Wednesday, January 21, 2015

Cuti-cuti Malaysia..

Wednesday, January 21, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Wahaha. Lama suda tak jenguk blog. Muahaha. Baru tau gian. Seminggu cuti, balik Malaysia. So blogging tolak tepi sat. Haruss le. Blogging pun blogging, tapi ma aku still number 1. Gila tak. 6 bulan sekali balik rumah. Kalau la aku balik rumah tapi berkepit dengan blog, mau kena ketuk dengan periuk Vantage ma aku.

“Kalau balik nak ngadap laptop je, baik tak payah balik. Muka ma ni sikit lagi lawa daripada laptop tu, tapi dengan bende sekeping tu jugak kau berkepit”, bebel Puan Laila.

Okeh, bohong je.

So, seminggu kat rumah. Cukup ke seminggu? Tak! Aku seorang yang tamak. Aku mau lebih. Wakaka. Tapi biasa la, hidup student medic, kena banyak redha. Tak gitew? Since seminggu je, memang spend kaw-kaw la kan. Jumm, tetibe rase nak share pulak seminggu di Malaysia aku.

Poyo Ika. Poyo. Bajet ade orang nak dengar cerita ko je.

Pedulik, kesah hape. Nak jugak cerite.

Sabtu 10/1

Flight aku pukul 5.50 pagi lagi. Gigih gile nak balik awal, pagi buta pun aku sanggup. Kebetulan flight same dengan Shaf and Ira. Tak pakat pun. Sebab kali ni aku beli tiket sendiri. Dulu-dulu balik je mesti pakat dengan member, konon nak cari geng balik. Biar ade teman. Tapi since aku pernah balik Malaysia sorang-sorang sem 2 lepas and masa tengok abah, so tahap confidence tetibe tinggi pulak. Konon takde masalah la kalau sensorang pun. Awalnya Shaf kate keluar pergi airport a.k.a bandara a.k.a bandar udara, pukul 2.30 lagi, tapi pak supir yang jemput kitorang lambat, sebab nak kena ambik seniors from Mulana dulu. Kitorang naik shuttle, beramai-ramai. 2.30 aku dah siap packing barang, tunggu sampai pukul 3 lebih. Haa, jangan tak tahu. Aku sekarang packing barang pun last minute. Dulu kemahen, lagi seminggu nak balik, luggage dah siap packing dah. Tunggu nak kena angkut je. Kali ni, dan dan packing sebelum bertolak pergi airport.

Alkisahnya, luggage aku nak sumbat dengan ole-ole untuk family. Tapi Jumaat 9/1 tu baru aku shopping barang nak bawak balik. Sebab tu tak packing awal-awal. Habis je exam, balik rumah jap, terus keluar pergi Bandung dengan Raja, Jura, Enin, Zai, Shu, Syera. Pukul 10 lebih sampai rumah. Tido 2 jam, mintak bebudak ni kejutkan sebab tak packing lagi kan. Tepat pukul 12, Enin kejutkan. Punctual sangat. Muahaha. Pastu dengan mamainya, pening kepalanya, nak tak nak aku packing jugak luggage aku. Maunya tak pening. Minggu exam, memang aku tak cukup tido. 2,3 jam je aku tido. Siap packing luggage, aku kemas bilik kejap. Kejadah sungguh, tak pernah-pernah pukul 1 pagi kemas bilik. Wahahaha. Sape nak buat aku jadik menantu meh la.

Kebetulan Jura tak tido malam tu. Sementara tunggu pak supir sampai, aku layan Umar the series dengan Jura jap. Sempat je. Wahaha.

Flight kurang lebih 2 jam. Bertolak 5.50 pagi waktu sini, sampai dalam pukul 9 waktu Malaysia. Since Malaysia 1 jam awal.


tolong sesape habaq mai kenapa exam akan buat pipi dan lengan aku bengkak?

Malaysia, Wan Norshafika in the house!

Kak Ja yang datang jemput aku. Aku tak balik Kelantan terus sebab nak spend masa dengan Keysha Fakhira! Wahaha. Bila lagi uolss. Keluar KLIA, kitorang singgah UKM Bangi jap, nak jumpa akak aku. Sebab kebetulan Kak Linda ade discussion kat sane. So tak sempat nak jumpa kat rumah, kitorang terus jumpa kat UKM je. Makan-makan jap, then blah. Terus pergi rumah Kak Wan kat Wangsa Maju. Hehe. Kompius le ituuu banyak-banyak nama. Aku ramai kakak hokeh.

