Wednesday, April 22, 2015

Hater..

Wednesday, April 22, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Finally! Alhamdulillah, finally baru sempat post. Lama dah aku tulis entry yang ni, tapi postnya tak. Konon tak sempat. Haha. Lame sudah tak membebel kat sini kan. Entry sebelum ni, aku sempat post puisi je. Konon tak nak berhabuk sangat, ade la jugak puisi tu. Pehh.

Ni nak cerita pasal marah. Ehh? Haha. Marah kat sape?

Marah. Tak kira la marah orang ke, marah kucing berak merata ke, marah batu tengah jalan ke, marah bapak angkot hisap rokok ke, mesti kita pernah je marah kan. Paling selalu mesti banyak marah kat orang. Dah bila marah tu, datang pulak perasaan bernama tak suka. Benci. Uhuk.

Aku pernah la konon mengadu kat ma, tak suka orang tu, tak suka orang ni. Sekali guruh berdentum kat telinga aku, “Ko tak suka orang, dah tu ingat orang suka sangat ko?”. Thumbs up ma! Sentap habis iolss. Lain kali jangan mengada nak mengadu cenggitu kalau tak nak kena bantai Ika.

Tapi betol la jugak kan. Kita asyik tak suka orang. Yet kita expect semua orang untuk suka kita? Pfft. Are we that good untuk expect semua orang suka kita? Blog aku ni pun boleh jadi ade yang tak suka, last-last kena maki je.

Kenapa boleh jadik tak suka, benci orang ni?

Maybe orang tu memang jenis yang annoying, suka buat kepala, kaki gaduh, kaki sarcastic, kaki mintak kaki. Kan.. Tak pun memang kita sendiri ni yang jenis cepat annoyed. Orang tak buat apa, tapi meluap je rasa nak bagi pelempang. Apa pun la reasonnya, just ingat one thing la kot. “NOBODY IS PERFECT”. Neither you nor them.

*credit : google

From now one, maybe kita boleh belajar untuk bukak hati kita untuk sukakan orang. Not that “suka”. Tapi as in kita selesa dengan that person and stop daripada rasa tak suka kat dia regardless dia punya attitude and behaviour. Who knows yang sebenarnya bukan attitude and behaviour dia yang salah tapi cara penerimaan kita yang berbeza. Sebab setiap orang ni berbeza preference diorang. Maybe kita tak suka dia sebab kita rasa dia mengada-ngada, yet dia punya kawan bersepah. Kalau betul perangai dia teruk, how come orang lain boleh je kawan dengan dia. Betol tak?

Sama macam kalau aku kata aku tak suka bawang. Onion ring, teramat la aku tak suka. Tapi housmates aku semua suka. Haa. Salah bawang ke salah lidah aku?

Jawab. Jawab. Jawab.

Takde yang salah kat sini kan. Dah lidah aku tak boleh terima rasa bawang tu, nak buat macamana. Takkan nak paksa pulak. Nak sumbat aku ni dengan segala macam jenis bawang satu guni. Bawang putih, bawang merah, Alya, Siska, Rika Sumanto, Oma Bertha. Bawang tu pulak, dah rasa dia macam tu, nak buat macamana lagi. Orang lain boleh je makan. Maknanya tak de yang salah pun la kat bawang tu kan. Kesian ko Encik Bawang sebab tak pepasal ko jadi contoh.

Kenapa aku panggil bawang encik bukan cik? Sebab bawang.. awang.. bawang.. awang.. encik awang.. encik bawang..

Wakakaka.

Lame Ika.

Laaaaayyyme….

So macam tu la. Bila kita tak suka orang, maybe bukan salah orang tu. Dah perangai dia cenggitu, nak buat macamana. Maybe jugak bukan salah kita. Dah penerimaan kita cenggini, nak buat macamana. Nak paksa?

Tapi kalau kita kate kat orang, “you can’t expect me to like you.” Same la jugak orang boleh cakap kat kita balik, “then you can’t expect me to like you either, right?”

Hambik nak ko. So win-win?

Win-win ke tak, we can’t live like that, right? We can’t live being such a hater. So however, maybe we can try to like people. At least give it a try.

“Cakap senang la Ika. Macam ko tak pernah tak suka orang.”

Right, I know. Bukan setakat pernah, tapi selalu. Ramai gile orang yang aku tak suka. Ramai sangat orang yang aku senang annoyed. Berlambak. Senang sangat untuk aku tak suka orang. Sebab aku jenis yang senang marah. Senang annoyed. Sebab tu la aku terdetik nak cakap pasal ni. Sebab nanti korang boleh la jentik aku kalau aku kate aku tak suka sesape. Muahaha.

credit : google

Nope la. Just that aku terfikir, why do I hate people? Are you that good Ika? To make you think that others are just not ‘likeable’ as you do?

Sentapp nokss…

Pernah aku bukak satu review pasal gadget ni, tengok komen-komen orang kat bawah, fulamak mencarut tak sudah bai. Yang itu bangang, yang ini bengap, yang tu maki yang ni, yang ni bash yang tu. Padahal kenalnya tak pun satu dengan yang lain tu. Tapi gaduh macam 7 keturunan dah bermusuh. Just sebab sebijik gadget. Padahal syarikat gadget tu bukan korang punya pun. Ikutkan mulut jahat haku ni, nak jugak join same. Ape masalah sangat nak kena gaduh-gaduh. Dah orang tu suka, orang lain tak suka, nak buat macamana. Setiap orang ada la pilihan masing-masing kan. Macam waste masa je nak gaduh untuk pertahankan benda tu sebijik. Kejadah. You have your own opinion, they have theirs. The end.

See, hati orang kita tak boleh duga hitam putih kan. Allah jadikan kita berbeza-beza sebab nanti baru hidup ni berseri. Imagine kalau kata semua orang ade taste and perangai yang sama, tak rasa boring ke.

Keluar pergi kelas, sekali tengok classmates semua baju sebijik sama dengan ko. Dah jadi pertandingan boria dah pulak.

Pergi makan café, semua order sama je. Tukang masak pulak boring asyik masak nasik goreng kicap je.

Orang marah, kita pun marah. Orang nangis, kita pun nangis. Dah takde complementnya air dengan api. Api dengan tanah and whatsoever tu. Just sebab perangai semua orang sebijik sama.

Silap-silap hari bulan cuma ada satu pekerjaan je atas dunia ni. Sebab semua orang suka buat kerja yang satu tu je. Muahaha. Ko bayang kalau semua orang ade minat blogging. Jawabnya bersepah la blog.

Sebab tu Allah buat ade yang suka blogging, ade yang pefer vlogging. Ade yang lagi suka berkicau (tweeeeeting), ade yang suke bermuka buku, ada yang minat berinsta. The more the merrryyy sangat uolsss. Baru la boleh kasi gegar ini dunia siber. Muahaha.

Tak gitew? Kannnnn….

