Monday, March 14, 2016

3 : 144..

Monday, March 14, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Wasilah tarbiyah ada 7. Usrah, daurah, rehlah, jaulah, mukhayyam, halaqah dan liqo’. Tapi hidup zaman moden ni, tarbiyah aku datang dari sumber2 lain jugak. One of them ialah blog. Aku suka baca blog. Tapi cuma ada 1 blog dakwah je yang aku suka. Ramai yang recommend kat aku Muharikah, Budak Tomato, Inspektor Sahab, Inche Gabanna, Tarbiyah Sentap. Those are sumber yang bagus. Banyak isi dan penyampaian yang menarik. Aku ada jugak baca sekali dua. Tapi they are not really my cup of tea.

Aku jenis yang tak suka something yang bunga-bunga sangat (walaupun kadang-kadang bunga aku pun mekar melilit jugak. muahaha). Aku jenis yang susah nak grab sikit kalau baca entry yang bahasa mantap habis campur term2 dakwah yang level tinggi melangit. Baca sebaris, dua baris. Last-last aku melayang-layang fikir malam nanti nak makan apa, baju hantar dobi bila nak ambik, entry baru nak tulis pasal apa.

So aku lagi prefer entry yang santai-santai, direct to the point tapi dengan analogy atau cerita2 yang simple. Kadang example atau analogy yang macam errr… apa ni. Tapi janji aku faham kaitan cerita, then aku on.

So there is this particular blog yang aku sangat suka baca. 1st aku terjumpa blog dia secara tak sengaja masa tengah cari homework usrah. Baca 1 entry, best. Then aku belek-belek entry lama2. And without knowing it, aku sangat suka blog tu. Penulis dia bukan la yang famous2 macam Muharikah ke, Inche Gabanna ke. Tapi penulisan dia memang boleh menyentuh hati.

There’s time masa aku rasa macam down. There’s time masa aku rasa macam usrah tak cukup, macam jauh je dari tarbiyah. Aku cari blog ni. Kadang-kadang aku pick any random entry. Siapa tahu ada something yang Allah nak bagi kan.

Tapi si blogger ni, dah lama sangat tak menulis. And sometimes aku rasa lost. Sebab kadang-kadang rasa macam tak basah dengan usrah, baca buku dakwah tapi macam tak berapa nak menyentap sangat. Tapi nak cari blog ni, dah lama si blogger tak update. Sampai one day, aku tergerak hati nak emel akak ni. Aku bagitahu yang aku baca blog dia and somehow aku jadi sangkut dengan blog dia. aku buat special request (konon), mintak untuk dia update entry baru.

Hehehe. Kekonon je Ika ni.

Tapi terfikir jugak, is this how tarbiyah supposed to be? Because I was like bergantung pada murabbi, bergantung pada sisters usrah, bergantung pada blog orang. Bila dorang takde, then aku macam lost.

Sekarang ni aku dah sem last, sistem last. Bukak sem 6 awal bulan 1 hari tu. So kireny sampai hari ni, dah almost 2 bulan dah start kuliah balik. Tapi usrah, baru 2 kali. Itu pun 1 akak murabbi tak dapat join sebab ada seminar something on the very last minute. Another 2 orang sisters usrah tengah buat program fakulti kat luar, pun tak dapat join kitorang. So kitorang 3 orang je berusrah jawabnya. 2nd time, usrah kitorang cuma bertiga jugak. Tapi campur akak murabbi. Honestly, disappointed la jugak sebenarnya sebab usrah macam tak berapa nak berjalan sekarang.

Sebab tu la lama tak update blog. Sebab macam tak ada benda sangat nak diceritakan. Pasal life aku, nothing much going on. Pasal usrah, not going on pun. Ceittt. Alasan je ni. Hahaha.

Tapi sebenarnya aku faham je sekarang banyak masalah dengan usrah. Semua usrah kena shuffle and susun balik. Sebab akak2 murabbi ada yang dah balik Malaysia for good, ada akak2 yang tengah busy jadi co-assistant kat hospital, so macam tak cukup murabbi. Kak Khad sendiri dah berapa kali berpindah randah Jakarta, Bogor, bandung, Jogja. So aku faham je Kak Khad pun busy.

Tapi untuk aku, bila dah usrah pun jalan tak jalan, aku rasa aku pun jadi tak jalan jugak. Mutaba’ah hancur, tadabbur masuk gaung. I was like becoming the old Ika.

Kata akak, cuba cari bahan sendiri, tarbiyah sendiri.

Okeh. Noted.

And then bammmm! Langgar gua. Aku ingat aku boleh independent. Aku ingat kalau takde usrah pun, aku still boleh go on. Tapi salah. Rasa lost, rasa nak give up tu ade je main2 dalam kepala. Rasa macam, “lantak la. Susah2 sangat tak payah nak berusrah2 bagai.”

