Monday, November 3, 2014

Bumi Tarbiyah..

Monday, November 3, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hmm… it’s me again. Another entry? Nak buat macamana, aku masih dalam state gian nak menulis. Salam 10 Muharam! Hehe. Alhamdulillah, tadi aku puasa 10 Muharam. Bestnya, berbukak dengan housemates and Kak Wani (kak usrah). Sweet gile Kak Wani, sanggup datang sini daripada rumah dia kat Mulana, sebab nak bukak puasa dengan kitorang. Dia masak gulai lemak telur dengan sayur. Jura pulak buat bubur lambuk, bahagikan kat satu Sukawening. Katenya tak pernah masak bubur lambuk lagi, tapi gigih buat 2 periuk. Fuhh. Tapi yang buat aku rasa nak gelak, dia nak berbukak dengan bubur lambuk tu je. Konon tu dah main course. Aku ingat nak makan nasik jugak la kan. Perut aku ni perut stoking, kena kasi penuh sikit sebab kapasiti besar. Tapi Jura cakap, tak payah la. Bubur lambuk tu cukup la untuk berbukak. Hahaha. Pastu mujur la Kak Wani cakap nak masak. Aku baru ingat nak order makanan kat kedai je kalau Jura memang tak masak nasi.

Lepas tu, tak tahu la kenapa housemate aku yang sorang tu gigih nak memasak hari ni. Dibuatnya pulak donut. Tapi series talk, donut dia sedap. Gebu uolls. Ngeh3. Dalam banyak-banyak yang dia pernah masak, aku rasa donut tu yang the best. Heh3. Cicah pulak coklat cair yang aku buat.

*Alang-alang, meh nak share cara buat coklat cair yang sooo simple. Korang just campurkan susu pekat krimer dengan serbuk koko. Kacau sampai likat, agak-agak yang korang suka. Banyak mana pun, agak korang suka la. Hentam je.*

Kalau ikutkan, Jura nak buat kek coklat hari ni. Tapi aku stopkan dia, sebab takut tak habis pulak nanti. Macam banyak desert je pulak, makan beratnya tak seberapa. Hehe.

Bila terfikir betapa sweetnya dorang, suka sangat masak macam-macam, buat aku touched habes. Heaven habes tau tak hidup aku ni. Kadang-kadang pagi bila bangun tidur je, “Ika, jom makan!”. Heh. Kadang-kadang malam, “Ika, jom makan! Siap masak dah ni”. Tak ke heaven? Kalau ikutkan, bilik aku la yang paling dekat dengan dapur, tapi aku jugak la muka yang paling jarang jejak dapur. Kat rumah ni, Raja, Jura and Kirra memang sangat rajin masak. Enin, jarang-jarang tapi better sikit daripada aku kot. Huk3.

Akak-akak kitorang lagi la dasyat dorang punya rajin. Asal usrah je, mesti ada makanan. Kak Iqin dengan Kak Ain dulu suka masak untuk usrah. Pisang goreng la, cekodok la, pudding, macaroni, macam-macam la. Syok habes.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dorang sangat sweet ek. Alhamdulillah, dalam hidup aku ni, Allah kurniakan orang-orang macam diorang untuk maniskan hidup aku ni. Terharu tau tak bila ada orang dalam hidup korang, yang kalau diikutkan tak de apa-apa pertalian darah dengan korang, bukan la sedara korang, bukan sape-sape sangat pun dalam hidup korang, tapi so sweet dengan korang. Yang buat korang jatuh sayang kat dorang.

“Kat Malaysia tak pernah jumpa orang baik-baik macam ni eh Ika?”

No la. Jumpa. Ade je, in fact, ramai. Daripada sekolah, masuk matriks, keluar matriks, ramai je yang aku jumpa, yang sangat sweet dengan aku. Tapi bila sekarang ni, dengan situasi aku jauh daripada family, kehadiran dorang dalam hidup aku ni dah macam mengubat hati aku. Mengubat rindu aku kat Malaysia. As if kehadiran dorang ni nak bagitau aku, “Come on Ika. Kat mane pun ko berada, kat ceruk mana pun ko sekarang, ingat la, you’ll never be alone. Ukhwah yang terjalin akan selalu dijaga.” Haa, gitew. Lagi-lagi bila bukan kalangan member, akak-akak je yang baik tapi including locals kat sini sekali.

Kalau nak tau, orang-orang kat sini sangat baik, sopan, friendly. Kalau dulu kan ada isu ‘ganyang Malaysia’ apa hentah. Yang Indonesia ni memusuhi Malaysia. So kita dok fikir, habes la, Indonesia mesti pulaukan, ganyang students Malaysia habes-habes. Ehh, no la. *goyang telunjuk* Dorang tak macam tu. Maybe kat tempat aku tak la. Jakarta ke, Medan ke, Bali ke, tak tau la pulak. Tapi still, orang-orang kat tempat aku sendiri, dorang layan Malaysian seadanya. Tak kisah sape pun, golongan mane pun, memang dorang takde masalah dengan Malaysians. Bukan dorang tak tau yang kitorang ni Malaysians. Sekali bukak mulut, dorang dah boleh agak dah.