Hari tu mase usrah kitorang main game kurang lebih untuk ta’arufan la. Each of us akan randomly pick 1 kertas and jawab soalan yang tertulis kat situ. Nak dijadikan cerita, Ainin dapat soalan “Listkan 3 perangai orang yang akan buat awak marah”. It took almost 5 minutes untuk Ainin fikir tapi end up with no answer. Kalau kate aku, in no time, aku dah boleh listkan 30 dah agaknya. Sebab Ainin bukan jenis yang senang nak marah, takpun annoyed dengan orang. And me? Heh. Sendiri bisa jawab.

haha. this is soooo.. me

Dulu Mieja pernah share tazkirah pasal marah and aku oucchh sikit sebab aku baru je lepas mengamuk and marah2 dalam group. Time tu pulak aku satu group tutor dengan Mieja. Hahaha. So aku mengaku, ha’a, aku jenis yang senang marah sikit. And Mieja cakap aku bukan jenis yang cepat marah, tapi aku jenis cepat annoyed dengan orang. And I do agree with that. Betol la tu kot. Tapi bile datangnya perasaan annoyed tu, datang la perasaan nak marah. Bile dah selalu marah orang, datang pulak perasaan tak suka. Duhhaii. Apa nak jadi dengan aku kan.

credit : google

Aku sedar, takkan selamanya aku nak jadi macam ni. Living as a hater kan. I’m trying to change for the better. Kalau tak best, better pun okeh la kan.

At least, just try, Ika.

Just. . . try.

Thanks for reading..


Monday, April 13, 2015

Dengar Kata Hati..

Monday, April 13, 2015

Bismilahirrahmanirrahim..




Dengar Kata Hati
Mengapa aku masih begini
Terus begini
Meski aku cuba mengerti
Namun bisikan hati
Sering  menghambat perasaan ini
Membuat aku sering sahaja terjelepok lemah
Membuat aku sering sahaja jatuh rebah
Dalam dunia yang penuh dengan teka-teki
Dunia yang masih belum aku temui realiti

Masihkah aku dibuai fantasi
Jika gagal untuk aku mengerti
Bahawa hidup ini satu perjalanan
Yang tidak mampu aku tentukan penghujungnya
Atau masihkah aku hanyut di alam mimpi
Jika aku masih ingin menggapai
Destinasi yang bukan milikku

Aku tak ingin lemah
Aku tak ingin rebah
Namun air mata
Seakan tidak mahu habis
Tatkala aku menangisi
Keperitan sang hati yang disapu lara
Bukan mahuku dipermainkan takdir
Bukan juga dayaku melawan takdir
Namun hati ini masih berdegil
Dengar kata hati
Akankah bahagia yang menanti?

-Kabus Qaseh-


Tuesday, March 31, 2015

Fly High..

Tuesday, March 31, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Last 2-3 weeks, kitorang exam. And macam biasa, exam akan memberi impak kelam kabut yang sangat besar kepada aku. Ahaks. Lepas exam, ramai yang pergi vacation, balik Malaysia. Tinggal la aku, Zura and Zai je. Nak dijadikan pulak, dan dan je lepas exam, aku demam. Huahaha. The last survivor pun tumpas jua akhirnya. Tapi demam aku naik turun. Yang tak naik turunnya aku punya pening kepala. And bile demam, aku sangat panas. Selalu aku panas bile pagi nak masuk tengahari and malam tu. Aku tak pergi klinik. Sebab kejap okeh, kejap tak. Cuma aku rajinkan diri minum air. Makan. Mandi.

Dorang sebenarnya takut aku kena denggi jugak. Ma suruh aku pergi klinik, buat blood test. Esoknya aku pergi tapi since ramai sangat, aku balik and sampai ke sudah tak pergi. Sampai la aku dah baik sendiri. Hahaha. This is Ika. Adik aku bebel kat aku. Katanya doktot pun takut nak pergi, apa macam la. Heh3. Cuma demam-demam pun aku still nak berjalan. Aku nak cari angin luar. Kononnya la. So berjalan la aku, Zura and Zai ke Pasar Baru. Kih3. And minggu depannya berjalan lagi. Hadoyyai.

     

I have a good news. Aku pun tak tau la it’s either aku je ke yang exaggerate. Hari tu google blog sendiri. Sekali naik benda lain.

Ada site penulisan2u yang mana nama Kabus Qaseh naik. So aku macam pelik la. Kenapa kan. Tetibe aicehhh mak, cerpen aku wehhh! Cerpen aku masuk penulisan2u. Untuk yang tak tau apekah penulisan2u ni, sila la bukak >link ni<. Penulisan2u ni macam satu platform untuk penulis2 baru share dorang punya karya. So aku pun send la. And finally, cerpen aku terpilih! Meh bace kat >sini<

Korang tak paham eh ape la aku melalut sekarang nih? Haha. Alkisah, aku kan memang berangan nak jadi penulis lame dah. Kalau bace blog page >cerpen< aku, korang akan tau la. So, aku banyak jugak buat cerpen, buat >puisi<. Sebab aku memang minat menulis. And dulu aku simpan sorang-sorang. Malu pulak orang tau aku menulis. Tapi one day cikgu aku announce kat kelas, sesape yang suka buat cerpen, boleh hantar kat dia. Sebab dia ade satu projek baru. Dia nak bukukan koleksi cerpen. So aku hantar la kat cikgu. Tapi so sad sebab projek dia tu cancel. Tak jadi. Time tu hujung tahun Form 4. Aku start buat cerpen mase Form 1 lagi.

Frust la jugak bile tak jadi nak bukukan tu. Tapi the best part is that lepas tu cikgu aku start buat private class dengan aku. Not exactly private class sebenarnya. Cuma aku ade la consult dia untuk tanya feedback dia tentang cerpen and puisi yang aku buat. Dia cikgu BM and Sastera. So memang dia capable untuk buat cerpen and puisi ni. Sebab tu aku selalu consult dia.

Since dia tahu ade few students yang minat menulis ni, dia buat satu kursus penulisan. And aku ajak few kawan yang pun suka menulis untuk join aku. Time tu aku rase sangat puas hati. Sebab all this time, aku simpan minat aku ni sorang-sorang. Aku pernah bagitau ma yang aku minat menulis. And aku nak jadi penulis. Obviously it’s a NO from ma. So aku menulis senyap-senyap belakang ma. Of course la ma tau je sebenarnya kan. I mean, jauh mane aku nak sorok from ma.
Pernah ade satu contest cerpen from DBP mase aku Form 5. So cikgu aku encourage kitorang untuk join. So aku tulis cerpen, and aku consult cikgu BM aku masa Form 5. Cikgu aku terkejut jugak katenya sebab dia tak expect sorang budak sains macam aku, boleh menulis. And yepp, aku pun tak expect macam tu jugak sebenarnya. Hahaha. Lepas hantar cerpen tu, tertunggu jugak la kan macamana resultnya. Terpilih tak cerpen aku. Sampai ke sudah, tak de ape-ape.

