Wednesday, September 17, 2014

Roti Cicah Milo..

Wednesday, September 17, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ade jugak mase tersisa aku nak menulis kat sini. Ni pun mencelah-celah kat masa yang ade. Busy? Agak la. Kali ni aku busy dalam erti kata yang betol. Hahaha. Sebelum ni busy dengan movie, movie and movie. Tapi minggu ni jadual boleh kate agak pack jugak la kot. Aku terlibat dalam projek baru, multimedia punye keje. So, paham-paham la cane. Setakat ni aku cuma buat poster je pun. Bukan la susah. Tapi kalau semua nak last minute, tak masak ke aku? Buat poster, idea melambak tapi ade je la yang tak kena. Font tulisan tak cantik, gambar tak sesuai, takde gambar format yang betol, warna dull, warna terlalu bright. Macam-macam la yang tak kena membuatkan aku rasa nak campak je laptop. Hahaha. Nak kate aku serabut sangat hari tu dengan benda-benda lain, aku campak phone kat dinding. Mak aih bunyi gedebuk dia tu buat aku panik, cuak jugak, takot-takot pecah. Hahaha. Tau pulak sayang ghete bende tu kan.

Bila aku reflect diri balik, tu la aku. Senang marah? Sangat ya. *Mengaku* Terlanggar batu, batu tu yang aku marah. Susah nak tutup pintu bilik, pintu tu yang aku kate bodoh. Marah kat orang, bertimbun aku maki hamun.

Kata ikut usrah, kata nak tarbiyah diri, tapi kenapa kesabaran tu nipis sangat?

Dushh! *pedih*

Itu la, dalam perjalanan aku mentarbiyah diri sekarang ni, rupanya masih jelas ada palitan jahiliyah kat aku ni. Na’uzubillah. Bila kata jahiliyah, bukan la bermaksud aku merompak, mencuri, tanam anak perempuan hidup-hidup bak zaman Jahiliyah dulu. Eh, no no no. Tak mencuri, merompak macam zaman Jahiliyah dulu, means kita ni takde jahiliyah la dalam diri kite ye? Gitu ke hakak-hakak, hadik-hadik? Haa, nak jawab?

Jomm nak cerita sikit. Last entry, aku ade mention pasal member aku ni yang sedang mentarbiyah diri dia dan Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia lalui yang membuatkan aku terdetik, Masha Allah, hidayah Allah ni di mana-mana. Dan perubahan dia tu jugak buat aku asyik terfikir apa yang membezakan aku dengan dia? Kami sama-sama ikut usrah. ISK, SH, tak ade bezanye. Tapi apa yang trigger perubahan dia tu yang tak trigger aku sama? Macamana dia boleh tinggalkan Jahiliyah sedangkan aku ni masih diulit jahiliyah? Usrah dia lagi best? Dia rajin pergi usrah?

 Haa, ni la skeptikalnya pemikiran aku ni. Kata Murobbi aku, usrah ni cuma wasilah tarbiyah. Memang dia ikut usrah, aku pun ikut usrah, tapi yang membezakan kitorang is kehendak dan penerimaan aku. Persoalannya, terbuka ke aku ni nak ditarbiyah? Ikhlas tak aku ni menerima untuk ditarbiyah?

 *Gulppp*

Kalau itulah yang membezakan kitorang, Ya Allah, sia-sianya hidup aku. Ikut usrah, daurah, tapi rupanya tak ada keikhlasan dan keinginan dalam hati ni untuk terima ilmu dan teguran Allah. Semahunya, aku tak nak jadi manusia yang meniru dan mengikut. Ikut usrah sebab Murobbi ajak. Ikut daurah sebab ikut usrah-mate join. Buat ibadah sebab Murobbi suruh lengkapkan Mutaba’ah amal. Dah tu, mana manisnya ibadah tu? Mana indahnya tarbiyah tu?

 Kita nak jadi ‘abid yang tajarrud, beribadah totalitasnya kepada Allah. Tak ada sebab dan alasan duniawi. Sebab kita nak jadi Sibghatallah, celupan Allah.