Students local kat sini, ade je yang aku rapat. Not exactly rapat betul, tapi kalau jumpa tengah jalan tu, sembang la jugak. Bukan setakat buat-buat terkejut nampak dia, lambai, senyum then blah. Tapi, “Eh, hai. Kamu dari mana? Udah lama gak ketemu sama kamu, kangen banget. Kamu lagi ngapain sekarang? Busy ya? Ujian kemaren gimana? Bla bla bla…”. Macam member dah kenal patblas tahun je.

Bila aku singgah beli makanan tepi-tepi jalan, mak cik-mak cik kedai boleh cun-cun je sembang panjang dengan aku. Lepas tu keluar la macam-macam cerita, yang sedara dia sekarang kat Malaysia la, itu la, ini la. Pernah aku jumpa sorang abang kedai gajet ni, dia lulusan UM in Syariah. Sembang panjang la dengan dia kan. Dia tanya aku duduk mana, aku cakap Kelantan. Tahu dia balas ape? “Oh, Kelate ko?”. Errk, amek nak ko Ika. Hahahaha. Iolls pulak yang terkejut time tu. Pastu gelak la sorang-sorang. Kelakar kot bile ko fikir ade Indonesian yang boleh sebut Kelantan dengan loghat Kelantan tu. Shopping kat Pasar Baru ke Jatos ke, dorang macam excited pulak bila tau kita ni Malaysian. Dorang akan tanya Malaysia ni macamana, pastu tanya aku sini study apa, berapa tahun, bla bla bla.

Mak cik laundry aku pun, baik dia sampai buat aku serba salah. Aku tak ingat apa nama dia, Ibu Tati kot. Malu nak tanya lagi sekali sebab dia dah boleh ingat nama aku tapi aku tak ingat dia. Padahal bukan aku sorang customer dia. Uhuk. Aku hantar selimut dengan comforter kat dia, dia cakap harga beza dengan cuci biasa. Pastu dia tanya, “12 ribu bisa neng? Biarin?” Ehh? Dia pulak yang tanya aku harga cucian dia. Dah aku yang hantar kat kedai dia, takkan aku nak tentukan harga pulak. Hahaha. Tak pernah pulak berkira pasal duit dengan aku. Kadang-kadang aku nak bayar dulu baru ambik, dia tak bagi. Dia cakap tak payah la, nanti dah siap baru bayar. Erkk? Ade sekali tu aku ambik baju yang dah siap, bila nak bayar, bukak purse tak cukup duit *sob.. sob..* Hahaha. Then dia kate takpe la, nanti-nanti je bayar. Dia suruh aku ingat sebab takut dia lupa, aku pulak suruh dia yang ingatkan sebab aku pun senang lupa. Last-last kitorang masing-masing buat reminder. Hahaha. Next aku hantar baju tu, dia tak remind kat aku yang aku ni hutang kat dia padahal depan buku resit tu je dia tulis. Aku la yang ingatkan. Best la hantar laundry kat dia sebab tak banyak masalah. Member yang laen macam-macam masalah ade. Baju hilang, tertukar hantar, minta duit advance. Haishh.

Then kitorang punya tuan rumah ni, kitorang panggil Teteh je. Nama sebenar Rahmah. Actually, she’s not exactly the tuan rumah. Tapi apa-apa hal pasal rumah, memang kitorang deal dengan dia. Dia sangat sempoi. And sweet dia pulak memang tak tau nak cerita macamana. Jumpa tengah jalan, siap boleh bagi flying kiss lagi kot. Heh. Mane nak jumpa orang macam dia? Tak banyak masalah la kat rumah ni dengan dia. Kalau ikutkan, kitorang pulak yang selalu bagi masalah kat dia.

Tak kisah la sape sekali pun, sepanjang setahun lebih aku kat sini, tak pernah lagi aku kena hentam ke, kena maki ke dengan Indonesians. Sebabnya ade yang kata, orang Sunda memang sopan. Kat Bandung, kat Jatinangor ni, memang mostly dorang are Sundanese. Nak dibandingkan dengan Jakarta, orang kate Sundanese lagi sopan and baik sebenarnya. And no doubt. Memang dorang sangat baik.

Dulu mase aku dapat offer datang sini, ma berat hati nak bagi. Ma kate, “yakin ke nak pergi sane? Sane ramai orang jahat la Ika.”

“Kalau jahat, kat Malaysia ni pun berlambak orang jahat.”

“Tapi orang Indonesia ni, kita tak tau macamana jahat dia. Tengok la kat tv macamana”

Aku diam.

Haa, ni la padahnya ma aku banyak tengok sinetron. Dah terpengaruh. Ape yang takde dalam sinetron tu? Heh, semua ada. Dari tukar anak, menculik, bunuh, sindiket culik budak untuk jadi pengemis sampai la berebut harta. Tapi tu sinetron je ma oii. Bila kat sini, aku cakap la kat ma, don’t worry sangat sebab orang kat sini tak macam yang sinetron tu. Ma cakap, ye la, baik pun baik jugak, tapi jangan percaya sangat. Kalau nak buat baik kat orang, biar la berpada-pada jugak. Haii, baiklah ma. Sudahnya, aku aware jugak la. Betul jugak apa yang ma cakap tu, nak buat baik pun berpada-pada jugak sebab kita tak boleh baca putih hitam hati orang kan.