Time tu memang frust la jugak. Tapi aku fikir, this is only the beginning. The real life untuk dunia penulisan aku baru nak bermula kat sini. Then aku menulis lagi. Cuma aku tak hantar ke mana-mana sebab aku fikir nak still improvekan tahap penulisan. Then bila SPM aku tak macam yang aku expect, aku frust. Aku salahkan minat menulis aku ni. Sebab, yepp, this is Wan Norshafika. Aku seorang yang bile aku dah start buat something yang aku suka, aku then untuk jadi terlalu fokus and ignore benda2 lain. Ignore study.

Bila masuk matriks, aku tolak ke tepi dunia penulisan. Aku fikir this is not the time untuk aku buat benda-benda macam tu. Aku tak nak penulisan buat aku ignore study lagi. Ma pun keep on pesan untuk aku tak terlalu main-main. Ma pesan untuk aku kurangkan menulis. Told ya, ma tau je even aku tak bagitau ma pasal aku menulis. Aku tak bagitau ma aku masuk contest. Aku tak bagitau ma aku ikut kursus menulis. Aku tak pernah bagitau ma aku tengah try improve penulisan aku. Tapi ma tau..

Bila keluar matriks, and aku masuk sini, aku fikir, I’m a medical student. Aku takkan sempat menulis punya la. Aku takkan involve dah. Tapi that’s right when I start to write again. Susah kan untuk kite lupakan minat and passion kita. Aku keep on reset mind aku. I’m a future doctor. So aku kena ketepikan benda2 macam-macam ni dulu. Tapi tak boleh. Aku start buat cerpen and menulis puisi balik.

Aku ade hantar cerpen aku kat penulisan2u. Tahun lepas lagi. Almost everyday aku check site tu, nak tengok cerpen sendiri. Almost for a month. Lame-lame aku penat. Aku fikir, maybe aku je yang syok sendiri. Maybe penulisan aku hampeh je sebenarnya tapi bajet bagus. Most important is that aku fikir, this is not my destiny. This is not what I’m supposed to do. This is not my path.

So aku give it up. It’s time untuk aku realize. Allah tak letakkan aku kat sini untuk aku menulis. Allah letakkan aku kat sini untuk aku belajar. So, there it is. Aku stop menulis. That’s it.

There’s time yang aku rindu nak menulis cerpen balik. So aku relief dengan update blog. Kadang-kadang aku baca balik cerpen aku. Saja.

And finally hari tu aku saja google nama sendiri. Aku google Kabus Qaseh and this is what I’ve found.

      


Like OMG!!!!!! Seryesly?? Am I dreaming or what?? Aku menjerit sorang-sorang dalam bilik. Keep on cakap aku gila. Keep on cakap “ko biar betul Ika!”. Tak puas menjerit sorang, aku pergi bilik Ainin. Then aku share link tu kat family, kat geng rumah. Because I’m soooooooo happy! This feeling of happiness buat aku gelak sorang-sorang and keep on bukak the same site untuk convince diri sendiri yang I’m not dreaming. I’m much more happy daripada aku dapat 4 flat matriks. Much more happy daripada balik Malaysia. Much more excited daripada first time jejak Bandung. The happiest time ever!

And makin buat aku happy bile there’s comment yang encouraging kat situ.

     

    
My friends pun give positive comments. So aku fikir, who knows sebenarnya this is my destiny. Memang ni yang sebenarnya Allah nak bagi kat aku.

Teringat mase sembang dengan Zai hari tu.

“Tau tak Zai nak beli ape sekarang ni?”

And dalam hati aku, aku nak beli gitar. Yepp, aku memang teringin jugak nak beli gitar. Cuma tak pernah mention kat sape-sape. Sebab tak seryes sangat kot.

“Beli apa?” Zura yang tanya Zai.

"Gitar.”

Perghhhh. Bulat mata aku pandang Zai. “ Same la Zai!”

Then kitorang dok sembang la pasal gitar. Nak beli gitar kat mana. Ade akak senior ade gitar. Pasal buddy Zai pandai main gitar. Then aku cakap, aku macam nak tak nak je beli sebab aku takut nanti melalaikan aku. Paham-paham la kalau aku ni lain macam sikit. Once aku dah start, susah untuk aku stop. Aku takut nanti aku terlampau leka. Sampai lupa study, lupa usrah, lambat solat. Haa, bende2 gitu la. Then Zai cakap, kalau gitu, better tak payah.

“Zai rase baik tak payah beli kot kalau macam tu. Ika sabar je la. Nanti Allah akan bagi something yang better untuk Ika. Mana tau kan.”

And yeahh, aku just nak kena sabar je. Bile aku fikir balik, same la jugak dengan menulis. Sabar dulu. Maybe ade something better yang Allah nak bagi sebenarnya. Maybe tunggu masa je sekarang ni.

Aku pernah rebel. Kenapa aku kena ambik medic? Tak boleh ke aku menulis je? At least aku ambik ape-ape course yang santai, so I have extra leisure time untuk aku menulis. Somekind like part time la kan.

Dalam pada aku menulis, memang aku happy. Sebab tu yang aku nak. Tapi bila kita buat something yang orang tegah. Yang tak de orang nak support. Yang tak pernah ade orang akan tanya progress kite. Yang tak pernah ade orang cakap, “Go Ika! You can do it!”. Yang bile aku cerita pasal aku menulis, diorang cuma akan cakap, "Dah-dah la menulis Ika. Study." Kadang-kadang rase nak give up. Buat aku menangis sorang-sorang. Buat aku rase how not fair! Kenapa aku tak pernah dapat an opportunity untuk buat ape yang aku suka. Kenapa aku nak kena lupakan minat aku ni and live like a fake, buat ape yang aku tak nak. And aku rase nak stop je. Sebab tak de orang pernah ambik tahu. So buat ke tak buat ke, same je. Bende remeh ni takkan bawak aku ke mana.

Yet, bende remeh ni la yang buat aku senyum sorang-sorang. Gelak sorang-sorang. Bende remeh ni la yang boleh buat aku lupa lapar. Buat aku lupa makan. Bende remeh ni la yang boleh buat aku rase there are butterflies inside me. Yang buat aku rase like I’m flying in the sky. Among the singing birds. High in the sky..

Setiap orang ade impian masing-masing. We deserve to dream. Tu memang fitrah kite. Untuk bermimpi. Tapi sejauh mana kite bermimpi, tak menentukan sejauh mana langkah kita. Tapi sejauh mana kite berusaha, tu yang akan tentukan siapa kita.

Tapi tak semua mimpi kite tu indah. Dan tak semua mimpi kita, kita berjaya gapai. Sebab tu mimpi la setinggi langit. Asalkan kita tahu untuk kembali. Setidaknya kalau kita jatuh, kita masih bisa melangkah.