Tapi..

Is it usrah atau tarbiyah yang aku pegang?

Is it murabbi atau Allah yang aku cari?





Jazakumullahu Khayra Katheera..

Sunday, January 31, 2016

Telur...

Sunday, January 31, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Tak berniat nak menulis pun malam ni. Tapi terdetik nak stalk blog sendiri. Then nampak la kat blog I follow, ade entry baru dari blog hakak fevret aku. Hik3. Baca blog dia kejap, pastu tercuit la rasa tu untuk menulis jugak.

Semalam kitorang bermabit. Sambung dengan rehlah pagi tadi sampai tengahari. This is the first time ever kitorang dihumban dengan tanggungjawab untuk prepare everything. Dari cari tempat, siapkan makanan, perlengkapan, games, sharing. Semua kitorang. Rasa bangga sebab konon independent. Hihik.

Alhamdulillah jugak sebab Allah permudahkan. And jazakumullahu khayr sisters untuk every penat lelah and pening-pening kepala korang setelkan semua. May Allah grant us Jannatul Firdaus.

Untuk rehlah pagi tadi, kitorang ade total of 3 games daripada 4 group usrah. Sebab group usrah aku dengan Iche gabung. Tema games yang dibagi kat group kitorang is Iradah Qawiyah which is kemahuan yang kuat. Kemahuan untuk berubah dan mengubah.

Ubah diri sendiri and orang jugak.

Sebab memang, berubah tak senang. Susah. Payah. Rumit. Renyah.

Nak berubah, kena ada ‘nak’ tu. Dan ‘nak’ tu pulak, tak boleh setakat ‘nak’ yang suam-suam kuku. Kena hangat, panas membara. Memang nak yang sangat-sangat nak la.

*credit

Kalau recall zaman2 aku rebel usrah dulu, bukan tak ada akak-akak yang approach. Bukan tak ada usrah, daurah. Bukan tak ada akak-akak yang ketuk pintu bilik bila kitorang tak nak datang daurah. Bukan akak-akak tak call ingatkan bila usrah. Akak-akak siap masak lagi semata-mata nak kitorang semangat sikit join usrah. Nanti ade la pisang goreng, macaroni, ‘kerepek daurah’. Sebab nak tarik hati-hati kitorang ni, untuk kenal Allah.

Tapi dengan adanya semua benda tu, nak ke tak sebenarnya kita ni untuk berubah.

Aku still ingat satu benda yang aku sembang dengan Kak Ain dulu masa kitorang rehlah kat curug. Akak tanya aku suka tak tadabbur alam. That moment, halfly joking aku cakap aku suka tadabbur manusia. Nanti aku akan tengok la satu-satu perangai manusia ni macamana. And kadang-kadang aku compare aku dengan dia.

Let’s say aku tengah tadabbur sorang akhwat tudung labuh pakai jubah yang jalan sopan. Then aku compare. Kenapa tudung aku tak labuh macam tu. Kenapa aku still liat dengan jubah and nak jugak hari-hari dengan seluar. Kenapa aku jalan mesti macam gangster masuk pasar nak kutip duit tapak. Benda-benda macam tu yang selalu aku fikirkan.

Then aku cerita la kat Kak Ain pasal ade sorang member sekolah yang sekarang ni dah jadi orang hebat dalam D&T. Kenapa setahun tarbiyah dia kat matriks dah berjaya ubah dia totally jadi macam another different person. Yet aku setahun tarbiyah (time tu) kat Indonesia sini, bumi Islam tapi still jalan merangkak. Bukan setakat merangkak, baring tak gerak-gerak pun lagi. Aku tanya Kak Ain apa yang membezakan kitorang.

Penerimaan..

Tu jawapan Kak Ain. Isi usrah mungkin lain, tarbiyah lain, tempat lain. Tapi bukan tu highlightnya. Sebab apa yang betul-betul membezakan ialah penerimaan. Nak ke tak aku terima tarbiyah ni. Kalau kata Allah ketuk pintu hati aku ni untuk berubah, nak ke tak sebenarnya aku bukak. Tu bezanya.

And betul la, cakap pasal nak tak nak, bunyi macam mudah. “Okeh, aku nak berubah.” Mulut laju je cakap. Tak perlu berhenti bayar tol pun. Touch n go. Laju je. Tapi nak buat, Allhurabbi, masuk gaung kak. Terbabas.