Pernah dengar tak pepatah orang kate, dalam setandan kelapa, mesti ada yang komeng. Haa, bile aku cakap semua orang kat sini baik-baik, tak bermaksud takde orang yang tak baik langsung kan. Nauzubillah, bukan nak kata apa la, tapi ade je segelintir, in fact sangat sedikit. Its not that dorang pilih untuk jadi tak baik. Tapi as kita tahu, Indonesia is still developing country. Nak dibandingkan dengan Malaysia, memang Malaysia ni lagi mewah. Tekanan hidup kat sini membuatkan some of them terpaksa cari jalan lain untuk hidup. Ade yang terpaksa menipu, ade yang terpaksa meminta-minta dengan alasan anak tak makan lagi, ade yang minta pinjam duit dengan bohong kate anak sakit.

Pernah pulak dalam angkot sekali tu, ade sorang budak lelaki, remaja, membebel sorang-sorang. Boleh kate meminta la jugak. Dia kate daripada dia mencuri, merompak, buat kerja tak senonoh, baik la kitorang bagi duit sikit kat dia. Untuk makan pakai dia and bla bla bla. Aku pandang dia atas bawah. Mak oii, kasut lawa daripada kasut aku kot. Silau mata tengok berkilatnya. Jeans cantik kemain, macam baru je. Heh. Aku terfikir, dia tu muda lagi, sangat muda, boleh buat kerja lagi, takde cacat cela kat mana pun. Kenapa nak kena meminta dengan alasan nanti dia tak payah mencuri. Ehh? Dah kenapa nak mencuri pulak, kerja la elok-elok. Macam-macam sebenarnya. So sendiri mau ingat la jugak kot. Memang kesian kat diorang bile fikir tentang keadaan dorang, tapi nak tolong pun, aku tolong ape yang mampu je la kan.

Untuk kelas UKM sebelum ni, kitorang dah 2 kali buat program dengan komuniti kan. So pergi melawat tempat-tempat diorang, buat aku terfikir, Ya Allah, ade orang yang mungkin tak bernasib baik macam aku. Well, bukannya aku ni anak Dato’ pun nak kate bernasib baik tu *anak kepada datuk Keysha tu ye. Hahaha* , tapi bila ko tengok sendiri keadaan rumah dorang, ko akan terfikir rumah papan kat kampung tu pun dah mewah dah sebenarnya. Korang akan terfikir motor Honda cabuk atuk korang tu pun sebenarnya dah nikmat dah. Makan nasi dengan ikan kembung goreng tu pun sepatutnya dah bersyukur habes dah. Dorang nak jumpa nasi sehari sekali pun susah.

Aku pernah sekali shopping kat Pasar Baru (PaBa), aku tawar menawar la dengan abang tu. Aku beli T shirt Bandung, banyak la jugak sebab untuk semua family aku kan. So since banyak, aku mintak murah dengan dia. Dia bagi discount 1-2 ribu each. Aku mintak murah lagi. Discount 3 ribu each. Sekali dia cakap apa tau, "Aka (panggilan untuk perempuan, macam kakak gitew la), 3 ribu itu kalau di Malaysia udah 1 ringgit kan? Kalau buat aka mungkin gak ada apa-apa nilai, tapi buat kita di sini, 3 ribu itu udah cukup besar ka."

*Sentap*

Terus aku angguk. Bukak purse, bayar.

Jurang ekonomi antara orang kaya dengan orang miskin kat sini pun jauh berbeza. Aku selalu bandingkan Jatos *Jatinangor Town Square – shopping mall kat sini, 10 minit dari rumah* dengan PaUN *Pasar UNPAD – almost like pasar minggu, tiap pagi Ahad, ade kat belakang kampus*. Kalau jalan-jalan kat Jatos, ko akan jumpa orang yang pakai cantik-cantik je. Jeans brand itu ini, dress, blaus, tudung lilit-lilit belit kepala. Shopping itu ini, duit keluar macam air mengalir je. Makan Pizza Hut, KFC, Richeese. Cuba tengok pulak kat PaUN, orang pergi sane pakai tracksuit dengan T shirt lusuh je kot. Makan nasi kuning, takpun bubur ayam harga 6 ribu tu. Bersamaan kurang 2 ringgit. Nak beli seluar track sehelai, harga 20 ribu je (lebih kurang 6 ringgit), tapi tawar menawar sampai kering air liur.

Tapi, kalau tanya aku kat mana aku lagi suka, of course PaUN sebab kat PaUN la aku boleh bersilaturrahim. Hehehe. Bersilaturrahim la sangat. Tapi betul la, baru belek baju sehelai, mak cik kedai dah sembang nak rak dah dengan aku. Bila tau aku Malaysian, lagi la dia kepochi habes. Ko jangan harap akak-akak kat Jatos tu nak sembang bagai dengan ko. Memang sembang. Sembang nak promote baju baru sampai, harga murah, bla bla. Tanya harga, bayar, terima kasih lepas tu blah. Tu je la.

Sebab tu aku rasa Indonesia ni sebenarnya bumi tarbiyah. Macam-macam yang aku dapat kat sini. Daripada semua pengalaman yang aku ceritakan ni, sebenarnya mengajar aku sesuatu. Sesuatu yang sebenarnya aku tak pernah dapat selama aku 19 tahun kat Malaysia. A new experience, yes. A tarbiyah, indeed. So bila aku fikir balik, plan Allah untuk aku ni sweet. Allah letakkan aku kat sini untuk aku belajar something different. Not only belajar Medic ni je, belajar treat sakit orang. But belajar untuk treat hati aku sendiri.