Kalau gagal? Jangan pernah putus asa. Sebab perancangan Allah lebih baik. Mungkin Allah tak jadikan kita gagal. Cuma Allah belum mahu berikan kite kejayaan. Mungkin sebab kite masih belum kuat untuk berdiri tinggi di dada langit. Mungkin kerana kite masih belum cukup kuat untuk merasa manisnya kejayaan. Mungkin kerana kite masih belum cukup untuk untuk tahu Dia-lah yang menganugerahkan kejayaan itu.

Maybe He doesn’t want me to fly too high as I might not know how to come back down to earth…

Thanks for reading..


Sunday, March 8, 2015

Adulthood, Doctor and Allah's Mercy..

Sunday, March 8, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


This week have been a very hectic week for me. Rase macam lame sangat untuk Isnin datang balik. With CRP, BHP yang tetibe macam .. erkk. With my friends kena admitted at the clinic one by one. Memula Shu, sebab typhoid. Then Zura, sebab denggi. Say what??

Yeppp. DENGGI. DENGUE. Then followed by Raja with dengue also. Tapi since klinik kat UNPAD dah full, kena refer at Hermina. Near Bandung. Or is it kat Bandung? Dunno. Lol. Then followed by Kirra. Also a dengue case. Tapi control dari rumah je because she’s not as severe as Raja and Zura. Tinggal only me and Ainin dalam rumah ni yang sihat. Tapi Ainin cakap she somewhat rase dizzy sikit. Oh no! And Zai pun start rase tak sihat. Oh no again!

And yeahh, my ma did worry bout me. A bit. Only a little bit. Haha. Sebab she knows yang aku punya imun agak mantap. Aku jarang demam. Orang kate people yang jarang demam, once dah demam, mesti teruk. Hmmm.. Not really. Sebab seingat aku, 1st time aku demam teruk is mase umur 12 or 13 lebih kurang. Tapi mase kekecik mesti ade demam teruk kan. Tak pernah tanya ma. Teheee. Padahal hentah ma tak tido jage time aku demam kekcik dolu, boleh aku lupe. Huuu.

Then my 2nd is October 2013, mase aku 1st year kat sini. Due to diarrhea. And it lasted for about 10 days tak silap. Then 2 weeks later, aku demam lagi. Ibu Bale called it as ‘demam tampak.’ And I guess it literally means ‘demam yang nampak’ since my whole body penuh dengan rashes. I sent pictures to ma and she started to worry a lot. She even said that she wants to come here, to look after me. She afraid that it was dengue. And yeahh, doctor suspected me to have dengue. But the blood test said no. Yihhuu. Girang gumbira.

Alhamdulillah sebab aku susah demam. Sebab bile demam, I can be quite 'manja'. Biase la. Tak biase demam-demam ni. So jadi ngade sikit. Ahaks. No la. Cuma somehow bersyukur sebab tak de la ma susah hati sangat aku kat sini kan.

Since my housemates semua dah kena denggi, still ma risau jugak kalau aku pun kena jugak. So ma advised me to drink a lot-lot-lot-lot of water. Preferably isotonic. At this moment, I reaaaally miss 100 plus. That’s my fav drink. But unfortunately, they don’t have it here. I remember that I’ve bought it once at Bale Mart. But I couldn’t find it anywhere else. And I’m to lazy to go to bale just to have a bottle of 100 plus. Wahaha.

All I can say. Wahaha.


I think I wanna have my beauty sleep today after 3 nights tido atas sofa klinik. And ulang alik jage Shu dengan Zura. Bilik bersebelahan je, tapi make me penat jugak la sikit. Malam je aku terus krohh krohh. Aku jenis yang boleh campak je la mane-mane and I can sleep like there’s no tomorrow dah. So aku no hal je tido atas sofa. Tapi still I miss my bantal, my katil, my selimut and of course my BULET the most. Dude, it’s not bullet okeh. Insha Allah dalam next entry aku introducekan Bulet since sekarang dia tengah tido. And aku tak nak ganggu mase tidur Bulet. Sebab dia selalu tak cukup tidur.

Meanwhile aku stay kat Klinik UNPAD (KliPAD), I’m done with #DIAgnosis 2. Hehe. Took quite some time untuk aku start bace. This book kitorang kirim kat Kak Khad mase Dr Beni datang Jakarta untuk promotion or somewhat similar I guess. Then bile dah dapat, this book jadi hiasan rak aku je. Dengan plastiknya tak berbukak lagi. And I don’t even sempat bace ulasan kat belakang. Sempat tengok cover depan, then there you go. Berminggu kat atas rak.

And this entry is somekind my review bout that book la. Hehe. At first bile Kak Amnah tanya best tak, and my answer is like .. “Err, boleh la kot. Far from my expectation sebenarnya.” Padahal baru bace 3 helai. Ko memang kan Ika. And then bile makin lame aku bace, I can’t stop. Aku kepit je buku tu, nak bace je. Then the last story from Dr Aizat really make me shed my tears. Not just Dr. Aizat’s je, tapi almost semua cerita memang make me cry like a baby. From Dr Anwar Fazal and his darling fiancĂ©e Dr Fatin Liyana, Dr Mahyuddin, Dr Mafeitz, Dr Azah and her hubby Dr Aizat, last but not least Dr Beni.


Recommended! This book not just untuk those yang involved in medicine je. Sesuai untuk bacaan ebelibody.

Then I realized that DIAgnosis 2 ni not just a novel written by doctors to share about their medical life. To share things that motivate them. But this book itself is like a motivational book. It drives you to be better. To make the right things. Not to make things right.

I’m a future doctor, Insha Allah. And this book really opens my eyes tentang reality of a doctor’s life. It is not about fame. It is not about being rich. It is not just about helping people. It is about you yourself jugak. The biggest challenge you have to face is that yourself.

There’s time yang aku rase nak give up. Aku rase penat belajar. Aku malas. Aku compare dengan kawan aku yang dapat belajar things yang dorang suke. Lagi aku nak give up bile orang kate medical student ni nerd. Medical doctors pulak takde life. Medical doctor even tak kenal istilah tidur, makan, shopping.

If makan, tidur, shopping, watch movies, hanging out with friends, manja2 with mom and dad, makan sedap-sedap macam nak pecah perut are what you call LIFE is, then yes! Maybe they, the doctors don’t have life. But kalau definition life is to appreciate the past, live the present and prepare for the future, then the doctors have the biggest meaning of life compared to any of you.

Mase aku nak ambik medic dulu, bukan aku tak dengar there’s some people yang persoalkan. You know, we humans (mostly Malaysians, to be more specific, Malays) were born with satu perasaan bernama DENGKI. Ade dengki yang baik, contoh macam dengki gila tengok kawan rajin belajar then kite termotivated untuk belajar jugak. Dengki kawan pandai masak sampai kita sanggup ambik kelas masak sebab nak masak jugak. Bukan untuk show off la. Tapi to be better.