Meh sini nak introducekan siblings aku dulu. Nanti idok le kome sume pening-pening nak mikior.

Aku ade 4 kakak. Kak Jie yang sulung (32). Sekarang kerja kat Terengganu. Kak Wan 2nd (29) merangkap ibu Keysha. And Keysha is the only niece yang aku ade so far. Yepp, so far because I’m expecting lots more nieces and nephews. Miahaha. Kak Ja yang 3rd (28). Dia la yang selalu jadi mak supir tak bergaji aku. Then Aten yang 4th (25). She’s the only one yang aku tak akakkan. Sebab rase awkward. Miahaha. Dulu main aku kau je. Sekarang je dah sopan sikit. Kitorang cakap I U.

Sape percaya memang nak kena sekeh.

And I have another sister, Kak Linda. She’s not my real sister actually. Tapi ma jaga dia dari kecik. Furthermore ade la sikit blood related, even bau-bau mempelam je. So she’s like a real sister dah.

Then aku ade sorang abang, Izham. He’s now 23. Dah kerja. Ade adik pompuan, yang aku panggil adik. Hehe. She’s 5 years younger than me. We’re the one yang paling jauh jarak umur.

Okeh, so spend 2 hari kat rumah Kak Wan. Keysha dah besar!! 1 tahun and extra. Uuuu. Dah boleh berdiri, tateh sesikit. Tapi dia kurang la sikit dengan aku. Iyolah, ade mak sedara yang comel ni pun jarang jumpa. Geram sangat aku dengan Keysha. Atoto. Sikit lagi aku rase nak penyet-penyet, sumbat masuk beg, bawak balik Bandung. Keysha dah pandai babbling even uu aa ii je pun. Melum pandai panggil ibu dia lagi tapi panggil miawwww pandai. Apokono eh ini budak. Kucing itu jugak yang ko nak. Keysha suka buat mmmuah, manja nauuu. Pandai high five, salam, kiss pipi. Tokojut la jugak eden. Genius hupenya anak sedara. Wakaka.


Same tak? same tak? Same comel kan....


Isnin, 12/1

Saya sudah di Teratak De’Laila. Konon sangat. Fine. Aku dah sampai Bukit Awang. Hamikk ko. Ma aku actually suke nauu name De’Laila. Klasik tak ma aku?

Aten asalnya stay kat Terengganu, rumah Kak Jie. Saje temankan Kak Jie since dia still melum keje. Tapi dah aku balik rumah, harusss le anak dara itu pulang ke rumah jugak. Aku, Aten and adik, kitorang 3 serangkai memang unseparable. Abah selalu panggil kitorang 3 Abdul. “Abah, anak abah ni pompuan”, jawabku. Baru tau ko pompuan.

Ma dengan nenek, selalu bebel kalau kitorang 3 orang beramah mesra, bergelak ketawa, bergurau senda.

“Anak dara, gelak tu elok-elok la sikit. Orang datang nak minang, tak langkah pintu pagar lagi, dah balik semula dengar korang gelak.”

“Bebudak ni, lapar pun bising. Kenyang lagi la bising. Pastu bangun esok pukul patblas”

Epic gile kan ma aku.

“Bebudak oii, jangan gelak-gelak sangat la. Nanti kalau semua dah takde, sunyi pulak ma”

Yang itu sedihhhh. Iyolah, nanti aku balik Bandung, Aten pulak kalau tak goyang kaki rumah Kak Jie, kerja. Dah sah takde kat rumah. Tinggal adik dengan abang je la kat rumah. 2 orang tu pulak mane la ngam. Nama je adik beradik ramai, tapi tup tup tinggal berapa kerat tu je kat rumah.

So ini hari, spend masa kat rumah. Sambil dalam kepala dah plan esok nak suruh ma masak apa, lusa masak apa. Advantage ko belajar jauh, bile balik boleh nyendeng kat ma, buat muka kesian. Minta masak itu ni. Alasan, “Ma, kat sane mane ade nasi dagang. Dah la balik jarang, kalau kempunan nak makan ma masak camno? Nanti jadi batu belah batu terlungkup tu pulak karang.” Okeh, over.

Tapi ini hari, puas la aku makan nasi putih dengan ikan kembung masak kicap leftover semalam sambil ditemani ma aku makan nasi dengan ikan pekasam. Heaven kan?? Thumbs up for the sarcasm. Heleh, pedulik. Leftover ke, left tak over ke, bertambah jugak aku makan. Heh.

