tenggelam bawah bot lagi. Aku dok cakap, “Tak nak! Tak nak!”. Tak nak tu as in tak nak kena langgar lagi. Entah amende la kalut aku ni.

Bapak yang pegang aku tu cakap, “Gak apa2 mbak. Tenang mbak.” Agaknya dia ingat aku cakap tak nak bila dia dok kalut suruh orang2 atas bot untuk naikkan aku. “Tolong mbak ini. Tolong mbak ini.” Tu je yang aku dengar dia dok cakap. Gamaknya dia ingat aku tak nak naik bot tu. Haha. Masa abang bot tu nak tarik aku naik, agaknya berat dok telan air, berat la aku ni. Aku dengar Anne jerit dari bot kitorang, “Ika, kuatkan diri, Ika! Tarik badan naik, Ika. Kuatkan diri Ika.” Aku dengar Anne dok jerit tu.

Last2 bile dah dapat naik, aku calm myself. And dorang pindahkan aku balik kat bot aku. Senyap tak berkutik lepas tu. Aku pandang Shu, Shu pandang aku. Then kutip sorang2 member bot aku yang dah merata2. Mas usik aku, katanya aku yang paling kenyang minum air, siap hanyut bawah bot lagi. Aku jawab je, memang kenyang sangat telan air. Tapi kalau telan kot mulut no hal la. Aku ni telan kot hidung. Ape cer.

Katanya lagi, aku lemas gitu sebab aku panic. Kalau tak, sempat je aku tarik nafas, tahan. Hewwah. Memang la. Dah ko tahu berenang, aku ni tak tahu. Dah pulak mana sempat aku nak tarik nafas bagai dah gedebussh aku kena tolak gitu. Ko tak tau aku punya takut gimana. Nasib sebab kau baik hati je mas, sebab tu aku tak hangin.

Aku kumpulkan balik semangat dan mood aku, sambung kayak lagi. Cuma dah tak berani nak rodeo dah. Sebab tak lama lepas tu Anne tercampak keluar bot masa rodeo. Aku takut tercampak jugak. Haha. Water rafting sangat fun. Even aku lemas, it was soo-sooo-sooo fun. Sebab time lemas tu la baru aku ingat mati. Seryes weh. Terfikir sendiri, kalau kata aku tak lepaskan tangan aku, I’ll be forever bawah bot tu. Kalau kata tak de orang selamatkan aku, it will be the end for me. Sayang, aku tak sempat nak cakap terima kasih dekat bapak and mas yang tolong selamatkan aku tu. In fact, aku tak ingat pun muka diorang. However, aku sangat terima kasih kat dorang.

And aku rasa menyesal sebab tak dengar cakap ma. Aku rasa macam aku kena tulah ma. Ahaha. Masa mintak permission ma nak ke Jogja tu, ma dah pesan awal2. Apa2 game ke, aktiviti yang bahaya, jangan main. Bila aku call ma dalam train masa nak balik, aku cerita pasal lemas ni, apa lagi. Terus ma potpet kat aku. Punya marah ma kat aku. Aku cakap la, tak de hal la ma. Kan da selamat ni, dah nak balik dah pun. Mujur ada orang selamatkan time tu. Terus ma, “Haa, mujur. Mujur sangat la. Kalau takde orang time tu, bawak balik mayat la sudahnya.” Perghh. Sentap wehh. Tak pernah ma marah macam tu. Aku tukar topik cerita pasal Borobudur dengan Merapi pun ma tak layan. Senyap je.

Tips Jogja #6 : Dengar cakap mak. Jangan berani tak bertempat. Dan ikut la Sunnah Nabi, belajar la berenang. Hehehh.