Hmm..
Thanks for reading..

Sunday, November 2, 2014

Choices..

Sunday, November 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Peace..! Maafkan aku atas kegianan aku nak menulis. Muahaha. Believe it or not aku still belum study learning issues aku. Apakah? Means aku still belum siapkan notes untuk presentation besok. Biasa la, aku memang suke tunda kerje. At the end, aku jugak yang gelabah sorang-sorang. Mase exam tu la aku mula kelam kelibut nak cover semua cases. Tapi, instead of stress, aku tak la stress sangat kot. Sikit tu ade la. But I like it that way actually. Aku suka kot bila pressure macam tu. Sebab tu akan buat kita makin fokus. Iyo dak? Err.. maybe aku je la kot. Some of my friends tak suka pressure sangat. Bila nak exam je, muke berkerut. Serius memanjang. Pastu nangis sorang-sorang sebab terlampau stress. Tak pun tak boleh nak tegur langsung.

“Jangan kacau aku boleh tak? Aku nak exam kot. Ko tak pe la, otak genius, tak payah belajar pun top scorer. Aku ni lembab, lampi.”

*Errr..*

Bukan la aku nak tuju kat sape-sape. In fact, tak pernah pun ade yang maki aku macam tu. Saje aku nak exaggerate sikit. Hehehe. Tapi stress ke tak stress ke, sebenarnya tu pilihan kita. Kalau aku pilih untuk study last minute, so I have to bear with the pressure sebab aku sendiri yang nak macam tu kan. Tapi kalau ade orang yang tak boleh study last minute sebab nanti stress, so tak payah la buat cenggitu. Cover semua benda awal-awal. Kalau ko stress sorang-sorang nanti, you can blame no one, right?

Sebab tu hidup ni sebenarnya pilihan. Everyday, every single minute, every second, kita akan dihadapkan dengan berbagai pilihan. *ehh, macam lagu pulak – sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita… ne ne ne…* So it is up to us, apa pilihan yang kita pilih. Nak A ke B ke C ke and bla bla bla

“Dah tu, pilih je la apa-apa pun?”

Haipp. Nak buat pilihan pun biarlah betol-betol. Jangan main hentam je. Kita ada matlamat, kita ada vision, so takkan la perjudikan hidup kita dengan pilihan yang kita main pilih hentam kromo je.

“Dah tu?”

Di sini la pointnya kat mana iman kita akan diuji. Keyakinan kita. Faith. Kita kate kita Islam, percaya kat Allah. So, kenapa tak biarkan Allah yang buat pilihan untuk kita? Lets say nanti kita berdepan dengan pilihan yang sukar dalam hidup, so mintak la hidayah, petunjuk kat Allah. Tanya Allah, apa yang patut kita pilih. Ini ke itu?

“Macamana nak tanya tu?”

Doa. Senjata orang Muslim kan doa. Senjata yang paling senang nak diguna tapi jarang pulak kita pakai. Kalau ikutkan, tak payah keluarkan duit, tak payah susah-susah ke sane ke mari. Just angkat tangan, rendahkan hati, mintak kat Allah seikhlas mungkin. Insha Allah, Allah akan tolong kita. Nak lagi? Istikharah..

Haa, cakap pasal istikharah pulak, ade sorang member aku ni, sebaya dengan aku. Sekarang ni dia macam dalam dilema. Sebab mak dia ade carikan jodoh untuk dia. *gulp* Mak dia kate, “Okeh, sekarang ko dah tak payah risau lagi dah. Mak dah carikan jodoh untuk ko.” Heh. Advance habes. Si member aku ni, at first terkejut jugak la. Tak nak sebab dia tak kenal sape laki tu. Tapi mak dia ni memang berkenan habis la pulak. Mak dia call, tanya si budak laki tu ade contact dia tak, ade call tak.

Kawan aku ni makin lama makin stress la jugak. Sebab dia tak ready lagi. Dia fikir nanti 5,6 tahun lagi, baru la dia nak kawin. Cenggitu la lebih kurang. Nak tolak, dia takut nanti jadi derhaka dengan mak. Well, aku fikir takde la sampai derhaka pun kan. Tapi, aku takde kat tempat dia, nak cakap lelebih pun, tak nak la macam buat kepala je. Bajet tahu semua bende pulak. Lagipun mak dia dah bersungguh sangat. So kitorang cakap la kat dia, senang cerita, buat la istikharah. Haa, so Insha Allah, dia kate dia akan buat. Sebab dia memang tak tahu nak buat macamana sekarang ni. Setuju ke tak setuju. Laki tu pulak kate sanggup tunggu 5,6 tahun tu. Tapi macam tak nak la pulak terbeban kot. Kalau kate tetiba nanti member aku ni jumpa pilihan hati sendiri, mana nak dibuang yang laki tu. Padahal dah bertahun kot tunggu.

Hmm.. tu la kan. Kita manusia memang selalu ade pilihan dalam hidup. Dari sekecik-kecik pilihan sampai la sebesar-besarnya. Pilihan nak kawin, pilihan nak masuk U mane, pilihan nak masuk sekolah mane. Tu semua pilihan dalam hidup. Even esok pergi kelas nak pakai baju apa pun, sebenarnya satu pilihan.