Petang, aku ajak adik keluar jap. Cari burger. Hewahhh. Balik kampung, cari burger. Iyolah nokss. Jatinagor tak jumpa burger double special dua hengget lima posen tu. Gigih aku nak eja.


Selasa, 13/1

Lepak di rumah. Pagi sampai petang layan drama. Nonstop. Jangan tak tau, kat rumah aku, drama melayu tu umpama satu isu semasa yang wajib diulas, dibincang dan didebatkan.

“B***h la cite Indon ni. Mane ade polis yang check orang punya result pregnancy test. Tak pasal-pasal semua tau Kasih mengandung.”

Marah Puan Laila terhadap sinetron pukul 2 tv3 ~ Sinar

“Kak Aten, betul la adik cakap Cindy tu bukannya baik sangat pun. Jahat la dia buat Alex dengan mak dia macam tu.”

“Laa, tapi dik, Alex kan couple dengan mak Cindy. Mesti la Cindy marah”

Debat Cikpaten and Cikadik untuk telenovela pukul 3 tv3 ~ !@#$%^& sebab aku tergeliat lidah nak sebut nama tajuk

 “Ma, rugi la ma terlepas episod semalam. Anak Suraya meninggal, dia ambik anak angkat. Tapi lepas tu dia mengandung pulak.”

Ulasan Cikpaten untuk drama pukul 4 tv3 ~ Ku Tak Rela.

Then aku merayau keluar. Tak tahu ulasan next ape. Aku pergi dengan Aten je, naik motor. Hingat nak angkut ma, adik sekali. Tapi last minute abah amik kete, pergi Terengganu. Tengok bola. Ko nampak abah aku macamana? Fanatik nauu ngan sukan tu. 20 orang berebut sebijik bola. Tapi another 2 orang tak nak bola masuk rumah dorang (goalkeeper letew).

So, merempit la aku dengan Aten. Pergi rumah nenek-nenek. Ramai kan nenek aku. Nenek kandung, nenek sedara. Miahaha. Alang-alang dah keluar, terus aku pergi rumah nenek belah ma dengan abah terus. Dekat je pon. At first aku bajet sebelum Maghrib balik la kan. Sudahnya masuk Isya’ tu baru la kitorang balik. Tu pon nasib baik ma call panggil balik. Muahaha. Since kitorang anak yang mendengar kata, kitorang balik la jugak jam 9. Wahaha. Tak pernak wehh balik rumah memalam, dengan motor. Apa mau jadik la dengan ini budak. Tapi sebabkan keluar bukan tujuan maksiat, melainkan dengan tujuan berziarah dan merapatkan silaturrahim, Alhamdulillah, sampai jugak rumah dengan selamatnya. LOL


Rabu, 14/1

Heh, ini hari aku lepak rumah je dari pagi sampai petang. Lepas asar, ajak adik dengan Aten teman aku pergi kedai jahit. Alang-alang singgah rumah nenek sedara ma a.k.a guru ngaji aku dolu-dolu. So nenek suruh aku jenguk dia. Hengat sikit jasa.

Alkisah pulak, kawasan kampung aku memang banyak sawah. Dolu-dolu rase takde cantik manenya. Tapi lepas je tengok cerita Cun, tetibe naluri sukakan sawah ni meluap-luap dalam diri. Nak je bina rumah tengah sawah. Nasib je aku tak main dalam lumpur, panjat belakang kebau, mekap kat kebau jadi Beyonce. Kalau tak haru orang kampung jaja cerita anak Puan Laila dah buang tebiat.

Dah tu pulak kitorang 3 Abdul ni memang sawan sikit bab bergambar kat sawah. Konon damai leee. So berphoto shoot la kitorang kat sawah sambil orang lalu lalang perhatikan kitorang posing di situ. Feymesss sangat seyh rase diri ini.


yepp! that's us. that is the 3 Abdul

and yepp! that's ever so cute and gorgeous me. someone lempang aku please.