Tapi dengki yang kite selalu ade ni bile kite tengok orang lebih daripada kita. Bile kite tengok orang rajin belajar, then kite condemn that person. Kite kate dia poyo je study lelebih. Bile kite tengok orang baik hati, rajin tolong orang, kite kate dia bajet bagus. Nak orang puji. Typical us.

Mase orang tahu yang aku dapat medic, they all like .. “Betol ke nak ambik medic ni? Doktor takde life kot.” And .. “It’s not worth it untuk jadi doktor la. Ko keje siang malam, tak makan, tak tido, tapi gaji tak berbaloi sangat pun dengan penat lelah.” And .. “Anak pak cik keje MA. Dia kate jadi doktor takde la bagus mane pun.” (and my ma terus jawab to this pakcik. “Anak kerja MA ke doktor sebenarnya?”). Ask me mane aku dapat trait cakap lepas aku ni. Hihuuu.

Yeahhh. That’s the things yang aku kena face even right before aku jejak kaki kat sini lagi. The fact that aku pun sebenarnya still battle with my own self buat aku hesitate. But my ma soothed me by saying, “Jangan dengar sangat cakap orang ni, Ika. Orang ni banyak dengki. Tapi yang nak jadi doktor nanti bukan diorang, tapi Ika kan. Awal-awal lagi kena la sabar dengan orang. Kalau tak macamana nak handle pesakit nanti.”

Despite all those negative things I’ve heard, some give me positive comments like, “Perghhh, nanti kawan aku ade doktor la sorang. Beruntung aku. Nanti sakit, boleh la aku pergi klinik ko kan.” And my siblings, “Haa, Dr Ika. Nanti ade doktor kat rumah ni, senang la sikit.” And my teachers are like .. “Wan dapat medic ke? Kat mane? Alhamdulillah. Belajar elok-elok tau. Nanti cikgu sakit ke ape ke, boleh la awak yang rawat cikgu.”

And yeahh, at some point, perkara macam ni buat aku motivated. Yepp, Insha Allah, I’ll be the 1st doctor in my family. Hopefully adik akan ikut jejak aku. Yess, she did actually said she wants to be a doctor from the very 1st she knows how to read. And perhaps my niece, my nephews, my children. Uikss? And aku rase macam even tak dapat balas jase parents aku, family aku, at least I can help them. Sakit diorang, I know what to do kan. The eager untuk help my family, keep on buat aku motivated jugak kadang-kadang.

Ma ade hypertension. And aku rase macam yeahh, I need to study more pasal hypertension. I need to know ape yang ma boleh makan, ape yang ma tak boleh makan. Doktor bagi ma ubat ape. Ade tak side effect. And bile abah ade rib fracture and vertebral injury dulu, aku bukak all those doctor’s notes. Aku tengok satu2 report pasal abah. Aku tengok X-ray abah. Cause I want to know what happened to abah from a doctor’s view. Not as a daughter’s view. And how to make abah better.

Bile Aten has some problems pasal skin dia, kebetulan aku dalam sistem DMS sekarang, so aku research sikit pasal meds yang might help her. Kak Jie pernah tanya aku something bout her urine colour that have gone weird. And for sure I don’t really know bout that. So I opened up my book, I did some googling and I explained it to her what might happened to her system. With an advice, go seek medical care.

Because I know, that is my responsibility. I need to help my family.

Mase interview dulu, the interviewer asked me what is the reason I chose medicine. Why do I wanna be a doctor? They most fatigue, busiest career ever.

And my answer is, “Because I wanna help people (skema jawapan). You know the feeling when you see sick people, you wanna help them but you just don’t know how to. You afraid that you might make things worse. And at the end, you will just stand aside. Let people help them. With little regrets inside you. Why can’t you help them? Why can’t you do something? The feeling of useless, make me wanna study medicine, and become a doctor.”

Yepp, jawapan tu came from my own me. I didn’t fake it. I want to help people. But I don’t know if medicine is the right path for me. I mean, kalau aku ambik forensic, I can still help people. Kalau aku ambik psychology, I can still help people. Kan..

Tapi here I am now. Aku dah belajar untuk redha dengan ape yang Allah nak bagi kat aku. I believe that Allah dah prepare something great for me in the future. If only aku sabar je till the day come.

And actually, the more I think, Ika, being a doctor (in the future I mean), it’s not just about you helping people. Not just you struggling siang malam to treat people. In fact, sekarang pun macam tu. It’s not just about ko gigih belajar siang malam, nak lulus exam, nak cepat-cepat jadi doktor sebab nak help people. Allah sedang ajar ko something Ika. Right now. Right this moment. In fact in every moment. Allah sedang tunjuk bukti cinta dia kat ko Ika. Kat seorang hamba yang futur ni.

Allah datangkan orang-orang kat sekeliling ko, ade sebabnya. Allah datangkan masalah kat ko, ade sebabnya. Allah letakkan ko kat sini, belajar medic kat sini, ade sebabnya. Allah turunkan ujian berupa sakit kat kawan ko, ade sebabnya. Bukan cume untuk dorang, tapi untuk yourself. Dan bile Allah datangkan kesusahan dalam hati ko, pun ade sebabnya. Sebab? Allah ‘jealous’ ko selalu dengan dunia. Allah tak nak ko lupakan Dia sebab dunia Ika.

And Allah akan buat macam-macam untuk cuit hati ko Ika. It’s either dalam bentuk kesenangan atau bentuk kesusahan.

And the fact that aku sekarang kat sini, as a medical student, a muslimah, a daughter, a sister, a friend, and most importantly a caliph and a servant yang still berperang dengan rase malas, rase hesitate, rase incomplete, rase nak marah, rase tak puas hati, rase annoying and rase helpless is the way Allah is showing something to you, Ika.

If only kau bukak mate and see Allah’s mercy. Kau akan tahu, Ika. Kau akan faham..


*credit

Thanks for reading..

Saturday, February 28, 2015

Ready..?

Saturday, February 28, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Laptop aku tengah problem! Virus! Word tengah delirium and confusion. Urghh. Tensenn. Tensen. Da la aku buat kerja banyak pakai word. Hadoyaii. Da la pulak semalam macam tah hape-hape. Punya gigih keluar awal pagi sebab nak print out notes. Sekali pendrive aku masuk virus.

VIRUS! Hoyyeah. Bahagia sangat haku. Semua files hidden. Memang tak boleh bukak langsung. Lepas satu-satu PC aku try. Tak jadik. Pergi kedai lain, pun tak jadik. Aku cuak nak mampp la, macamana nak present LI dalam kelas nanti. Sebab aku memang takde notes langsung. Dah la baru siapkan LI pagi tu jugak. Gigih aku tak tido malam tahu. 2 jam sahaja tidurku.