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah."
(Al-Baqarah, 2: 138)
   
Sebenarnya aku cuma nak ambik ungkapan yang disebut member hari tu iaitu Sibghatallah ni. Kalimah pendek ni buat aku terfikir, sampai tahap mana dah perjalanan dan usaha kita untuk menjadi celupan Allah tu. Celupan yang disebut di sini umpama the walking Quran. Insan yang sepenuhnya mengikut apa yang diperintahkan bukan hanya dalam ibadah dan fiqh sahaja tapi perfect sebagai seorang hamba Allah yang Islam di luar dan Islam di dalam. Muslim yang Islam.

Insha Allah kita nak jadi Islam macam roti yang dicicah milo. Nampak biasa-biasa je. Alaa.. makanan orang bujang je kot. Tapi bukan itu pemikiran skeptikal yang kita nak. Kita nak jadi macam roti tu sebab dia menyerap milo tu sampai ke rongga-rongga dia. Meresap jauh ke dalam. Nanti biar perah macamana pun, akan lekat sisa-sisa milo tu kat roti. Tak boleh hilangkan. Macam tu la hati kita, biarlah diwarnai dengan warna-warna Islam yang takkan luntur walaupun kita ditekan macamana sekali pun. Itulah umpamanya Sibghatallah.

Na’uzubillah, kita tak nak jadi Islam yang macam strawberi celup coklat. Penah makan? Hmpphh. Nampak manis, sedap, comel je tapi celupan tu tak ke mana. Hanya melekat di luar permukaan strawberi tu je. Manisnya coklat tu tak terasa sampai ke dalam pun. Tak lama, coklat tu pun mencair dan tinggal sebagai sisa-sisa coklat yang melekit di tangan dan merimaskan. Itulah umpamanya Jahiliyah.


Thanks for reading (“,)

Wednesday, September 10, 2014

Tarbiyah Itu Indah..

Wednesday, September 10, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hi! Hehehe. Rasa macam excited sebab dah lama aku tak menulis. Well, dulu idea melimpah ruah nak menulis sampaikan berjela-jela. Tapi isi kosong. Sampaikan aku sendiri fed up nak baca. So, aku tanamkan tekad yang baru, aku nak pendekkan penulisan aku tapi panjangkan dan jauhkan daya pemikiran. Cewahh. Hahaha.

Hari tu aku ada la belek blog favourite aku, Mujahadah Itu Pahit.. *Pun boleh klik kat linkie love* Best sangat blog dia sebab dia punya penulisan santai je tapi boleh buat sentap. Haa, ambik nak. Dia pun ikut D&T dan Alhamdulillah, ialah seorang murobbi. Aku suka bace teguran and pesanan dia. Actually dah lama sangat dia tak menulis. Aku terbelek blog dia secara tak sengaja and sejak daripada tu aku mula follow penulisan dia. Aku baca blog-blog dia yang sebelum ni. Aku anggap blog dia ni ialah satu wasilah tarbiyah untuk aku. Tapi sejak aku mula berkenalan dengan blog dia tu, dia dah tak update entry baru. Hari-hari aku bukak blog dia kot-kot dia ada update entry baru tapi frust. Sampai la aku pun dah stop bukak blog dia. But then satu hari tu, aku saje try-try bukak, nak usha je kan, tengok-tengok dia ade entry baru. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk try jugak bukak. Ada la jugak tarbiyah baru untuk aku. Sebab tu kata orang, tarbiyah ni datang dalam pelbagai cara.

So, hari ni aku nak cakap la pasal tarbiyah. Apa sebenarnya tarbiyah ni? Dulu tak faham bila dengar perkataan tarbiyah ni. Senyap je la sebab tak tau kan. Meh nak habaq mai. Tarbiyah ni dalam erti kata yang sangat simple ialah satu proses mendidik, mengajar atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Orang yang mendidik dipanggil Murobbi dan orang yang dididik dipanggil Mutarobbi.

Bila kata tarbiyah je, mesti fikir, “Oh, usrah la tu,”. Tak pun daurah, tazkirah and apa-apa yang sewaktu dengannya. Haa, jom betulkan sikit pemahaman kita. Tarbiyah ni datang dalam pelbagai cara dengan izin Allah. Ilmu Allah ni luas, kat mana pun kita boleh ambil ibrah dan pengajaran. Tak semestinya hanya dalam bulatan usrah sahaja. Liqa' usrah adalah satu wasilah tarbiyah sahaja. Tapi proses tarbiyah tu sendiri bukan dalam usrah semata. Kata Murobbi aku, proses tarbiyah ini ialah satu proses yang bermula daripada kita mengaminkan bacaan Rabitah sehinggalah bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah yang seterusnya. Haa, berbunga kan ayat. Maksud ringkasnya, proses tarbiyah dalam erti kata yang sebenar ni berlaku di luar usrah.