Khamis, 15/1

Keluar rumah awal pagi dengan ma, abah, Aten. Pergi Machang dulu, temankan Aten buat IC baru. Tapi membebel jugak itu pompuan. Katenya muka melumm cantik lagi. Resdung punya pasal. Wakakaka. Tapi since tak nak kena denda sebab belum renew IC, buat la jugak. Pastu breakfast, me makan nasi kerabu. Aku ade suruh ma masakkan sebenarnya, tapi politik ma boleh tahan. “Haa, ni Ika dah makan nasi kerabu, tak payah la ma buat.” Jawabnya no nasi kerabu from my ma T_T

Then off we go to pasar minggu Pasir Puteh. Muahaha. Sebelum tu, masuk kedai kain dulu sebab aku nak cari kain nak buat langsir. Aku punya langsir kat bilik ni tak berapa kena sangat dengan jiwa bebas dan kanak-kanak Ribena aku ni. Haha. Ngadew kan kite.. Haa, jangan tak tahu pulak ma aku dulu tukang jahit femes kat Bukit Awang. Glamm nauu bunyinye.

Nak showing off langsir baru, tapi belom pasang. Aku tak tau mane nak cari besi penyangkut tu. Masalah.

Lepas tu masuk pasar minggu. Ikutkan hati nurani aku yang tengah memberontak nak bershopping ni, memang nak je aku jelajah sampai hujung. Tapi separuh jalan, ma kate tak larat. Nak balik dah. So balik la kitorang. Sebelum tu ikut abah setelkan hal dia jap. Tapi abah dah tak boleh drive dah, lenguh belakang. Tu la, since yang abah accident jatuh tu dulu, abah tak boleh jalan banyak dah. Nanti cepat sakit belakang.

Kan abah pakai braces Jewett untuk support tulang dia. Abah tak pakai cast yang simen tu. Bende alah Jewett tu boleh bukak pakai. So bila nak jalan jauh sikit, abah akan bawak braces tu. Bukan braces gigi naaa. Tapi hari tu abah tak bawak, kesian jugak la. Ma cakap, tu la, anak dara dia memang tak kenal erti penat lelah kalau bab berjalan ni. Diangkutnya pulak orang sakit ke hulu hilir buat jadi pak supir. Nak buat acano aihh. Kurang asam punya anak. Nasib ko tak kena sumpah jadi Ford Fiesta je.

Tengahari balik, petang tu keluar lagi pergi Jerteh pulak. Jerteh ni sebenarnya dah masuk area Terengganu, tapi magicnya sebab just 15 minit dari rumah aku. Magic tak? Magic tak? Sekeh mahu Ika? Sampai je rumah, tengok-tengok kereta Kak Jie ada kat laman. Eh, surprise sangat. Sebab plannya nak pergi Terengganu Jumaat, boleh jenjalan. Pastu since kesian Kak Jie nak kena fetch kitorang, then drive ke Terengganu then hantar kitorang balik Kelantan, then drive balik ke Terengganu. So 3 Abdul ni plan nak pergi naik bas je. Dah deal dah dengan Kak Jie gitu plannya. Tup tup dia balik. Supriseeee!


Jumaat, 16/1

Pepagi lagi dah bangun. Kan nak pergi jenjalan ke Terengganu. Ko memang Ika. Nak berjalan je, kemahen awal ko bangun. Pergi kelas, liat benauuu. Patblas kali orang kejutkan, ade hati nak selubung lagi. Ma buat nasi dagang ini hari untuk breakfast. Muahaha. Gigih aku showing off kat korang.

Yang ikut cuma Aten, adik, abang, Kak Jie dengan ma. Abah tak ikut sebab penat, kan tak boleh jalan jauh sangat. Jadi la abah orang bujang ini hari. Then off we go to Terengganu.

dalam kete pun jadik la


Dalam 2 jam je nak pergi Kuala Terengganu. Pergi rumah Kak Jie dulu. Lepak-lepak jap. Tido dulu, recharge energy.

bangun tido terus selfie. apo nak jadi la bebudak zaman sekarang. and thumbs up to Wan Muhamad Izham

Lepas Zohor kitorang keluar visit Masjid Kristal. Ni 2nd time aku kat Masjid Kristal. Tapi kejap je la. Dah matahari terpacak atas kepala, berkilau benau masjid. Rosak mata iolss. Shade takde pulak. Miahaha. Tak de la. Sebab tak tahan panas sangat.



panas tak panas, jummm bergambau


spoil sungguh camera ade rintik hujan kot. alahai cameraku



bajet merenung nasib di kejauhan

Then pergi pantai. Aku pun tak hengat ape ke nama pantai itu. Dah lama benauu tak pergi pantai, sawan aku. Konon main kejar-kejar dengan ombak, gedebushhh basah. Pedulikkk.

tantekkk kan? kan?

ngehhh. mujur perut tak naik.


konon senyum sangat padahal cuak takut nanti ade ombak kuat

and yepp! that's me with seluar yang dah basah sampai lutut

Lepas tu naik kereta kuda. Bajet princess sangat uolss. Dah ape kejadah aku naik mende tu pun aku tak tahu.



adik cuak nak mampos, kemas pegang tangan aku padahal kete kuda pelan je pon. saje ko nak manje2 ngan akak ko yang comel ni kan

Then makan time! I was recommended to try nasi ayam sebab katenya femes nauu nasi ayam situ.


makan!!!!