Sebab tu kite kena ade satu pemacu untuk kite nak berubah. Something yang boleh kite jadikan sandaran. Satu sebab. Contoh la ek, Umar Al-Khattab. Bukan lahir dengan identiti islam. Bahkan kejam-kejam tak kejam, jahil tak jahilnya dia, Umar bunuh anak perempuan sendiri. Tapi berada dalam jahiliyah, Umar tahu dia perlu berubah. Sebab dia rasa macamana hitam gelapnya jahiliyah tu, Umar decide untuk pilih sinar Islam. Umar nak berubah tu and apa yang pacu perubahan dia ialah zaman jahiliyah dia sendiri.

So dalam games yang kitorang buat, idea dari Iche. Kitorang create game in which setiap grup yang main ni akan dikasik sebijik telur and dorang kena protect telur tu. Kitorang akan bagi several bahan macam kertas, tisu, plastic untuk dorang balut telur tu. And jeng jeng, kitorang yang akan baling telur tu nanti. Aim kitorang untuk pecahkan telur diorang la. So dorang kena la balut sebaik mungkin to protect telur tu pecah bila dibaling nanti.

Ibrah atau pengajaran yang cuba ditekankan is that seberapa banyak usaha yang dorang akan buat untuk protect telur tu. Which is sebanyak mana kemahuan korang untuk protect telur tu. Kalau memang nak protect, kena la usaha betul-betul kan. And telur tu sendiri boleh diibaratkan sebagai kemahuan tu. Kena protect kemahuan kite ni, jangan sampai menyimpang kat tengah jalan then terbabas langgar traffic light. Sebab banyak sangat benda. Like seriously sangat banyak dugaan yang akan datang. Yang akan buat kite swaying dengan kemahuan kita untuk berubah ni.

Nak berubah pakai tudung labuh.
Ehh, takpe la. Nanti kang orang panggil ustazah pulak.

Nak berubah betulkan bacaan mengaji, nak masuk kelas mengaji.
Ehh, takpe la. Nanti orang kata apa pulak tua bangka tapi mengaji gagap-gagap lagi.

Nak try join usrah la, cari grup2 akhwat yang buat usrah terbuka.
Ehh, takpe la. Nanti takut kawan-kawan cakap kolot pulak nak usrah-usrah bagai ni.

Nak itu nak ini. Tapi banyak benda yang interfere. Then all those ‘nak’, jadi la ‘takpe la, nanti…’ Sebab tu la kemahuan2 nak berubah tu, kite kena protect jangan sampai jadi pudar kusam.

Supposedly tu benda yang nak disampaikan sebenarnya. Tapi bila kata ibrah, tak ada limit. Tak ada takaran mana betul mana salah. Sebab nanti setiap orang akan ada ibrah masing-masing. So 2,3 orang ade la share ibrah diorang tadi.

And keluarlah satu benda yang aku tak expect pasal ibrah game ni. In which dari Kak Atie, “bayangkan telur tu ialah iman awak.” And then hmmm…

Bayangkan sebijik telur tu ialah iman kita. Yang kita kena protect, kena balut kemas, kena hati-hati sebab tak nak bagi pecah dan rosak. So kena la balut setebal dan sebaik mungkin. Balut dengan amal. Mutaba’ah amal.

Kalau kata balutan kat luar telur tu nipis, mampu ke telur kat dalam tu selamat? Like no way la kan. Lagi2 kitorang baling dengan gaya main baseball. Arch 45 degree dengan velocity 50 ms-1. Langgar pagar and kelepekkk. Pecah.

Sama la jugak analoginya dengan kita balut iman ni dengan amal yang setipis kertas tu. Selamat? Heh, mimpi la sis. Kena gegar sikit je iman dah runtuh.

And balingan gaya baseball kitorang ni pulak umpama rintangan dan dugaan dalam D&T ni. Telur, kalau jatuh dari tinggi yang berbeza, pecahnya tak sama. Macam tu la jugak dugaan, tak sama. Impact beza-beza. Semua tahu nak dakwah ni banyak halangan. Internally and externally. Rasa tak confident, malas, tak istiqamah, futur, tak tsiqah. Pastu datang pulak dari luar, “weh, kau ni bajet bagus”, “bajet ustazah”, “diri pun tak betul, ada hati nak tegur orang” and bla bla bla. Tambah pulak dengan all those things yang happened around the world. Islamophobia, Islam was banned, pergolakan Syria, Palestin, Gaza yang tak berkesudahan. Penindasan kat mana-mana. Dugaan ni memang akan selalu ada.

So, kalau kata balut telur pun tak tebal, tak cukup, possible ke telur akan selamat lepas kena baling kuat-kuat and laju-laju tu?

Sama la jugak, kalau kata amal tak banyak, tak ‘tebal’, tak cukup, mampu ke nak jamin iman kita ni selamat lepas dah dihentam dugaan yang bertalu-talu?