Masalah lagi bila stail flipchart aku untuk presentation pun ade macam hampeh je. Dari 9 page notes, terhasil la flipchart aku selai je. Setakat tulis tajuk, memang haprak la kan. Mane boleh pakai. Muahahaha. Selalu memang aku punya flipchart tak lebih selai. Tak kisah pun sebab aku memang jarang refer flipchart. Aku ade notes, tutor-mates pun ade notes, so flipchart tak pakai la. Hadoyaiii Ika.

Kalau bebudak ni selalunya tak de notes pun no biggie sangat sebab flipchart memang dah penuh dorang copy notes. DNA pemalas aku kan dominant, so memang kuasa sangat la kalau aku nak salin balik semua notes dalam flipchart.

So jawabnya aku kene press otak aku habis-habis. Bukak sume folder dalam kepala. Bersihkan habuk-habuk. Sebab yeahhh, I’m gonna present without notes and with a one paper flipchart. Kui kui kui.

Tapi never mind, bukan tu yang aku nak kisahkan sebenarnya hari ni. Itu cuma luahan hati aku yang mengadew nak merungut. Sekeh jugak karang. Merungut ape barang. Punya la banyak nikmat Allah, tapi 1 ujian je buat ko merungut? Pfft Ika.

Semalam lepas kelas, kitorang ade usrah. Kali ni buat kat rumah Kak Wani. Selalu-lalunya sebab nak senang kitorang biasa berusrah kat Masjid Raya. Habis je lab anatomy, terus berlari-lari anak ke Masjid Raya. Miahaha. Tak de la berlari pon.

Dalam usrah semalam, Kak Wani dengan Kak Amee ceritakan balik pasal As-Saff dengan >Wahai Pemuda< sebab Ainin dengan Mieja tak dapat ikut itu hari. And untuk refreshkan diri aku balik la. Baru seminggu tapi mane tahu dah bersawang da pulak.

Semalam aku baru terfikir betol-betol tentang WP ni. As if aku baru dapat balik benda ni. Akak-akak mainly cakap pasal bergerak. Bergerak ke manakah? It’s not that bergerak untuk jenjalan ke, vacation ke. Tapi sebagai pemuda-pemuda, fityatullah yang da dapat fikrah Islam ni, kitorang kena bergerak untuk menyampaikan ape yang kitorang tahu and ape yang kitorang faham. Bergerak untuk bawak fikrah Islam tu.

Teringat kata Kak Ain dulu mase kitorang rehlah kat waterfall, “dakwah ni macam air sungai yang mengalir. Cuba bayangkan kalau kite tahan air tu, sampai tak ke bawah? Dapat tak orang kat bawah rase air yang sejuk ni? Macam tu la dakwah. Kalau awak tak menyampaikan, apa yang awak dah dapat tu takkan sampai kat orang.”

Kak Wani tanya Ainin dengan Mieja, lepas da faham pasal As-Saff and WP ni, dah bersedia ke nak bergerak. Sebab nanti bila akak-akak kitorang akan balik UKM, kitorang la yang akan pegang adik2 bawah kitorang. So dah bersedia ke nak pegang diorang. Bersedia untuk pegang usrah adik-adik?

Ainin jawab, In Shaa Allah. Sebab macamana pun, memang tu tanggungjawab kitorang kan. Sambil mentarbiyah, kite pun ade jugak ditarbiyah kan. Biar la bergerak selari. Kata Kak Wani, kalau nak mengisi, kite pun kena la diisi dulu kan.

So kalau take a look back, banyak jugak isi-isi yang kitorang dapat. Aku ikut DnT dah hampir setahun setengah. Banyak dah pendedahan yang kitorang terima.

Memula join daurah, kitorang dapat ISK (Ini Sejarah Kita)


   
Tu 1st time dalam 19 tahun aku ikut daurah. Dalam ISK, baru tau macamana hakikat Islam sebenar ni. Graf jatuh bangun agama Islam. Tahu pasal tugas sebenar kita kat dunia. Tahu pasal analogi telur. Comel giloss.

    
Baru dikenalkan dengan tangga Maratib Amal. Then cakap pasal logam iaitu kelebihan, leverage yang ada dalam diri masing2. Tibe-tibe teringat cerita Leverage. Ehh? Haha. Setiap orang akan ade punya la kelebihan masing-masing. And daripada logam tu la kite akan gune untuk bawak fikrah Islam ni.

Contoh, kalau bukak blog dakwah, macam >Mujahadah Itu Pahit<, >Tarbiyah Sentap<, >Angel Pakai Gucci!<, etc, kite akan nampak kan logam dorang tu kat mane. Kat penulisan kan.

Bukak youtube, mytube, ourtube, ade je vlog dakwah. Cik beah osem, Aiman Azlan, etc. Kite pun nampak kat sini macamana creative thinking diorang ni membawak dorang kepada dakwah Islam.


Aiman Azlan

Cik Beah Osem


Banyak lagi sebenarnya cara penyampaian dakwah ni. Tak berkisar kat blog and video je. Sangat banyak. So jumm la bersama tepuk dada tanya iman. Ape logam kite? Macamana nak salurkan logam kite ke arah menaikkan nama islam ni?

Krik~ krik~ krik~

Then kitorang dapat SH (Syahadatul Haq)

  
Mase ni aku rase terbeban sebenarnya. Sebab ni ialah zaman rebel aku. Heh, ingat aku tak rebel ke? Wahaha. Mengaku sangat, dulu aku banyak rebel dengan usrah, dengan daurah. And bile dapat SH ni, rase macam, whaaaattt? Erghhh. Da la aku tak ready lagi nak berusrah-usrah ni, tetibe akak cakap pulak pasal tanggungjawab and amanah Allah.

Amanah yang aku pegang dalam syahadah yang aku dah lafazkan. Rukun islam kita, mengucap 2 kalimah syahadah. Dalam solat, ade kite lafazkan 2 kalimah syahadah. Tapi pernah ke kite sedar sebenarnya ape yang kite lafazkan tu? Kalimah syahadah ape yang kite lafazkan sebenarnya tu?

Aku naik saksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Jeng jeng jeng. Itulah sebenarnya penyaksian kite.

Yet my dear fellas, syahadah yang kite ucapkan bukan sekadar di situ je. Bukan sekadar menandakan, hoyyyeah, aku ni Islam. Tapi tu ialah ikrar kite kepada Allah yang mana kite mengaku kite ni la hamba, kite ni la khalifah. So kalau la tu jawatan kite kat atas muka bumi ni, ape lagi kan. Tugas kite ialah buat kerja tu la.

Macam kite kate kalau sorang doktor ni, kejenya ialah merawat patients kan. Tapi kalau kate doktor ni tak buat kejenya, datang hospital untuk tidur. Datang hospital untuk bersembang dengan nurse cun. Bile ade patients, tak nak layan patients. Tak nak buat kerja dia tu. Agak-agak macamana tu ek?