Cuma skeptikal manusia, kalau nak berdoa, kalau nak istikharah, mesti untuk pilihan yang besar-besar je. Selalu kita dengar kalau nak terima pinangan, mesti buat istikharah. Ye tak? Sampai ade pulak la lagu Istikharah Cinta. Pernah dengar lagu Istikharah Sekolah? Istikharah Universiti? Tak pernah kan. Sebab kat minda kita ni umpama dah disetkan yang solat Istikharah ni untuk buat pilihan terima pinangan kawin. Heh.

Aku pernah dulu tanya member aku, macamana nak solat Istikharah. Sebab aku nak try buat, untuk isi UPU time tu. Tapi tak pulak cakap kat dia tujuan ape. Dia pun ajar la, cenggitu, cenggini. Bla bla bla. Lepas tu, dia tanya aku, “Ko nak buat pilihan antara si A dengan si B tu ke? Ko konfius nak terima yang mana ek?”

*err..?*

Itu la skeptikal pemikiran orang kita. Iyo dak? Padahal sepatutnya, setiap hari kita berdoa mintak petunjuk, setiap hari kita solat Istikharah. Sebab sekali lagi aku ulangi, setiap hari, kita akan dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Aku pernah bukak blog somewhere, dia kate la Ustaz dia ajar, setiap kali qiam malam, buat same solat Istikharah tu. Bukan tunggu kena pinang baru nak Istikharah.



So jumm la perbaiki skeptikal pemikiran kita. Insha Allah. Wallahua’lam.

Thanks for reading (“,)

Saturday, November 1, 2014

One Fine Day..

Saturday, November 1, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Ehem.. hehe. Hari ni aku bahagia. (^,^) Iciwwah. Kenapa? Sebabb…. memang hari-hari kita patot bahagia pun kan. *Ehh, memain pulak?* Kih3. Tak la. Bukan main-main, tapi betul la kan. Everyday yang kita lalui, aren’t we supposed to be happy? Bersyukur sebab kita masih lagi dapat menghirup udara Allah, masih dikurniakan umur yang panjang oleh Allah. Bersyukur kerana kita masih dapat menikmati nikmat terbesar dalam hidup kita, nikmat Islam dan Iman. Tak gitu? So, tak bahagia ke?

Hmmm. Hari ni tak plan nak menulis pun sebab aku sepatutnya siapkan kerja KATCHA! yang dah tertangguh-tangguh dah. Nak kena sorting submission karya peserta ikut kategori. Erkk, aku tak cerita panjang lagi kan amende jugak la Katcha! ni. Haa, alang-alang *cehh! Alang-alang la sangat*, meh la aku cerita sesikit pasal Katcha! Btw, sorry kalau pening sebab banyak sangat exclamation mark ni. It it compulsory to have that mark okeh. *goyang telunjuk*

Ni ialah photography contest yang dianjurkan oleh Biro Multimedia Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI). Dah apa pulak KUBI ni? Err.. pendek cerita, usually untuk students oversea, memang akan ada kelab students Malaysian kan. So, this is one of it. Not only Bandung je actually. Ada kat Jakarta, Makasar, Medan, Malang, etc. In fact, bukan cuma kat Indonesia. Banyak lagi kat tempat laen. UK, Jepun, Korea, etc. Nama besarnya, Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

          Meh la nak promote sikit KUBI ni. Ainin yang selalu pegang fb KUBI ni sebab awal-awal lagi aku dah cakap aku malas. Keje aku poster je. Ngeh3. Kadang-kadang aku just buat poster untuk hari kemerdekaan ke, raye ke untuk diupdate kat fb KUBI. (Twitter KUBI kat sini) and (sini official fb KUBI)

Back to Katcha! tadi, aku is one of the AJK Katcha! Diserap masuk daripada Biro Multimedia KUBI, masuk Katcha! terus. Then, since pengarah program a.k.a ketua Biro Multimedia KUBI a.k.a jiran depan rumah percaya aku untuk buat kerja-kerja multimedia ni *ye ke? syok sorang kot*, dapat la aku kerja sebagai Biro Multimedia dalam Katcha! Since aku saja nak bagi korang konfius lagi, aku ialah Biro Multimedia KUBI yang terlibat sebagai Biro Multimedia Katcha! *cukup konfius?* Heh3. Kerja aku tak la susah sangat, tapi boleh la buat aku bengang sorang-sorang. Buat poster je pun. Tapi untuk create hasil yang orang cuma akan baca tak sampai seminit tu, it takes hours to be done. Whatt? Yepp. So jangan pandang bebudak multimedia sebelah mata je tau. *tayang muka bangga sikit. cehh!* Muahaha.

        Aku gian nak promote. Ni page fb Katcha! Ainin jugak la yang bertanggungjawab uruskan. *padahal patutnye aku la kan? heh3* (sila la klik sini)

Untuk kali keduanya, back kepada cerita asal, which is nak cerita pasal kerja tak sudah aku ni. Sorting submission tadi. Sepatutnya aku siapkan 2,3 hari lepas lagi. Pengarah dah asyik tanya. Aku cakap nak buat semalam, Insha Allah tapi bukan kehendak Allah nampaknya. Sebab internet masalah semalam. So nak buat hari ni tapi internet stil gelong. Ni pun tethering je. Allah dah gerakkan tangan aku untuk menulis, so macam-macam cara aku buat untuk pastikan entry ni dapat dipost jugak. Sebenarnya aku pun tak tau nak cakap pasal apa. Tapi let’s just follow the flow. Kalau dah aku keluarkan satu perkataan je pun, lepas tu berderet-deret la yang menyusul. Macam ni la, baru mukaddimah je. Tapi aku tak boleh nak stop. Will you please stop, Ika? Orang dah penat nak baca mukaddimah ko sampai 5 perenggan. Now, stop!