Kak Atie cakap lagi, “mampu ke iman kita untuk tetap kuat dengan semua dugaan ni?”

Hukkk..

Soalan tu.. aku tak ada jawapan.

Menangis sebab rasa iman lemah?
Tick. Pernah.

Tetibe sendu sebab rasa iman kat bawah?
Tick. Pernah.

Aku tak tahu mampu ke tak iman aku untuk tetap kuat bila there’s time yang aku rasa sangat lost dengan semua ni. Rasa nak give up.

*credit

Yepp, mungkin je balutan aku masih belum cukup tebal. Kan?

Tepuk dada, tanya iman…

Jazakumullahu Khayran Katheera…


Thanks for reading..

Monday, January 25, 2016

Life Is A Story..

Monday, January 25, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

A friend of mine once told me, “Kau takde life la Ika.” Aku, err... “Biar la, ni life aku. Life kau lain, life aku lain. Janji aku happy.” Tolak tambah, macam tu la lebih kurang aku cakap. Tak ambik port sangat.

Then, lama lepas tu, once again, “Kau ni memang takde life la Ika. Asyik terperap je dalam bilik.” Sebab aku tolak dia ajak aku bukak puasa kat luar. And that moment, terus aku burst. Explode. “Ni life aku, suka hati aku la aku nak buat ape! Terperap ke, ape ke, suka hati aku! Kau sibuk apa!”

And dummm! I slammed the door. That was the 1st time I ever did that to them. Actually, those things yang kawan aku cakap doesn’t really hurt me that much. Tapi I was having a hard time masa tu, so I don’t think much.

I was actually holding myself back, for a very long time, alone. So when there’s something yang poke aku, like a balloon yang overinflated, aku burst. I exploded.

Kau takde life la, Ika.

Well, then, define life. Tell me, what is the definition of life. What is YOUR definition of life.

Sebab aku tak suka lepak dengan kawan-kawan, so aku takde life? Sebab aku suka keluar jalan sorang-sorang, merayau sorang-sorang, so aku dilabel takde life? Sebab aku suka melepak dalam bilik sorang-sorang, layan movie sorang-sorang, aku budak takde life? Sebab aku lagi prefer kat bilik, tulis cerpen and puisi, editing photos, daripada lepak bilik member untuk bersembang, you define me as having no life?

Then does it mean melepak dengan member, bersembang dengan member, lepak keluar makan together, jalan-jalan kat Bandung, that is life? If that is the meaning of life, then you are correct. I have no life then.

Life aku ialah life aku. Minat aku. Passion aku. Things yang boleh buat aku puas, happy.

Kalau life bagi kau ialah lepak dengan member, jangan expect aku punya life macam tu. Things yang boleh buat kau happy, bagi kau tu life kau. Tapi, dude, kita lain. Those kind of things tak buat aku happy.

There’s time when I was having a hard time. Aku tak pandai nak cakap kat orang. So of course orang tak tahu. Tapi please have some conscience, leave me alone. Spare me. Do not judge me as being too menyendiri, introvert or whatever the crap terms yang dipakai untuk cakap aku tak ada life.

These past few days, I’ve been thinking a lot. Aku keep on cakap this is my life. Life kita tak sama. And bla bla bla.

Then, what is MY definition of life?

Grrrr.

Macam jilat ludah balik.

What is my definition of life…

Korang pernah tak like out of the blue, terfikir panjang pasal your life. What have you done for these past years. What happened dalam hidup yang bagi impact besar kat korang. An event yang made you who you are today.

I’ve been.

A lot.

And recently I’ve been thinking about my life, start sekolah sampai sekarang kat UNPAD and bakal jengah UKM in less than 6 month. Tapi moment yang paling bagi makna besar kat aku ialah masa matriks and sekolah menengah.

Masa sekolah menengah, kawan2 tau aku macamana. Masa sebelum PMR, aku jenis budak tak banyak cakap. Baik je. Tak buat hal sangat. Gaduh dengan kawan tu biasa la. Budak lagi. Naik form 4, form 5, aku start berubah. Makin banyak cakap, kepala masuk air, suka gelak, sembang, lepak dengan kawan. I don't know what made me changed. I just did. Tapi those are the moment yang aku enjoy dengan kawan-kawan. Aku rasa tu ialah peak of my youth. And masa tu aku macam open book. Semua benda orang tahu pasal aku.

Sampai satu point yang mana aku close that book. Takde sape boleh faham aku, takde sape boleh bace aku.

That's the moment aku tahu macamana rasa betrayal. And baru aku tahu macamana susahnya nak apply term forgive and forget. Yang jadikan aku ialah aku yang sekarang.