Dalam pukul 6.00, kitorang gerak keluar dari Citra Elo. Riuh dalam kereta semua dok cerita pengalaman masing2. Jihah yang sama macam aku, hanyut bawah bot. Tapi tak heran la sebab Jihah pandai berenang. Shu cerita yang masa aku dengan dia sama2 langgar bot tu, orang atas bot tu tarik dia naik. Tapi dorang tak tarik aku agaknya sebab tak nampak tangan aku tengah gantung tu. Ye la, tangan je ade. Tuannya dah cium bawah bot dah.

Bila dah selamat naik tu, Shu cari aku tapi tak nampak aku. Last2 nampak aku hanyut tu je la. Katanya muka aku punya panic time tu. Bibir pucat biru. Hentah, aku sendiri tak boleh pikir ape dah time tu. Tapi semua tak puas hati dengan staf bot group 1 lagi. Kejenya asyik nak tarik orang jatuh bot je. Memang sampai sudah dorang dendam dengan Pak Peyek tu. Heh.

Pukul 7.10 malam, kitorang sampai kat restoren Je Jamuran. Since da namanya pun jamur, makan jamur je la jawabnya. Jamur ni maksudnya cendawan atau orang kampung aku panggil mushroom. Ahaks. Since aku dah kenyang (sebab telan air), aku makan tongseng atau kari je. Of course kari jamur la and air limau. Menu kat sini not bad untuk yang suka jamur. Tapi aku boleh makan certain jamur je, so tempat ni bukanlah pilihan aku. Cumanya amazing la sebab dorang boleh bukak restoren yang menunya cuma jamur semata tapi customers melambak.

Tips Jogja #7 : Untuk makanan, aku suggest untuk korang try restoren gudeg. Apa2 punya gudeg je la. Katanya gudeg ni maksudnya kuah. So signature Jogja ialah gudeg. Nanti tanya je la guide gudeg kat mana yang famous.

Sempat lagi aku beli Bakpia Citra kat sini. Sedap la jugak sebab lembut je. Bakpia ni kira macam signature Jogja. Wajib beli. Hoho. 8.50 kitorang sampai hotel.

AHAD, 5 APRIL

Ni hari last kitorang tapi kalau tengok tentative, banyak lagi aktiviti yang tak sempat buat. So dalam sehari ni, memang masak nak buat semua benda. Indrayanti kitorang cancel sebab supposed untuk tengok sunset. Tapi memang tak dah la. Kitorang keluar awal, dalam pukul 7.20. Siap check out terus dah. 8.15 pagi, kitorang sampai kat Gunung Merapi. Tiket masuk 4k sorang.

Kitorang sampai kat basecamp dulu and kena ambik jeep untuk naik atas sebab jalannya terlampau ekstrem, kereta biasa tak dapat naik. Since Shaf dah pernah naik dulu, dia dah tak nak naik. So kitorang 9 orang je la. Oo, lupa. Azurah tak join kitorang hari ni sebab dia lepak dengan akak2 Jogja. Even pagi tu pun Kak Farami datang jenguk kitorang kat hotel. Sayang jugak sebab tak sempat pun nak jenguk diorang.

Kitorang ambik 2 jeep. And macam biasa, aku, Shu, Ainin, Anne and Jihah sekali. Pakej dorang ada 3 route semua. From yang short, medium, to long.

Ni route pakej diorang offer
Kalau ikutkan yang sebenar, the longer the route, the more you can see. Banyak la boleh explore. Tapi memang lama la. Yang longest tu can take more than 3 hours. Tapi kata mbak tu, tourist selalu ambik yang short je. So kitorang ambik yang short je sebab nak save mase. 350k per jeep. So jeep kitorang 70k per person la.

Sepanjang perjalanan naik gunung tu, nampak macam ada pembinaan something. Kata pak supir travel, that one ialah pembinaan empangan. Dorang nak salurkan lava yang meletus tu supaya tak affect orang ramai. Then lama2 lava tu akan jadi pasir2, baru dorang akan angkut turun.

Perjalanan memang mencabar. Jalan terlampau ‘mantap’ seyh.