Lepas solat Asar, ma beria ajak kitorang pergi pasar malam kat Tanjung. Katenya kat situ best. Melilau jugak cari sebab Puan Laila bukanlah puan waze yang profesional. Then it’s pasar malam time!

Lepas Maghrib, bertolak balik. Sebelum tu singgah Waterfront jap. Ala-ala ICT tu. Kejap je. Bergambau jugak tapi gelap. Miahaha. So aku tak masukkan. Plan asal, kitorang nak stay rumah Kak Jie. Aku siap paksa adik finishkan semua homework dia awal-awal lagi. Tapi last minute ma ikut, so tak jadi la nak stay.

“Korang takpe la takde laki. Ma ni ade laki. Tak boleh la nak bermalam rumah Kak Jie”

Kereknya ma mentang-mentang ade laki. Fine ma. Fine.


Sabtu, 17/1

Not going anywhere. Sebab ma paksa tulang 4 kerat kitorang ni bekerja. Konon bagi bakar lemak. Mau kasi michellin tayar aku ni kempis. Miahaha. Kitorang dipaksa untuk tolong ma bersihkan kedai dia. Since hari tu banjir sikit kat rumah. Takde la melimpah naik atas rumah, tapi still nak kena bersihkan kawasan depan tu.

Then malam keluar kejap. Shopping barang nak bawak balik sini. Barang wajib beli harus megi. Aku rase macam berdosa sangat kalau balik Bandung tak bawak megi. Wakaka.

yeppp! that's right. still dalam luggage. tak sempat kemas. pfft ika.

Yepp. Megi aku 6 paket. Muahaha. Ingat nak boikot Maggi, so aku beli Mamee. Tapi Maggi asam laksa sangat la menggoda jiwa dan perasaan aku. So beli la jugak. Wakakaka. And yepp, aku beli kunyit, sebab kunyit sini tak best. Bajet aku masak je padahal bangun pagi cari MD. Wahaha. Asam jawa sebab itu hari tengok Ainin bawak. Agaknya sini takde kot, hentahlah. Tak tau jugak. Aku beli je. Ngade. And yepp again, that is tumbler Angry Bird. So what?? Dah aku suka, aku bawak la. Sebab sini takde. Dalam plastic putih tu aku bawak beras wangi, nanti nak masak nasi dagang. Insha Allah. Kalau rajin. Muahaha. And dalam plastic guardian tu (LOL), ade ikan bilis and belacan a.k.a terasi. Ma cakap belacan best, Terengganu mari. So hape lagi, aku bawak la. Muahaha. Barang free bai.


Ahad, 18/1

It’s bye-bye time! Lambat bangun, lambat keluar rumah, terlepas flight KB-KL. Sob sob. Mujur sempat je catch yang KL-Bandung. Nanti-nanti kalau aku rajin, aku cerita la pasal terlepas flight ni. Muahaha.

Then around 5.00 WIB, I arrived at Bandung! And welcome to the hectic and miserable life!


Thanks for reading :)



Thursday, January 1, 2015

Compare..

Thursday, January 1, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai hai. Saje je hari ni nak jugak cari peluang nak menulis. Nak tengok archive kat blog, nanti ade 2015 (1). Haha. Kelakar kan iolss. Duhh. Btw, happy new year! Penah dengar tak orang kate sambut new year ni tak boleh? Dosa. Haromm. Kann.. selalu dengar. Aku pun macam, laa, ye ke? Tak boleh eh? Sampai la one day aku tengok ceramah UAI. 2012 kot tak silap. Yang malam new year dengan anak muda Selangor, malam GEMS. Yang ada Bang Jijan tuuu.. oo emm jee..!

So ni la jawapan UAI. Hmm. Nak bagi pencerahan. Btw, yang ni cam audience. Untuk yang full, youtube je..