And teringat pulak semua benda yang jadi kat matriks. There’s so many thing that I’ve been through. Less than setahun. Tapi sangat banyak benda yang aku lalui masa matriks, dalam masa kurang setahun tu. 

Matriks ialah zaman yang mana aku hidup macam robot. Bangun pagi, siap-siap pergi kelas, breakfast. Tengahari tak balik bilik. Sebab leceh nak panjat tangga sampai tingkat 3. So aku lepak masjid. Petang balik kelas, siap-siap beli makanan. Terus tak turun dah lepas tu, sebab again, malas naik turun tangga. Time rajin, aku jogging round blok. Cehh. Yang ni gigih nak bagitau. Padahal bilang jari je berapa kali jogging. Haha.

Petang, kalau sempat, aku study. By pukul 6 aku stop study. Sebab an hour before Maghrib, aku memang tak study dah. Nak kata pantang, tak la pantang. Tapi tu memang habit aku. Pukul 8, aku siap-siap kat meja study. Before 12, aku akan tidur. And the cycle keep going.

Rutin yang sama. Benda yang sama. Aku macam robot yang memang dah diset dengan rutin yang macam tu. Robot yang patuh. Robot yang tak ada jiwa.

Zaman  sekolah and matriks ialah zaman yang banyak menguji aku.

Bila ingat balik apa yang jadi antara aku dengan kawan-kawan sekolah, kawan-kawan tutor, sampai sekarang, aku masih rasa. Aku takkan lupa. They say that time’s supposed to heal. And I’m still waiting.

Setiap orang ada cerita masing-masing. Sama ada diceritakan atau tak, setiap orang akan ada je cerita diorang sendiri. Jangan expect kita tahu everything about that person, because we are not them. Do you have any psychic abilities, superpowers that allows you to read people’s mind? Only if you have, don’t expect kita tahu every single things about that person. That won’t do man.



Sebab those cerita tu la yang define who they are. Those stories yang jadikan siapa dia sekarang. Those stories yang define life dia.

And for me, that is the definition of life.

My stories are my life...

and

My life is a story...





Thanks for reading..

Friday, January 8, 2016

Selalu Ada..

Friday, January 8, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

In Shaa Allah esok balik Malaysia. Ciss. Bukak je cerita, terus gebang pasal nak balik. Hahaha. Exam dah habis hari ni. Setelah 3 minggu berperang dengan kemalasan. Setelah 3 minggu aku tidor bangun tak tentu masa. Setelah 3 minggu aku jadi macam bujang terlajak yang selekeh sememeh. Dan 3 minggu ni In Shaa Allah akan terbayar dengan seminggu cuti. Err? Tak puas hati dengan cuti kejap, tapi tak pe la. Janji cuti. Kalau tak cuti langsung, lagi senak. Lagipun mungkin Allah nak jaga aku. Kalau bagi cuti sebulan dua bulan, hancuss ke mana-mana hentah aku ni.

Dan bila dah rileks macam ni, rasa la nak menulis. Lame dah tak menulis. Sangat lama. Bukan tak nak update. Tapi macam kosong cerita. Tak tahu nak sembang pasal apa. Kalau ikutkan, banyak jugak je sebenarnya benda yang nak disembangkan, tapi tak tahu nak tulis macamana. Hari tu rasa jugak rindu nak update blog. Saja la belek2 blog. Baca yang last entry, pasal Muntalaq. Tetiba rasa touching. Laju je air mata mengalir. Huhuk. Maluuuu. Mengada je Ika ni.

Ade sorang ukhti ni send kat grup whatsapp, snapshot dari status fb orang kot.

Teruskanlah menulis
Kita tidak tahu hati mana yang akan tersentuh ketika membaca tulisan kita
Dan sedar atau tidak, kita telah melakukan dua kerja
Iya, dua kerja
Satu, menulis
Dua, berdakwah

Jujur. Bila baca, semangat rasa berkobar. As if Allah dah bukak jalan bagi kita tanam ladang-ladang pahala. Sayang la kan kalau kita abaikan. Tapi at the same time dalam hati, ada ke yang baca tulisan aku ni? Ade ke yang terkesan dengan tulisan aku ni. Sebolehnya tak nak la usaha tapi tak dapat apa. Memang Allah tak pandang hasil, tapi sebolehnya kita mesti nak merasa jugak menuai hasil tu kan.

Aku tak ada benda lain untuk aku pakai. Aku tak reti nak tarik orang dengan bercakap bila bercakap pun still terabur. Aku tak reti nak tarik orang dengan qudwah bila mana qudwah aku sendiri masih ke laut. Aku cuma tahu menulis. Bila cakap tahu, aku cuma tahu je. Tak bermaksud aku pandai atau reti menulis. Kikiki.. Tapi dengan penulisan ni la, aku berharap dapat bukak hati-hati yang nak mencari.