Haa, cunn. Sekarang, nak tanya pulak. Pernah tak korang terfikir yang one day, korang akan buat something or minat something that you never thought you will? Contoh macam, dulu korang rasa yang Milo tu langsung tak sedap? Kecik-kecik dulu pun tak minum Milo. Minum kopi ‘o cap Kapal Api tu uolls. *maaf, tak tau time kecik dah ada belom kopi cap tu* Heh. Tapi kan, bila dah sekali minum Milo, hambooi mak, nikmat la pulak sampai tiap masa rasa nak minum Milo je. Breakfast pepagi, minum Milo dengan roti bakar sapu srikaya. Dah tak main teh tarik bagai ni. Tengahari makan kat kampus, order Milo ais tabur. Balik kelas petang tu, bajet-bajet hi-tea, minum Milo panas, tak heran kat teh ‘o. Malam, sambil study, buat assignment tu, ditemani Milo lagi. Hambik ko, asik Milo je.

Tu contoh je la. *aku kan suke bagi contoh yang hentah hape-hape*. Tapi, nak katanya kat sini, mustahil ke kalau dulu kite pernah tak suke satu benda tu, tapi one fine day tu, kita ‘terjatuh cinta’ kat perkara tu. Korang rasa mustahil ke? Kalau tanya aku, aku akan kata TAK. Tak mustahil pun. Kenapa? Sebab hati kita ni milik Allah. Anytime Allah nak bolak-balikkan hati kita, memang tak mustahil pun. Kun Fayakun. Iyo tak? Any argument?

Lagipun, benda ni terjadi kat aku. Meh nak ceghita sikit. Hmm. Kalau ikutkan la kan, aku bukanlah seorang IT savvy. Tak pernah teringin jadi IT savvy pun. Minat ke, curiosity ke, cinta towards bidang-bidang IT ni langsung takde. Senang kate, memang aku tak pernah minat IT, rabun IT. Since aku seorang kanak-kanak comel dahulu kala sampai la aku dah jadi anak dara comel sekarang ni. *Ya Allah, dah kenapa? Jentik jugak karang*

Time sekolah-sekolah dulu kan ade kelas ICT. Kalau sekolah rendah dulu, cikgu selalu bawak masuk lab computer bila cikgu malas mengajar. *ehh? hehe* Time tu havoc la satu kelas. Sume cakap “we love you, cikgu”, “cikgu memang tip top la”, habis la segala vocabulary dipakai untuk puji cikgu tu. Bahagia dapat masuk lab comp. Iyolah, kecik-kecik dulu bukan pakai komputer nak buat assignment, tapi main game. Mau tak happy? Aku pun tumpang la happy tu. Main game tau la.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku dah tak berbahagia dah bila masuk kelas ICT. Sebab macam-macam la terminologies baru yang aku akan jumpa. Macam-macam homework yang cikgu bagi related dengan computer. Ko ingat senang aku nak carik hentah hape-hape software la, hitu la, hini la dengan tahap pengetahuan IT aku yang cukup makan ni? Renyah. Sebel banget tau nggak.

Lepas SPM, aku apply semua asasi. Haha. Betapa aku tak nak membazirkan masa untuk diploma, habis semua 8 options tu aku mintak asasi. *last-last sangkut medic 6 tahun jugak. hmpph* Langsung tak takut semua kena reject. Risky. So aku nasihatkan kepada lepasan SPM sekalian, jangan tiru hakak Ika ko ni. *in fact, aku rasa macam aku sorang je manusia fearless macam ni* And one of my options is Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer kot kalau tak silap. Aku pilih sebab dah takde pilhan lain. Tapi still aku letak option yang belakang-belakang sikit la kan. Aku dah fikir dah, kalau kata aku dapat yang tu, memang jangan harap aku nak accept la. Sekali aku memang dapat yang tu uolls. Kat UIAM. Aku suruh member yang check offer tu, dapat tau je course tu, memang langsung aku tak check balik. Tak heran dah bila tarikh register ke, kat mana ke. Aku pun then terima la offer Matriks.

Kisah kat matriks pulak, kat Changlun, kitorang tak pilih sendiri course tapi kitorang diassigned oleh management. Guess what, aku dapat Modul 2, consist of Math, Chemistry, Physics and… Science Computer! Like, what the..?? Kebetulan akak aku, Aten study kat UUM time tu. Around 20 minutes daripada matriks aku. 1st week kelas tu, dia datang jumpa aku kat matriks. Pastu katenya risau tengok muke aku stress habis. Dia ingat aku tak boleh adapt sebab aku kan tak pernah jauh dari rumah. Tapi tak, semuanya sebab Science Comp! Huh. Aku request tukar course ke Modul 1. Yang takde SC, tapi ganti dengan Bio. Member aku cakap aku pelik sebab selalunya orang tak nak modul 1. Tapi aku terbalik. Whatever. Then bila dah tukar kelas, baru la aku rasa hidup aku ni teramat la aman.