Btw, aku suka dengar UAI compare dengan yang lain. Sebab santai. Gelak tu memang tak payah cakap la. Jura kate dia nak jugak dengar tapi dia tak faham. Penah sekali tengok dengan Jura, aku pulak yang jadi translator. Haha.

Okeh la, tu mukaddimah. So hari ni aku stil mengalami sindrom tangan gatal nak berblog, jumm la. Kali ni nak cakap pasal compare.

Compare ape?

Pernah tak alami situasi macam ni? Or pernah tak korang jadi dalang di sebalik situasi berikut..

****
“Wehh, cer tengok A dengan husbeng die ni. Maigaddd, sweet tahap gaban. Anniversary kat hotel seyh. Romantik uolss.”
“Untung la ade husbeng hensem, kaye, romantik. Laki aku, mintak nak beli baju sehelai pun kering tekak nak memujuk.”

****
“Wehh, cer tengok status die ni. Baru lepas travel pegi Korea uolls.”
“Untung la anak Tan Sri. Duit bersepah. Pergi travel macam jenjalan kat pasar malam je. Harap aku ni, nak balik kampung pun nak kena menabung dulu.”

****
“Tahu tak, A dah nak kawin dah bulan depan.”
“Untung la cantik. Ade jugak yang nak. Muka macam aku ni, rasenya mati tak berlaki la gamaknya.”

****
“Oo emm jeee. Tengok. Tengok. Die ni dapat 4.00 lagi la. Camno la genius sangat nih?”
“Untung la pandai. Hari-hari lepak main games pun, time exam mesti top scorer. Otak aku ni lain la, berkarat. Asah hari-hari pun tak jadik”

****
“Fulamak, cer tengok status die ni. Hadiah birthday dapat kereta. Heaven seyh.”
“Untung la anak tunggal. Mintak ape, semua dapat. Aku ni, mintak beli motor seken pun, kena mogok makan seminggu.”

****

Okeh, tu antara situasi yang aku boleh fikirkan. Actually banyak lagi situasi “untung la” ni. And since banyak sangat situasi macam ni, it made me think, does it actually necessary untuk kita asyik “untung la …”, “untung la …”

Motip?

Kite keep one compare diri kite dengan orang. Kite asyik jeles dengan kehidupan orang. Orang lain kaya la, orang tu cantik la, orang ni pandai la.

Well, tu rezeki masing-masing la kan sebenarnya. Instead of kite asyik nak persoalkan rezeki yang Allah bagi kat kita, why don’t kite tadah tangan, ucap Alhamdulillah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi kat kita. Sebab rezeki tu ialah anugerah Allah, rahmat Allah, bukti kasih sayang Allah kat kite.

Alhamdulillah.

At least korang ade mata, boleh membaca, kalau tak, camno aihh korang nak bace entry aku kali ni.

At least korang ade laptop, tak pun henpon, kalau tak camno ko nak bukak blog aku ni.

At least korang ade tangan, boleh nak main laptop, main henpon macam korang tengah buat sekarang.

At laest kroang dikuranikan akal ynag shiat, pehamaman ynag jales, boelh berkifir. Boleh tahu yang aku eja semua tunggang terbalik. :P *ke tak? hahaha*

And paling penting, Alhamdulillah sebab korang masih bernafas di bumi Allah ni. Masih dikurniakan peluang untuk terus beribadah mencari redha Allah, dan peluang untuk terus dan terus berubah ke arah yang lebih baik.

For once, cuba pandang kat luar. Cuba pandang luar dari kehidupan korang sekarang.

Cuba tengok berapa ramai orang yang cacat penglihatan. Yang every second, meraba-raba dalam kegelapan.

Cuba tengok betapa ramai orang yang tak mampu nak beli laptop, handphone. Yang hari-hari terpaksa pinjam laptop kawan sebab nak kena siapkan assignment.

Cuba tengok berapa ramai orang kat luar sana yang hidup bergantung pada orang sebab cacat tangan. Yang makan terpaksa guna kaki, terpaksa bersuap.

Cuba tengok berapa ramai yang kurang tinggi tahap akal diorang. Yang even tak boleh nak fikir, 1+1 berapa. Yang tak boleh fikir macamana nak pakai baju sendiri.

And kalau la korang tahu, macamana rasenya bila nyawa korang dah dicabut dan diangkat. And the fact that korang still tak bersedia untuk berdepan dengan hakikat yang amal korang masih tak cukup. Saham akhirat korang masih tak seberapa. Korang still nak masa lagi kat dunia ni. Untuk menghirup udara Allah ni lagi, buat ibadah banyak-banyak.