Setiap orang ada logam masing2. Which is kelebihan masing2. Yang mana kita boleh gunakan kelebihan yang ada tu untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Ada yang boleh menulis, bagi talk, menyanyi, qasidah, apa lagi. Ada yang hanya dengan qudwah je, dah mampu menyentuh orang untuk ikut tarbiyah.

Ada seorang ukhti pernah tanya aku, apa agak2 logam yang aku nampak ada pada dia. And I was like krik~ krik~ Apa aku patut jawab. Supposedly dia la yang akan tahu pasal dia kan. Hehe. And aku tak tahu nak cakap apa, aku cakap, “In Shaa Allah, ada punya. Memang akan ada.”

Aku pernah usrah usrah dengan dia masa awal-awal dulu je. Time tu zaman rebel, so aku tak berapa nak heran sangat sape-sape bercakap dalam usrah pun. Aku tak ingat macamana dia dulu. And sekarang aku dah tak sama usrah dengan dia, so aku tak tahu macamana sharing dia dalam usrah. Aku tak tahu adakah logam dia pada bercakap. Aku tahu dia kadang-kadang menulis jugak. Cuma dia sendiri tak yakin adakah logam dia pada menulis.

Kadang-kadang kita terlalu fikir jauh, fikir susah2, complicated. Apa logam kita, apa kelebihan kita. Padahal kadang-kadang benda yang kita anggap sepele tu la yang sebenarnya kunci dakwah kita.

Hari tu masa daurah, Kak Noja sharing. Kata Kak Noja, dia hanya tahu bercakap. Itu la yang dia mampu buat. Bercakap. Dan aku mengaku, Kak Noja memang pandai bercakap, tak boring bila dengar dia bercakap. Instead kita rasa macam excited nak dengar dia cakap apa. Tapi kata Kak Noja, kadang-kadang dia takut. Sebab dia hanya ada mulut ni je. In which kat akhirat nanti, mulut ni la yang akan dipateri Allah. Mulut ni la yang tak mampu nak bagi kesaksian. Tapi still, buat je. Bercakap je. Bila mana Allah kurniakan sesuatu untuk kita, bersyukur la dengan kurnia tu. Macamana nak tunjukkan rasa bersyukur tu? Guna lah ke jalan-jalan Allah.

Pernah terbelek terbaca status-status akak2 yang dah balik Malaysia. Yang sekarang kat HUKM. Diorang masih kuat kat jalan ni. Masih bergelar akhwat yang hebat2 di dunia dakwah. Tapi tak dinafikan yang ada masanya diorang pun jatuh jugak. Buatkan aku terfikir, akak2 yang qawiy macam diorang ni, ada masanya dorang boleh jatuh, ni kan lagi aku.

Aku kadang-kadang takut. Macamana agaknya balik Malaysia nanti. Adakah aku still akan ikut usrah? Adakah aku still care pasal dakwah tarbiyah? Atau dengan alasan aku terlalu sibuk, aku abaikan semua? Kalau sekarang pun kadang-kadang aku rasa nak give up dengan usrah, macamana pulak nanti?

Yepp, there’s time yang aku memang rasa nak give up dengan usrah. Terfikir nak mesej murabbi, nak bagitahu niat nak keluar usrah. Nak cari jalan sendiri. Kadang-kadang rasa macam ‘Lantak la. Aku dah tak heran dengan usrah dah. Tak nak pikir dah’.

Kenapa macam tu? Entah la. Banyak sebab. Salah satunya, sebab rasa kosong. Rasa macam usrah tak usrah, sama je. Rasa sangat kosong. As if kau masuk satu bilik ni, yang kosong je, tak ada apa2, yang kau even akan dengar gema nafas sendiri. Kau nak cari pintu nak keluar, tak de. Nak cari lubang nak bernafas, tak de. Macamana rasa tu? Suffocating!

Tarbiyah sifatnya mengubah. Tapi aku tak rasa wujudnya perubahan tu. Aku masih lalai, masih dengan malas, masih merajakan nafsu dunia. Apa yang berubah? Tak ada. Aku fikir, maybe ni bukan jalan aku yang sebenar2nya. Maybe aku tak layak kat sini.

Till one day, terima something dari chat group whatsapp.

Jika engkau merasa di sekelilingmu gelap dan pekat,
tidakkah dirimu curiga bahawa engkau dikirim oleh Allah,
sebagai cahaya bagi mereka.
Sinarmulah yang mereka nantikan.
Maka, berkilaulah!