Sedar tak sedar, sebenarnya kita la sang khalifah tu. Tugas sebagai khalifah ni, berat sangat. Kite nak ajak orang untuk kenal Islam. Kite nak ajak orang untuk bersama-sama bangunkan Islam. Kite nak kena sampaikan fikrah Islamiyah kat orang. Tapi susah tak susah, ade ganjaran yang menanti kite.

Bile tadabur, like seryesly banyak sangat jumpa janji Allah kepada orang-orang yak bertaqwa, yang beriman, yang bersabar. Ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

= An-Nisa’, 4:122
= Al-Hajj, 22:14
= Al-Buruj, 85:11
= At-Taubah, 9:89
= Al-Fath, 48:5
= Ali-‘Imran, 3:136
= Al-Hadid 57:12
= Al-Ankabut, 29:58
= Muhammad 47:12

Saje tak nak bagi ayatnya, sebab lagi best kalau korang sendiri yang bukak satu-satu. Sebab mencari tak sama manisnya dengan dibagi. And bukan ni je, banyak lagi la. Dalam Ali-‘Imran sendiri, beberapa kali Allah sebut. Nanti cari la dalam Quran tu. Ade je. Semua janji Allah ade dalam kitabNya.

Aku pernah tanya akak usrah, kenapa kalau Allah cakap pasal ganjaran syurga, mesti ade statement “yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. Kate Kak Wani, kalau kate sungai, ape yang kite fikir? Tenang je kan. Sebab tu la Allah statekan pasal sungai ni. Nak tunjukkan betapa indah and tenangnya syurga Allah ni.

Bile sebut pendakwah ataupun da’ie, korang akan fikir ape? Kalau aku la kan, zaman dedolu, aku fikir da’ie ni ialah manusia-manusia yang pakai jubah, pakai tudung labuh, kalau yang laki berkopiah, berserban. And cakapnya nak pasal Islam je. Yang 24/7 nak beribadah je. Tak main la lepak kat shopping mall, paling koman kat masjid. Yang kalau kite ajak bersembang, bergosip, memang harapan la dorang nak join. Yang kerjanya nak menegur orang je. Tengok movie tak boleh, pakai jeans tak boleh, mengumpat tak boleh, minat Kpop tak boleh. Kuno gile. Hidup zaman primitive ke ape? Caymonnn man. Tak payah la nak tunjuk alim sangat.

Cenggitu…

Tapi SH buat aku sedar. Aku pun ialah seorang da’ie. Sebab menjadi da’ie ialah amanah kite. Tanggungjawab kite. Sebab setiap kite yang mengucapkan syahadah ni, kite la da’ie tu. Tak semestinya ko kena pakai tudung labuh untuk jadi da’ie. Tak semestinya kena hafaz Quran untuk jadi da’ie.

Kerja da’ie ni takde limit and takde kosong tak kosong. Takde penuh tak penuh. Takde kite kate, “ehh, ko tak boleh jadi da’ie. Takde position kosong dah. Semua dah penuh.” Takpun tetibe ade iklan kerja kosong dalam paper, “Memerlukan seorang da’ie. Pengalaman kerja setahun. Gaji RM 2500.”

Tapi kalau kite faham pulak tugas kite sebagai ‘abid, hamba Allah, in sha Allah, faham jugak la kot kewajipan seorang hamba tu. Hmm..

Ingat lagi lepas daurah tu, akak-akak tanya, ape yang awak dah buat setakat ni untuk dakwah Islam?

Errrr….

Then ktorang dapat SJ (Sayonara Jahiliyah).



Tahu maksudnya macamana? Maksudnya babaiiii Jahiliyah. Go! Get out from my life! I dun wanna see u anymore. Babaiiii cakap lagha. Babaiii movie marathon. Babaiiii K-pop. Babaii drama. Babaiii bende tak de pekdah. Erghhh!

Sentap tahu tak bile dapat SJ ni. Bile tahu yang jahiliyah ni macamana, bile disedarkan dengan hakikat kite asyik bergelumang dengan jahiliah, rase macam, nehiii babujaiinn!!! Jahiliyah bukan cuma bile ko tanam anak pompuan hidup2, bile merompak, berzina. Jahiliyah bile ko buat ermm.. paham2 sendiri la kot.

Aku rase macam nak sorok muke dalam tanah je time tu. Malu sangat. As if orang akan pandang aku dengan muke belacan and dalam hati dorang, “Ika baru je semalam movie marathon. Dapat tarbiyah, tapi stil buat bende jahiliyah.” Whattt?

And sepanjang aku dalam DnT, aku mengaku yang ade masenya aku tersungkur di kaki jahiliyah. Ade masenya aku lupakan Allah sebab terlalu lalai dengan jahiliyah. Ade masenya aku lambatkan solat sebab lekkk, sikit je lagi movie ni nak habis. Ade masenya bile aku boleh hafal lagu kpop yang bahasenya aku tak faham pun, tapi part mengaji, tajwid tunggang langgang terbabas masuk gaung gedebum gedebamm.

TT__TT

Tapi ingat satu bende ni je la kot. Saidina Umar a-Khattab sendiri pernah bergelumang dengan jahiliyah. Pernah tanam anak sendiri. Tapi at the end, dia juga la sang sahabat yang sanggup berjuang untuk Islam. Khalifah yang memegang tampuk pemerintahan Islam.

Kalau kite sedar yang tak seharusnya kite bermandikan Jahiliyah tu lagi, so wake up maynn! Jangan terus lemas. Kite takde mase untuk “rileks dulu. Nanti bulan depan aku stop la jahiliyah ni.”

Tetibe teringat surah Al-‘Asr,



Then kitorang ade dapat Sejarah Usrah. Tentang macamana sebenarnya usrah ni terbina. Siape pencetus usrah ni. So sedar tak sedar, selama ni ikut usrah, tu bukan sekadar satu bulatan biasa. Tu ialah bulatan gembira. Bulatan ilmu. Bulatan tarbiyah. Bulatan dakwah.

Kenapa dinamakan usrah sebab dalam Bahasa Arab, usrah ni maksudnya keluarga. So kenapa keluarga? Haa, tak semua orang lahir dalam family yang memang menerapkan ajaran Islam daripada kecik. Tak semua orang kenal hijab daripada kecik. Ade orang yang masuk belasan tahun pun still merangkak baca Quran. Mane alif, mana ba pun tak tahu. Ade orang yang belasan tahun baru tahu macamana nak solat.

Sebenarnya kan ajaran Islam dan didikan Islam ni sepatutnya bermula dari dalam keluarga. Bukanlah nak kate salah family yang tak bagi ajaran Islam daripada kecik. Sebab macam-macam lagi la kan faktornya. Tapi still, jangan la pandang perkara ni dari satu sudut yang buat kite rase frust and down. Kenapa family aku macam ni? Kenapa parents tak pernah suruh aku belajar mengaji? Kenapa mak aku pun tak pakai tudung?