Cani haa jalannya. Ini yang mild case. Kalau yang betul teruk, aku pun tak sempat snap sebab asyik goyang Cita Citata je
Untuk route kitorang, ada 3 stops total. 1st one is musem. Kat sini kitorang dapat tengok tinggalan2 daripada letusan Merapi ni.

Tuuu dia. Siap dengan rangka lembu lagi.
Bile fikirkan, sayang jugak kan. Sebab rumah diorang kat sini, tapi terpaksa tinggalkan harta and barang2 untuk selamatkan diri. Kalau kita boleh dengar apa yang dorang rasa pasal tragedy ni, this is it …

Power ayat bai..

Letusan Kelud ni jadi masa aku dekat sini dah. Debu dia sampai Jatinangor boleh rasa. Jerebu jadi time tu.


   
Letusan ni berlaku pada 5 November 2010 and dorang ada exact masa berlaku daripada tinggalan jam dinding yang rosak. Around 12.04.

Tinggalan jam rosak
Ni antara barang tinggalan dorang. Bila fikirkan, dorang sama je macam kita. Live a normal life macam kita jugak. Tapi qada’ diorang dah ditetapkan macam tu. Hmm..











   
2nd, kitorang naik lagi about 6km daripada kaki gunung. Kat sini view cantik.



Wihhuuuu..
And special kat tempat ni is that ade satu batu tinggalan letusan tu yang dorang panggil batu alien if I’m not mistaken. Alkisah sebab batu ni ade rupa orang. Ini dia.

Gigih tak gigih aku edit
3rd, kitorang sampai kat kaki gunung, about 4km from puncak. Aku tak sure betol tak sebab bapak tu cakap ape, separuh2 je aku paham. Kat sini, viewnya Subhanallah. Sangat cantik. Backgroundnya ialah puncak gunung tu sendiri. Cantik! Yang best lagi ialah cuaca teduh sikit compared to masa kat bawah2 tadi. Berangin lagi.





Bawah tu sebenarnya asal sungai. Tapi sungai pun da kering. Tinggal alley gitu je
Kat sini ada bilik bawah tanah tempat diorang berlindung kalau ada letusan. Mengikut bapak guide, tempat ni dibina oleh pemerintah sendiri. Basically bilik ni nothing much pun. Ada toilet and kosong.. Cuma untuk safety, pintu dorang memang tebal and 2 lapis.




Ni je belah dalamnya. Kosong je.
Then turun balik. Jalan turun lagi short daripada jalan naik and lagi better sebab kurang berbatu-batu dah.

Masa naik tadi, aku dok depan jeep. Dah kecik, bajet nak dok depan. Masa turun, baru aku bagi can kat Anne dok depan. Aku dok belakang. The best part pasal naik jeep ni sebab kitorang berdiri almost the whole time. Acah2 berangin. Konon nak tengok view. Lepas tu mengaduh tak sudah badan terlanggar palang2 jeep sebab asyik goyang. Yolah, jalan extreme… Jihah tak puas hati dengan aku sebab masa dia berdiri, dia asyik terlanggar palang je. Aku tak, sebab pendek. Wahahaha.

Ika yang bajet berdiri tak paut palang.
Bile sampai kat basecamp tu balik, rupa2nya dorang ada snap gambar kitorang and cuci. Patot la gigih semacam bapak tu ambik gamba kitorang. So kalau nak beli, 20k. Tak nak beli takpe. Harus aku beli sebab gambar aku kot.

Dalam 10.30 tu, kitorang da settle kat Merapi and gerak turun. Pak supir kitorang cerita la pasal Merapi ni. Tadi dalam jeep tak nak tanya mas supir. Syok sangat. Ni baru nak tahu cerita. Kata bapak, Gunung Merapi is one of the most active volcano kat Indonesia. And macam yang uolls dah tahu, Indonesia ni memang banyak gunung berapi and named Ring of Fire. As Merapi itself, this volcano akan meletus every 2-5 years. The last one is masa 5 Nov 2010 tu la. And katanya tu letusan yang paling teruk and dasyat. Ramai jugak yang terkorban sebab katanya dorang tak nak tinggalkan tempat tu. Ada 2 orang yang berlindung kat bangker tadi. Tapi unfortunately sebab time tu lava can get trough. So diorang terperangkap kat situ. Sorang meninggal kat ruang tu, and another one meninggal dalam toilet.