-      Salim A. Fillah 

Aku rasa aku selfish. Terlampau fikirkan diri sendiri. Fikir susahnya nak istiqamah, susahnya nak kuat dalam dakwah, susahnya untuk elak diri futur lagi, susahnya nak rajinkan diri lapangkan hati untuk turun usrah. Padahal ummah dah bepecah belah. Tapi still fikir pasal diri sendiri. Still manjakan diri sendiri. Padahal salahnya bukan pada usrah, bukan salah dakwah tarbiyah yang kita gebang penat. Tapi salahnya pada aku yang manja. Salahnya pada aku yang tak nak menerima.

Malu.

Ada masanya aku nak bersendirian. Aku nak cari apa yang tak kena dengan diri. Nak cari sebab kenapa aku rasa macam susah hati. Siapa tahu, rupanya Allah nak cuit manja. Allah nak cakap, “Kenapa perlu rasa susah hati, bila Aku kau boleh cari. Kenapa nak tarik diri, bila kau masih diperlukan ummah ini. Kenapa nak kena mengalah, bila kau selalu boleh bangkit berdiri?”

Sebab Allah takkan pernah tinggalkan kita...

Allah akan selalu ada..



Jazakumullahu Khayran Katheera..

Sunday, October 25, 2015

Muntalaq..

Sunday, October 25, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Yeayyy! Entry baru. Alhamdulillah. Sistem CVS da habis. Minggu lepas mid-sem exam. In Shaa Allah esok start sistem baru. Respiratory System. Hihuuu. Jadi student, penat memang penat. Kadang-kadang kerja tak de la banyak sangat. Tapi penatnya Masha Allah. Aku pun tak tau tang mane yang penatnya. Nak-nak lagi kalau final sem. Nak mampp je rase. Time tu la baru nak cover balik midsem, baru nak kumpul slides, mana nak practice OSCE, SOOCA. Seharian kadang-kadang tak bercakap dengan orang. Terperap je dalam bilik. Makan tinggal order. Jangan heran kalau seharian aku tak jumpa housemates. Paling kalau jenguk bilik sebab nak tanya sape nak order makan. Masing-masing pun terperap je dalam bilik. Bincang soalan pakai Whatsapp. Yepp, even serumah. Hahaha.

Tapi usaha tu macam tak pernah rasa sia-sia. Penat tu tak pernah tak terbayar. Lepas final, cuti. Balik Malaysia. Jumpa family. Kat situ, terbayar semua penat exam. Even seminggu, rase memang tak cukup. Tapi dah cukup bersyukur. 6 bulan sekali. Kadang-kadang rase kejap. Kadang-kadang rase lama. Bila rindu, terasa la lambatnya lagi nak balik. Bila rindu, bukak gallery. Tengok gambar setiap sorang. Belek-belek gambar family. Tengok video Keysha. Aku jenis yang tak pandai cakap rindu. So, mati rindu sorang-sorang la. Hehe.

And alhamdulillah. Minggu lepas-lepas, wedding Kak Jie berlangsung dengan jayanya. Hohoh. Congratulation ! And celebration! Na na na ~ ~ Tapi aku tak balik. Sebab exam. And In Shaa Allah minggu depan majlis belah lelaki. Pun tak balik. Ma abah cakap takpe tak balik. Nanti in Shaa Allah majlis Kak Ja yang coming soon aku wajib balik. Hehe.

Member selalu cakap, untung la Ika kau boleh belajar jauh-jauh. Medic pulak tu. And kitorang kat sini akan cakap, bestnya belajar kat Malaysia. Dekat dengan family. Ada apa-apa event, boleh balik rumah. Hohh. Tak bersyukur ke tu? Hmm. Syukur tu masing-masing tahu sendiri la kot. Kadang-kadang bukan la tak bersyukur, tapi cuma nak luahkan apa yang dirasa.

Jujur, dulu tak la rasa bersyukur sangat. Sebab macam, kenapa la nak kena datang jauh-jauh. Medic pulak tu. Dah la 6 tahun. Pastu kat sini rasa macam golongan minority je.

Tapi jalan syukur tu, ada temannya. Iaitu sabar. Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur dan bersabar dengan apa yang dia dapat. Bagi la nikmat anugerah ke, meynah ujian ke, In Shaa Allah dia mampu bersabar and tak lupa ucap syukur.

Reflect diri balik, kenapa dulu tak rasa bersyukur ialah sebab tak nampak apa yang Allah nak bagi ni. Lepas lama (lama ke?) berjinak-jinak dalam dunia dakwah tarbiyah ni, baru disedarkan. Ni sebenarnya yang Allah nak bagi.

Allah nak bagi nikmat kefahaman dalam Islam tu. In Shaa Allah.