And korang kate korang la manusia paling tak beruntung?

God.. if only you know how selfish you are being.

Jujurnya, aku pun kadang-kadang ade jugak compare diri aku dengan orang. Like, “untung la ko, makan banyak pun tak gemuk-gemuk.” Or “untung la body kurus, pakai ape pun lawa wehh”. Tak pun “ko diet macamana eh? Senang je aku tengok ko ni nak kurus. Untung la jadik ko”

Hahaha. Dah kenapa jugak tak lari tema soalan aku ni. Motip?

So, kenapa nak kena compare sebenarnya Ika? It just that Allah dah kurniakan dia macam tu, and aku macam ni. Ika, cuba tengok sekeliling ko, berapa ramai orang yang suffer sebab obesity, DM, eating disorder. Bersyukur sebab at least ko cukup makan. Alhamdulillah. Bayangkan sedara ko kat Gaza sekarang.

Hari tu aku ade terbaca tweet sorang ni. Kebetulan, dia pun student kt tempat aku jugak. Katenya, sedih hidup dia sebab how dia wish untuk makan ikan sangat-sangat. Sebab dia dah boring everyday makan ayam. Alkisah memang kat tempat kitorang ni, susah sikit nak cari ikan. Sardin ade la uolss.

~ hmm ~

Ya Allah, if only you know, berapa ramai orang yang tak mampu, yang tak afford untuk beli ayam walaupun seketul je. Berapa ramai orang yang nak sangat-sangat untuk rasa ayam, walaupun secubit je. If only you know that some people life just not that ‘sedih’ like you.

~ Be Grateful and Say Alhamdulillah ~




Thanks for reading..

Nota kaki : lain kali kalau korang dengar aku pun ade buat kegiatan compare mengompare ni, tolong tibai aku please. Hehe.


Tuesday, December 30, 2014

Positive..

Tuesday, December 30, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Manusia…
Suka menilai dari luaran
Suka menyimpulkan dengan sekali pandang
Suka berkata tanpa kesahihan

****
“Weh, jum la lunch,”
“Erm, tak pe. Aku dah ada roti ni haa,”
“Makan roti je? Diet leteww..”

****

“Weh, nak pergi mana ni? Dengan seluar track, sport shoes bagai ni?”
“Jogging.”
“Perghh. Jogging. Nak kurus leteww..”

****

“Jumm keluar pergi mall petang ni. Layan movie ke, nak?”
“Erm, tak pe la. Aku nak kena siapkan assignment sikit.”
“Helleh. Menunjuk rajin. Bajet kaki study leteww..”

****
“Cer tengok budak tu. Aku perati la kan, asyik duduk sensorang je. Tak pernah ade kawan.”
“Sombong leteww.”

****

“Aku ajak A temankan aku shopping kat mall tadi. Tapi dia tak nak.”
“Helleh. Dia tu memang. Bajet tak suke merayap. Terperap je.”

****

“Perasan tak si A tu jarang nak tengok dia bercakap dengan perempuan?”
“Ha’a la. Agaknya fobia perempuan kot. Tak pun minat sejenis. Na’uzubillah.”

****

“Tengok tu si A. Asik menyendeng dengan lecturer je.”
“Ha’a. Padan la selalu dapat A. Mengampu je lebih”

****

“Tau tak si A baru beli handphone baru. Mahal weh.”
“Alaa, dah anak orang kaya. Mintak je dapat la. Tak payah usaha pun takpe”

****

“Perasan tak si A tu selalu jemaah kat masjid?”
“Ha’a kan. Entah minah mane yang dia nak skodeng entah”

****
“Aku tengok ko ni selalu sangat bagi sedekah kat mak cik tu. Nanti habis pulak duit biasiswa ko karang, asyik bagi kat orang je.”
“Apa salahnya berbagi rezeki sikit dengan yang memerlukan”
“Helleh. Bajet baik leteww”
****

Hai semua.. I’m sorry for being terlampau rajin untuk post another blog. Minggu-minggu exam jugak la tangan dengan otak aku ni gatal sikit. Sebabkan SOOCA semalam, ade injury sikit kat jiwa dan perasaan aku ni. So histamine pun meningkat la sebab nak repair. Tapi sebabkan dah terlebih, jadik gatal macam ni pulak.

Saaainnss sangat uolss. Dah kenapa?