Tips Jogja #8 : Make sure korang pakai kasut bersesuaian sebab berbatu2. Kalau aku, hentam je crocs. Tapi crocs Ainin pun masak jugak la. Tapi yang pasti tak payah nak berkasut flat atau berhigh heel sangat. Tak sesuai sangat uolls.

12.30 tengahari kitorang sampai kat Goa Pindul. So Goa Pindul ni pun macam 1 recreational site. Boleh buat aktiviti sambil enjoy the view and untuk tahu pasal the place itself. Banyak pakej yang ada. One of it is water rafting and cave tubing.

Macam sayang sebab rupenya water rafting ada je kat sini. Kalau tak, boleh save time. No need ke Citra Elo. Tapi still, Citra Elo sangat mantap. Tapi kat sini, tak tahu la pulak water raftingnya ada tak untuk level beginner macam kitorang ni.

Since kitorang nak kejar masa, so kitorang ambik pakej untuk cave tubing je. Basically cave tubing ni ialah yang mana korang akan jelajah gua ni, sambil guide akan cerita pasal that gua. And this gua tak kering. Hahaha. Ade 3 zon which is zon yang airnya tak berapa nak dalam, zon yang dalam, and zon last. Obviously ni bukan yang dorang panggil sebab aku tak ingat apa yang dorang sebut. Heh3.

Since namanya pun tubing, so kitorang akan jelajah cave ni pakai tube. Pelampung. Tahu tak pelampung tayar kereta? Haa, itulah dia. Duduk je dalam tube tu dengan facing upward. You’re bontot gonna get wet. And since aku ni pendek (huh), kaki aku terjuntai je. Nak celup2 kaki pun payah. Secare berombongan and pegang jiran punya tube, kitorang macam anak2 itik akan ditarik oleh abang2 guide tu lalu dalam gua. Kitorang akan facing upward and enjoy those stalagtit and stalagmite yang ada.

Guide kitorang bagi explanation untuk setiap benda dalam tu. Nice sebab tak boring bila dorang asyik buat jokes. Heh3. Gua tu katanya buatan. Dari luar sampai dalam. And rasa macam, lehhh. Ingat real. Then, “Iya mbak. Semuanya buatan. Buatan Allah.” Hohoh. Abang oiii. ^^,

Terkejut bila nampak ada kelawar. Cuak sebab 1st time tengok kelawar banyak2 depan mata sendiri. Lagi2 bila rasa defenceless. Sekali kalau dorang attack, mana nak lari. Tapi sebenarnya lagi la dorang cuak dengan kitorag. Katanya dulu kelawar sangat banyak, tapi makin lama makin kurang sebab selalu ada manusia. Dorang suka quiet and dark places. Obviously gua ni dah tak quiet dah dengan adanya tourist almost everyday. Ada 2 jenis kelawar. 1 pemakan serangga, and satu lagi pemakan buah. 1 thing yang aku baru tahu pasal dorang lagi is that diorang kalau kencing, dorang akan kencing kat siling gua tu. That’s why warna siling gua jadi coklat sebab reaction dengan kapur gua. Sila la buat formula equation sendiri. Eheh.

Dalam gua ni, ada batu kristal yang terhasil from pati tumbuhan (erk, dunno what this is) and campuran kapur gua. Memang nampak bling2 bile disuluh. Cantik. Ade banyak jenis batu la yang amazing and dorang bagi nama. Ada batu kolong, batu vertical, tiang gong/gamelan. Tiang gong ni akan keluarkan bunyi bergema macam gong kalau korang pukul. And the 2nd time korang pukul, akan keluarkan bunyi menangis. Scary kan? Aku cuak. Then, “Iya mbak, bunyi menangis karna yang tukang mukulnya sakit.” LOL la abang ni.