Siapa tahu sebenarnya kat sini baru aku jumpa Islam, baru belajar kenal Allah. Siapa tahu kalau study kat Malaysia, maybe aku still sama. Aku still Ika yang dulu.

Perjalanan yang Allah rancang, memang berkabus. Kita tak pernah tahu apa yang menanti kat depan. Tak nampak siapa dan apa yang ada kat depan. Tapi Allah memang sediakan sesuatu untuk kita. Kalau je kita berani melangkah ke depan..

Dalam daurah Aqila tanya muajjih, Kak Long. Qila pernah ditanya oleh someone, “dari kaca mata Islam, apa sebenarnya maksud kehidupan?”

Kehidupan? Aku cuba jawab sendiri. Tapi entah. Bila ditanya macam tu, baru aku sedar, yang kadang-kadang kita tak pernah mendefinisikan makna ‘kehidupan’ tu dengan sebenarnya. Kita hidup. Noktah. So dah la kan. Tapi dengan soalan ni, aku terfikir, apa makna kehidupan aku.

Aku pernah fikir sendiri, how life is actually a riddle. Kau takkan sesenangnya ada jawapan. And terkadang that riddle tu sangat absurd. Sangat ridiculous. Terkadang macam prank, a joke yang buat kita rasa diperbodohkan. Macam hidup ni jadi permainan takdir je. Tapi beyond everything, setiap yang jadi tak pernah sia-sia.

Dalam dunia DnT ni, ada masa kita rasa iman tengah jatuh. Ada masa iman kita tengah tip top. Masa iman tip top tu, fuhh. Semua benda rasa nak dibuat. Tiap masa rasa nak buat sharing. Tiap masa nak dengar kak murabbi bersembang. Kata Kak Long, futur itu fitrah. Tabik salute kepada mana-mana da’ie yang tak pernah rasa futur tu. Iman manusia ni ada naik turunnya. Sebab tu la kita akan rasa futur tu. Dan bukan kita tak akan sedar. Kalau kita pernah rasa macam kosong, incomplete, macam dah lain, itu tanda mungkin kita tengah futur. Boleh sedar sendiri.

Dan itu perjalanan Dnt yang macam teka-teki ni.

Dan terkadang bila kita futur, nak bangkit balik, kita perlukan sesuatu untuk buat kita naik balik tu. Nak cari semangat balik. Nak cari hati yang dah hilang. Kita perlukan satu titik perubahan, a turning point. Yang kita panggil Muntalaq.



Muntalaq kita boleh jadi bukan satu. Boleh jadi banyak. Sebanyak mana aku jatuh and bangkit balik, sebanyak tu la muntalaq aku. Berdozen jawabnya.

And mostly muntalaq aku ialah akhwat. Sisters yang berjalan sama dengan aku. Yang sama-sama di jalan ni. Akhwat yang boleh buat aku menitiskan air mata. Terkadang tanya diri, kenapa akhwat aku masih boleh berdiri teguh. Kenapa even bila dah cuti lama, akhwat aku masih tak layu. Kenapa semangat masih membara.

Far share, kata murabbi dia, “kalau malam tu awak tak qiam, esok jangan buat usrah adik. Kalau malam tu awak tak lengkapkan tadabbur, esok jangan buat usrah adik.”

Sentap. Aku memang tak pegang usrah adik. Tapi terfikir, malunya aku nak pegang mad’u, cari mad’u kalau diri ni still jahil. Kalau diri ni pun still terkontang-kanting. Jalan tak stabil. Dan semangat Far dan murabbi yang lain, jujur aku cemburu. Cemburu, kenapa semangat tu tak pernah padam.

Turning point ni, muntalaq ni ialah satu titik tolak yang mampu bawak kita setapak lebih maju. Setapak melangkah ke depan dari kita yang sekarang. Ya, kita futur. Dibenarkan. Tapi biarkan muntalaq kita tu membawa kita lebih tinggi dari diri sebelum kita futur. Itu graf futur seorang da’ie.

Dan bila sebut pasal akhwat, hmm. Aneh. Sebab kita kenal bukan lama. Ada yang usrah tak sama. Ada yang di Jogja, Jakarta, Bandung. Tapi, aneh. Bila daurah, kumpul sama, macam tak ada yang beza. As if mengalirkan darah yang sama.

Cerita Kak Farami, pernah merajuk dengan housmates. Keluar rumah, lencun menangis. Comel. Itukah ukhuwah kata mereka? Cerita Kak Atie, berkongsi bumbung yang sama, umpama adik beradik. Sampaikan tahu setiap helai pakaian milik siapa.

Kalau tanya apa muntalaq aku. Mereka. Akhwat itu muntalaq aku…


credit


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Kisah Kabus Qaseh © 2014