Then, lepas matriks, aku dah tak mintak SC dah. Cuma 2 bende je yang aku mintak. 8 options tu, semua aku mintak Medic dengan Engineering.

Ehh? Macam berbeza pulak courses tu?

Haa, memang.

Dah tu minat yang mana sebenarnya?

Dua-dua tak.

What..??

Itulah Wan Norshafika. Dah nak masuk degree pun takde hala tuju lagi. Dapat interview oversea untuk Skim Latihan Tenaga Pengajar under matriks, aku fail. Ujian aptitude medic, aku kantoi. Then dapat la offer dari UKM, untuk Electrics and Electronics Engineering. Hmm. Tak la berpuas hati, tak jugak bersedih hati. Then, dapat pulak offer Medic UKM-UNPAD ni, Alhamdulillah dapat. So, once aku dah jejak kaki dalam bidang medic, aku fikir aku dah takkan terlibat dalam ape-ape je perkara berkaitan multimedia and IT ni.

But who knows, waktu ni la aku ‘jatuh cinta’ kat IT. The moment aku tak ‘dikejar’ IT, aku pulak yang ‘mengejar’ IT. Not exactly like jatuh cinta sungguh la kan. Sebab aku still rase aku noobie IT. Tapi more like, aku sendiri yang nak buat kerja-kerja multimedia ni. Aku masuk Biro Agama Islam KUBI (BAIK) *again KUBI*, and aku sendiri yang apply dengan amirah BAIK (ketua BAIK) untuk jadi Biro Multimedia BAIK. Haa, percaya idok? Dulu aku la yang paling tak nak IT ni. Beria-ia sungguh tolak IT, multimedia ni. But then, sampai satu saat which aku sendiri yang meletakkan posisi aku kat situ. Dulu aku reject, sekarang aku approach, cenggitu la. Then bila Shaf offer aku jadi Biro Multimedia KUBI, laju je aku setuju. Bile dia letakkan aku sebagai Biro Multimedia Katcha!, aku sangat puas hati. Bila dia mintak aku siapkan poster, buat itu ini, well, my pleasure. Then, sampai satu tahap lagi di mana aku gile mengedit foto. Nanti cekidaut la kat page Halawatul Iman aku (cekidaut sini)

Haa, panjang-panjang aku membebel ni, sebenarnya aku nak cakap satu benda ni je…





So just follow la ape yang Allah dah aturkan sebab Allah sebaik-baik perancang. Suka ke, tak suke ke, ikhlaskan la hati kita untuk terima apa yang Allah dah siapkan untuk kite. Sebab one fine day, baru kita nampak hikmahnya. Insha Allah, one fine day...

One fine day…

Wallahua’lam

Thanks for reading (“,)

Tuesday, October 28, 2014

Kita Manusia..

Tuesday, October 28, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Aku tertanya-tanya sorang2 sebenarnya. Pernah tak korang dalam hidup, even sekali pun, pernah tak korang rasa macam tetibe nak nangis? Tak de sape marah, tak de gaduh dengan sesape pun, tapi rasa macam laju je air mata nak jatuh. Tak pun dalam hati korang ni ada satu perasaan yang susah la nak diexplainkan. Tak keluar perkataannya. Susah benau nak cakap apa rasenya. Tak pun rasa macam serba tak kena. Nak study rasa macam tak boleh fokus. Lapar nak makan, tapi rasa tak selera. Nak tengok movie, tapi rasa macam tak de mood. Nak tidur pun, mata macam tak boleh lelap. Tutup laptop, bukak laptop. Tutup handphone, bukak handphone. Last-last termenung sorang-sorang bawah katil. Pernah tak korang mengalami salah satu daripada tanda-tanda ni?

Hmm. Aku selalu tertanya-tanya, aku je ke yang kadang-kadang rasa macam tu. Sampai la satu hari, dalam usrah, akak usrah tanya, “Pernah tak korang tetibe rasa macam serba tak kena, rasa nak nangis tetibe?”.

”Errkk, kalau pernah, kenapa? Penyakit ke tu?”

“Yupp, penyakit hati.” *ni aku yang cakap, bukan akak*

Akak cakap, tu tandanya awak jauh dari Allah. Awak dah mula leka dengan dunia, dah mula lupakan Allah. Dah banyak bermaksiat. Erkk.. bila cakap maksiat kat sini, bukan la just bermaksud berzina ke ape. Berdosa, itulah dia. Hmm.. akak cakap, tu tandanya Allah nak tegur hambaNya yang telah alpa, leka. Allah sayang hambaNya, tak nak tengok terus hanyut dalam kehidupan dunia, so Allah jentik sikit perasaan kita ni untuk kembali ingat kat Dia. Allah nak kita ingat tujuan kita kat dunia ni. Macam cikgu kat sekolah. Bila tengok anak murid dia ni memain kuat, dia pun bagi kuiz mendadak. Haa, baru kau nak gelabah. Cenggitu la kita dengan Allah ni. Kita dah start playful, Allah bagi ujian berupa ketidak amanan dalam hati kita ni.