Then ada lagi batu fosil manusia sebab rupanya macam rangka ribs manusia tapi katanya dah kurang tajam sebab banyak terhakis air. Ada batu 7 tangisan dara, if I’m not mistaken. Batu stalagtit yang kecik2, rendahnya cuma berapa cm dari muka kitorang je. Mitosnya ialah sape yang lalu bawah batu tu and kena air yang menitik, katanya nanti bertambah cantik. Mas tambah, sape yang tak kena, means memang dah cantik. Kitorang semua kena, sekali mas tu kata, kitorang semua belum cukup cantik. Kurang asam tak?

Ada jugak lubang2 untuk walit atau burung layang2. Dak2 ni tak paham walit tu ape. Heh? Diorang siap buat 1 tangga untuk naik tengok sarang walit tu. Tapi sekarang walit dah takde sebab makin panas.

Dekat2 nak habis tour, kat hujung ada 1 lubang besar kat siling gua. Aroud 10-11 pagi selalu sunlight akan go right trough. Katanya sangat cantik. So dorang namakan tu “cahya surga”. Nak jugak tahu macamana rupanya sebab nama kemahen mantap. Tapi bukan rezeki kitorang. Kat sini most tourist akan berenang sebab dah tak berapa dalam. Siap buat diving lagi. Panjat dinding gua and dive in. Mantap.

Member2 aku semua turun berenang kecuali aku dengan Shu. Anne pun memula tak nak, last2 turun jugak. Aku takut jadi macam kat Citra Elo lagi sebenarnya. Tapi macam biasa, aku pun tak paham kenapa la aku ni cenggini. Nak jugak turun. So aku turun jugak at last tapi dengan paut kat pelampung tu. Ala2 masa zaman budak2 dedolu la. Tapi lama2 makin licin, makin nak terlepas. Cuak. Aku jerit panggil mas tu suruh tarik pelampung aku. Boleh dia pandang pelik kat aku. Apo kono la budak ni. Dah pakai pelampung pun kalut lagi. Heh. Aku tanya mas tu, berapa dalam air ni. Kata mas tu, lebih kurang 1m lebih. Yang lebihnya tu tak de limit. Haishh. Asyik kena budakkan je.

Tips Jogja #9 : boleh arrange aktiviti betol2 kot. Since kat sini banyak pakej, korang boleh sekaliguskan semua kat sini je untuk save masa.

2.30 petang, gerak keluar. Time ni sebenarnya kitorang dah lari from planning asal. Terpaksa cancel either one antara Pantai Parang Kusumo dengan Pantai Parang Tritis. Aku pun tak paham kenapa banyak sangat pantai dalam tentative kitorang. Aku agak sebab Atie, Zuhur dengan Shaf jarang jumpa pantai. Jahat mulut haku. Tak la, kidding. Aku vote untuk ke Parang Kusumo sebab ade sandboarding. Memang aku nak try sandboarding. Kat Parang Tritis ade ATV yang aku rase takpe tak try pun sebab Malaysia pun ada.

Tahu tak sandboarding cane? Selalu tengok Spongebob kan? Tahu tak yang Spongebob suka main dengan Patrck and Sandy tu? Kalau realitinya, ini dia..

Sebab terpengaruh dengan si span kuning ni la, gigih aku brainwash satu kereta untuk vote pergi Parang Kusumo. Tapi tak dapat sebab sandboarding takde itu hari. Hampa hatiku..

Tips Jogja #10 : kalau betol nak try sandboarding, plan it well. Sebab sandboarding takde kat Malaysia tahu.