Contoh nak dibagi, kita tengah jalan-jalan kat pasar malam. Tiba-tiba ternampak ada pengemis minta sedekah. Kita perhati, tengok orang-orang yang lalu lalang, pakai baju mahal, poket nampak tebal, beg tangan kalau tak Gucci, paling-paling Guess tapi sikit pun tak nak hulur kat pengemis tu. Erkk? Tiba-tiba ternampak pulak budak kecik umur 5 tahun datang kat pengemis tu, hulur duit. Haa, apa yang kita fikir? Subhanallah, mulia sungguh hati budak tu. Masih setahun jagung, tapi tahu macamana nak syukuri nikmat Allah bagi, berkongsi sikit apa yang dia ada. Itu la namanya tarbiyah. Kat pasar malam pun dapat tarbiyah tu.

Itu la nak katanya, tarbiyah Allah di mana-mana. Dulu member aku yang sorang ni, time sekolah dulu biasa-biasa je orangnya. Huha huha macam aku jugak la. Lepas habis SPM, masing-masing ambik haluan sendiri. Nak jumpa dengan dia pun, sikit punya susah. Alhamdulillah, hari raya lepas, ada rezeki nak jumpa dia dan Subhanallah, aku terpegun la tengok dia. Selama hampir 2 tahun jugak la, banyak perubahan dia. Cara dia cakap memang lembut je, sejuk hati. Dia dah tak couple-couple. Dah bertudung labuh, pakai handsock, pakai stoking and untuk 1st time, dia imamkan solat aku. Aku rasa macam nak menitis air mata, sebab aku sangat-sangat bersyukur dengan dia. Dan tengok dia macam tu, aku rasa macam terdetik dalam hati, bila aku nak jadi macam dia? Aku nak jugak rasa pakai tudung labuh. Nak juga rasa manisnya kesempurnaan berhijab tu.

Member aku tu tak ada cakap apa pun kat aku, tak pernah pulak kitorang buat bulatan usrah. Tapi aku fikir Alhamdulillah, Allah datangkan seseorang kepada aku untuk tarbiyahkan aku. Untuk detikkan kat hati aku ni secebis perasaan untuk jadi muslimah dalam erti kata sebenar, Insha Allah.

So, jom la kita mentarbiyah diri kita kerana sebenarnya tarbiyah Allah tu ada di mana-mana dan pelbagai cara. Cuma kita je yang perlu buka mata, buka hati, sedari keindahan dan kesempurnaan tarbiyah itu.

Teguhkan iman, mantapkan akidah!

Thanks for reading (^_^)

Saturday, August 23, 2014

Starting Afresh..

Saturday, August 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

As first thing should come first, my name is Wan Norshafika. I am about to be in my 20’s sooner. Untuk nickname, aku tak kisah sangat. Some of my friends prefer panggil Ika and some of them like Wan better. Some panggil penuh, Shafika. Family panggil Ika. None of them ever call me Wan since memang family aku Wan. As for me, aku sendiri tak kisah. Hehe.

Then Kabus Qaseh? Iyyup, it is sort of macam nama pena aku. Aku memang selalu sangat berangan lelebih nak jadi penulis novel, penulis cerpen, poet. Well, semua orang ada dream masing-masing kan. I’m still a student. Nanti aku akan cerita pasal hidup aku kat sini, Insha Allah.

Actually aku dah hampir setahun dengan blog sendiri sebelum ni, Nota Hati. But then, bila aku take a look back, aku rasa macam tak ada pengisian. And somehow aku jadi jemu. Dunno la kalau aku ni memang yang cepat jemu ke tapi tu la. I've been thinking bout starting it all over again and now, here I am! Aku nak start balik. Sesegar mungkin! Hehe..

Peace!


Thanks for reading (^_^)
Kisah Kabus Qaseh © 2014