Btw, tau tak ape motif aku bagi situasi-situasi kat atas ni?

Tak tau letew. *menyampah tak dengan letew aku ni? Yepp, me toooo ~~ * Actually, kali ni aku nak cakap pasal mentaliti kita. Cara pemikiran kita. Tak kisah la dalam aspek sosial ke, emosi ke, Islamik ke. Tapi nak katenya mentaliti kita ni sebenarnya mempengaruhi perbuatan dan kefahaman kita tentang satu-satu perkara.

Contoh.. nak tanya, wajib tak kita pakai tudung?

Wajib? Tak wajib? Sunat?

“Eh, mesti la wajib pakai tudung. Rambut kita ni aurat. Haram kalau ade ajnabi yang tengok.”

Mesti kita jawab cenggini kan. Cane kalau aku kate yang kita ni TAK WAJIB pakai tudung.

“Haishh. Ika dah sesat ni.”

Haipp. Nope la. Memang betul kita tak wajib pakai tudung sebab yang wajibnya ialah tutup aurat. Haaa.. gitew uolss. Kita bukan sekadar nak tutup rambut, tapi tutup aurat. Telinga, leher. Tutup aurat tu yang wajib. Macamana cara kita nak tutup aurat? Pakai la tudung. Haa, tu je twist sikit. Berbalik kepada benda yang sama jugak, tapi pointnya ialah macamana cara kita faham tu.

Kita wajib tutup aurat and salah satu cara tutup aurat, pakai la tudung. Bukannya kita wajib pakai tudung sebab nanti boleh tutup aurat.

Cara yang kita faham as if perkara yang come first tu tudung, lepas tu baru la aurat. Sebabkan mentaliti ‘pakai tudung’ ni la yang buatkan ramai je yang pakai tudung, tapi buat ikat itik. Tau tak ikat itik? Ikat reben leww..

Sebabkan mentaliti tu jugak la jadiknya macam ni..


Ihsan google
*oops, ada siapakah itu?*


Kalau kate nak tutup aurat, tak semestinya pakai tudung je. Ko pakai guni beras atas kepala, dah boleh tutup aurat dah. Kan? Asalkan… labuh. Menutupi dada. Tu syaratnya.

Haa, so macam tu la. Kadang-kadang cara pemikiran kita ni somewhat sangat la… ermm, bukan la nak kata salah. Tak jugak. Sebab mentality setiap orang berbeza-beza. Tapi mungkin kita boleh fikir sendiri la kot. Matured ke mentality kita ni? Rasional ke? Appropriate ke dengan usia kita ni? All that kind of stuff la.

Macam situasi yang aku bagi kat atas, pernah tak korang mengalami situasi tu, or korang sendiri yang create situasi tu? *erkk..*

Kita punya mentality kadang-kadang agak limited and childish. And tak rasional. And penuh dengan accusation.

Orang makan sikit kita kate diet. Who knows kalau sebenarnya dia tengah berjimat cermat. Ataupun tak nak makan banyak sebab mengantuk dalam kelas. Lagipun Rasulullah s.a.w ajar, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Iyo dok?

Orang jogging kita kata nak kurus. Who knows kalau sebenarnya that person just nak sihatkan badan. Qawiy Jismi bai. Ko ade?

Orang rapat dengan lecturer kita kata mengampu. Dude, salah ke kalau kita bertanya lebih kat lecturer? Kalau korang dah pandai, tak perlu usaha lebih, then fine. Tapi tak semua orang IQ 150 macam ko.

Lelaki tak nak cakap dengan perempuan, kita kata songsang. Tak pun kuno, kolot and whatever la. Tapi sebenarnya, ehem.. pernah dengar tak perkataan IKHTILAT? Hmm..

So macam tu la. What if instead of kita asyik nak menuduh perkara-perkara macam tu, or kita create satu impression yang salah kat dia, isn’t it better untuk kita jadikan dia idol kita. Not la idol macam kita tiru dia, ikut sejibik-jibik. Idol as if kita jadikan dia contoh. Let’s say orang tu suka jogging, daripada kite cebik bibir kat dia, what if kalau cuba join dia. Nothing is wrong with that, kan? In fact, benefit jugak untuk kita. Tak gitew?

~ This world need more and more positive people

Why don’t you be one of them ~


Ihsan google



Gitew la ceritanya kali ni. See you again next time. Till then..


Thanks for reading..


Kisah Kabus Qaseh © 2014