Kalau kate kite dah faham benda ni, kite la yang guide family kite. Kite la yang terapkan nilai Islam tu dalam family kita.

Aku sendiri pun bukanlah lahir dalam family yang memang menerapkan ajaran Islam betol-betol. Kelantan pun kan pernah dapat gelaran Serambi Mekah. So suasana Islam tu ade je. Jadinya didedahkan dengan suasana Islam tapi tak terdedah tentang fikrah Islam. Sebab Islam bukan sekadar semayang cukup 5 waktu, puasa bulan Ramadhan. Bukan tu je.

Bile tengok akak-akak murabbi, tudung labuh, cakap sopan, ibadah mantap, buat aku terfikir, untungnya dorang lahir dalam suasana yang islamik. Sampai la mase daurah ni, muajjih kitorang cerita yang dia kenal Islam betol-betol pun bile usia 19 tahun. Baru start betol-betol pakai tudung lepas tu. Tapi perghh, tengok dia sekarang. Mantap seyh.

Sebab tu la wujudnya usrah ni. As if 1 platform baru untuk menerapkan tentang Islam ni yang mana kite tak dapat dalam family. A final chance to finally change.

Then pada masa yang sama dapat tentang Gen-Q (Generasi Quran). Siapakah Gen-Q ni? Jeng jeng jeng. Diorang la para sahabat Rasulullah dulu. Kenapa diorang generasi Quran? Nak kate bezanya generasi kite dengan diorang, para sahabat melihat Quran ni sebagai satu peringatan untuk diorang. Tentang ape yang Allah perintahkan, ape yang Allah larang. And kite pulak bace Quran sebab..? Mak membebel Quran dah berhabuk. Sebab esok usrah kena tadabbur surah ni. Sebab kawan bace, so saje nak tiru dia.

Pada zaman Rasulullah, Islam tak berkembang pun lagi. Berape kerat sangat je. Tapi zaman ni la, Rasulullah tinggalkan sahabat-sahabat yang hati mereka memang pada Allah. Yang aqidah mereka dah mantap habis la. Yang berjaya takluk 2/3 dunia tu. So nak la jugak rase jadi macam diorang. Kan? Kan? Nak tak? Haa.. sangat nak.

Then hari tu dapat pasal Usul ‘Isyrin. Aku dah pun cerita dalam entry >2 hari 1malam< dulu.

Memang rase masih belum cukup apa yang aku dah dapat ni. Macam satu mug yang berisi air. Rasenya kalau nak dibandingkan, ilmu aku tak capai separuh mug pun. Aku rase baru cukup untuk basahkan bibir je. Belum boleh hilangkan dahaga lagi. Tapi cukup la sekadar untuk fahamkan aku tentang dakwah islamiah ni.

Berbalik kepada tadi, sebenarnya soalan yang sama Kak Wani dah tanya kat aku sebelum ni. Jawapan aku, hmm.. tak. Aku rase tak bersedia. Like seryesly betol-betol tak bersedia. Aku rase macam, kalau aku ni stil lemah, macamana aku expect untuk support orang.

Kalau kate aku tengah naik, iman tengah gemilang, In Sha Allah aku akan bawak same orang untuk naik bersame dengan aku. Tapi aku tak nak jadi sebab orang jatuh same kalau kate aku jatuh. Kalau iman aku tengah drop. Aku tak nak tarik dorang same jtuh dengan aku.

Aku tak nak jadi contoh yang salah untuk adik-adik. Sebab pada pandangan aku sendiri la kan, aku pandang tinggi tau kat akak-akak murabbi. Bile akak buat macam ni, macam tu, aku macam .. “perghh. Hebat la akak ni.” Aku ade la kadang-kadang compare diri ni dengan akak-akak. Tengok akak-akak tudung labuh, aku pandang tudung aku. Tengok akak-akak tak pernah cakap lagha, bersalahnya dengan mulut aku. Tengok akak-akak jage ikhtilat, aku cermin diri aku. Even tengok akak-akak bace ma’thurat bile tengah free, ya Allah, mane mase aku dengan Allah? Malunya rase.

Aku tak nak nanti adik-adik akan pandang aku and fikir, “heleh, Ika pun movie marathon je.” Takpun, “heleh, dalam fon Ika banyak je Kpop.” Aku tak nak adik-adik cakap, “heleh, Ika pun bersembang lagha je.” Lagi kalau, “tengok Ika punya pakaian, heleh, tak semenggah je nampak.”

Malu wehh. Aku tak nak macam tu. Aku tak nak cakap je tapi tak buat. Ingat lagi As-Saff, 61 : 2-3. Betapa Allah tak suka orang yang cakap tapi tak buat.

Tak pernah ade istilah ilmu sape lebih banyak. Tapi kalau kite berniat memberi tapi tangan kosong, ape yang nak diberi? Bile fikir macam ni la yang buat aku rase takut untuk pegang adik-adik.

Tapi Kak Wani kata, jangan la anggap perkara tu macam satu ancaman, kejian. Tapi ambik tu sebagai satu motivation. Satu penggerak semangat. Kalau dah tahu Allah tak suka kalau kite cakap tanpa buat, so buat la. Kalau dah tahu kite pernah cakap kat adik-adik kena buat apa, so at the same time kite pun kena la buat jugak. Kalau cakap kat adik-adik untuk tinggalkan Jahiliyah, so kite pun tinggalkan la. Kalau kite rase tak banyak ilmu, so cari la. Ilmu takkan datang bergolek gedebuk gedebek kat kite.

Kate Kak Wani, sekarang ni bile bergelar murabbi, diorang sangat berhati-hati dengan ape yang diorang pernah pompam pompam kat kitorang ni. Sebab at last, diorang diuji dengan ape yang dorang pernah ucapkan. Tapi tu la kan, tak pernah sekali pun dorang nak tarik diri. And aku rase daripada awarenya dorang dengan ape yang pernah diucapkan, tu yang jadi cerminan diri dorang yang kitorang nampak sekarang.

Dan balik daripada usrah, aku terfikir, kenapa terlalu cepat mengalah Ika? Kenapa terlalu takut untuk bergerak? Ko nak simpan fikrah Islam ko tu sorang2 bawak masuk kubur? Ko dah selesa dengan keadaan ko sekarang? Ko sayang nak tinggalkan dunia ko sekarang? Ko kate ko ansarullah, tapi ko tak nak bantu sampaikan agama Allah kat adik-adik? Ko kate ko fityatullah, tapi mana semangat berkobar seorang pemuda tu Ika?

Bila nanti Allah tanya, ke mana masa muda aku dihabiskan, ape aku nak jawab? Bila Allah tanya ape aku dah buat untuk tolong agama Dia, ape aku nak cakap?

Dan ko kate ko tak sedia Ika..?

*sigh*

Thanks for reading..

Jazakumullahu Khayran Katheera..


Kisah Kabus Qaseh © 2014