Tapi fikir balik, Alhamdulillah kot aku tak try. Kalau tak kang sekali lagi aku kena tulah ma aku. We never know what might happen kan sebab sandboard bukan game cikai. Skateborad pun tak pernah, lagi mahu sandboard. Kalau ikutkan yang kat Citra Elo tu pun, mujur takde bungee jumping. Kang berkali-kali aku kena tulah ma. Heh.

4.30 petang, sampai Parang Tritis. Cantik tempatnya.



    
Dorang semua main ATV. Cuma aku, Shu, Ainin, Anne and Jihah tak main sebab kitorang lebih pentingkan perut daripada ATV tu. Heh3. Pastu solat, tukaq baju sebab masa lepas cave tubing tu aku tak tukar baju. Kering cenggitu je.

Sementara nak tunggu Maghrib pukul 6 lebih kurang, aku jenjalan. Sorang. Sekali lagi nak kena hempuk. Kalau ma tahu, memang la. Ma selalu pesan kat aku jangan jalan sorang. Even kat Jatinangor pun ma selalu pesan macam tu. Nak cari makanan ke, nak beli barang ke, nak gi ATM ke, jangan pergi sorang. Tapi tu jugak yang aku buat. Dah kat Jogja pun, tak reti2 nak dengar cakap. Ampun. So tulahnya, kesian kat kawan2 aku sebab melilau diorang carik aku. Signal takde so semua tak dapat call. Ainin siap fikir aku kena culik dah. Erkk.

Masa tu kalut nak pergi stesen takut tak sempat. Sebab tiket pukul 8.10 malam. Takut jalan jam. Bapak kitorang boleh buat saspens, katenya jauh. Jalan kat sini jam dasat. 1km setengah jam. Anne punya cuak siap boleh google hotel dekat2 untuk malam ni kalau kate terlepas train. Tapi aku cakap kat Shu, bapak ni memain je. Bawak kemain pelan. Haa, yang bagus pasal pak supir kitorang is that dia sangat careful bawak kereta. Bawak pelan, tak mencilok, tak hon2, tak maki2. Tapi tu la, kot ye pun careful, takkan boleh bawak pelan lagi kalau kata dah lambat nak kejar train. Rupa2nya memang acah2 je. Heh.

7.35 pm kitorang smpai stesen. Zura dah ada kat stesen tu. Akak2 yang hantarkan. 8.10 pm, kitorang gerak.

Kali ni seat semua terabur tapi selesa la compared before. Aku duduk sebelah laki. Cuak sebab takut aku tertidur lasak. Muahaha. Heran sebab kali ni aku pulak yang lambat tidur. Tengok kiri kanan depan belakang, yang lain semua dah lentok. Pelik tak pelik aku. So apa yang aku buat ialah google learning issues untuk tutor esok. Perghh. Gigih siot. Aku dengan Shu gigih study notes sendiri. Shairah mintak tolong Ain yang siapkan.

ISNIN, 6 APRIL 2015

4.15 pagi, kitorang sampai Bandung. Yihaa! Tapi supir tak sampai lagi. So sempat sembahyang Subuh sat. 5.00 pagi, gerak from stesen. Pak supir amik pakai shuttle. 5.50 pagi sampai rumah. Tak tidor, aku siapkan notes. Kelas nanti pukul 9.00 pagi. Heh.

So tamat la kisah Jogja aku. Best? Yepp. Sangat best. Even macam2 benda jadi, macam2 yang tak kena, Alhamdulillah sebab kitorang selamat pergi balik. Allah mudahkan perjalanan kitorang. Kalau nak kata halangan, even from beginning, pasal tiket pergi pun dah masalah. Tapi dipermudahkan Allah. In Shaa Allah, banyak ibrah yang boleh aku ambik. Untuk budak ‘nerd’ macam aku (bak kata Zai), heh3, lagi la banyak new experience aku. Hmm..

So, dear fellas, come and make a step to Jogja!

    
Thanks for reading..
Kisah Kabus Qaseh © 2014