Dalam usrah petang tadi, akak usrah cerita pengalaman dia. Lepas midsem exam hari tu, kitorang semua tak de cuti macam bebudak laen pun. Setakat cuti hujung minggu. Sabtu, Ahad plus Jumaat yang takde exam. 3 hari je bai. Sedeyhh! Tapi akak-akak 3rd year, total 15 orang, diorang saja la nak jenjalan ke Surabaya. Jauh jugak daripada tempat kitorang sebab Surabaya kat Jawa Timur. Kitorang kat Jawa Barat. Kena cross satu lagi Jawa, which is Jawa Tengah. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, diorang bersuka ria la kan dah travel jauh-jauh ni. Ade satu tempat dorang pergi, Bromo, ade air terjun bagai-bagai la. Sebab Indonesia ni, macamana sekalipun, aku sangat la takjub dengan view kat sini. Subhanallah. But then, tengah hari yang diorang sepatutnya naek train balik ni, ade sorang akak ni tertinggal beg dia kat air terjun tu. Perasan pun time dah turun dah. So pak supir naek balik nak cari, tapi tak jumpa. Masalah yang timbul is that, dorang dah terlepas train. Lagi pulak, akak yang hilang beg tu tak dapat naek train sebab tak de ID. So dorang sewa kereta untuk balik Bandung. Guess what, 30 jam! Kurang lebih 30 jam total perjalanan balik dorang. Masha Allah. Kalau aku, agaknya memang mati katak aku. Tapi dorang so sweet, sangat tenang.

Macam-macam je masalah lepas tu. Kereta ade masalah, dorang terpaksa mandi kat bengkel anak saudara supir, and macam-macam la. Tapi apa yang buat aku sentap jugak la, is that, dorang tak nak jadikan perjalanan dorang sia-sia. Dorang nak isikan masa perjalanan dorang dengan pengembaraan mencari sang Pencipta.

Dorang cari ibrah di sebalik semua yang jadi ni. Katanya, Allah nak tegur sikit sebab terlalu alpa dengan percutian kali ni. Bersuka-ria kat air terjun, mungkin menjauhkan sikit mereka dengan Allah. So Allah tegur sikit. Sikiiiit je. Kalau ikutkan, hanya sebab sebijik beg je. Sebab beg yang satu tu, mereka terlepas train, naek kereta 30 jam balik Bandung, bermalam dalam kereta je, kereta pulak ade masalah, etc. Haa.

Yang buat aku macam sentap lagi is that dorang boleh cool and ambik bende ni sebagai satu ibrah. Instead of salahkan masing-masing or salahkan takdir, dorang salahkan diri sendiri yang leka. (T_T)

So macam tu la kadang-kadang kita manusia. Selalu sangat alpa, leka. Dunia ni indah, sape yang tak terpukau kan. Tapi kalau kata kita tau yang kita ni dah alpa, cepat-cepat la kita kembali ke landasan. Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sayangnya Allah kat kita ni sampaikan Dia guide satu-satu jalan kita ni. Kita salah, Allah tegur. Kita leka, Allah cuit. Sweet tak Allah?

Teringat pulak perkongsian Kak Ain dulu. Tentang jiwa manusia. Jiwa manusia ni ada 3 kategori.

1. Al-Muthma'innah
Ni jiwa yang tenang. Jiwa yang sangat bergantung kat Allah, apa-apa yang dibuat pun, semua kerana Allah. Semuanya bersandarkan Allah. Jiwa yang mencintai Allah. Bila berbuat dosa, dia akan rasa sangat menyesal, bersalah.

2. Al-Ammarah Bi Suu'
Ni jiwa yang selalu mengajak nak berbuat jahat, berbuat lagha. Itu la motif hidup, nak buat jahat je. Sampaikan bila buat dosa pun, dah tak ada rasa bersalah tu. Wat lek wat peace je.

3. Al-Lawwaamah
Ni jiwa yang Kak Ain cakap, 50-50, macam lalang. Buat jahat boleh, buat baik pun boleh. Ada masa, rilex je lepas buat jahat. Ada masa, menyesal tak habis bila buat salah. Jiwa yang takde pendirian, sangat senang berubah-ubah dan digoda.


And then Kak Ain tambah lagi. Ada satu jiwa yang memang langsung tak layak nak disebut. Tak de dalam mane-mane kategori kat atas pun. Jiwa ni, bila buat jahat dia tak rasa bersalah, bila buat baik pun dia tak rasa tenang. Buat apa-apa pun tak pernah nak buat betul-betul. Hidup umpama takde hala tuju. Tak tau nak buat jahat ke baik. Gitu la.

So tepuk dada, tanya iman. Jiwa kita ni jiwa yang mana?

*Jiwa Muthma’innah!! Insha Allah*

Thanks for reading (“,)

Thursday, October 23, 2014

Kuntum Khairu Ummah..

Thursday, October 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Entry hari ni akan bermula dengan soalan, tahukah kita bahawa kita ialah umat terbaik yang Allah ciptakan? Allah angkat martabat kita dalam Quran. 



Haa, meh nak cite siket. Nanti kat padang Mahsyar, kita yang akan dipanggil untuk ditimbang dahulu. Kita yang layak menerima syafaat Nabi Muhamad (Insha Allah). Kita umat akhir zaman yang lepas ni dah takkkan ade umat laen dah.

So umpamanya kita ni dah jadi perkara terakhir, takkan kita nak buat endah tak endah. Lets say macam mak kita nak buat wedding untuk adik bongsu kita. Adik yang bongsu dah ni, yang last, mesti la mak kite buat grand habis kan. Sebab lepas ni dah tak anak yang akan dia kawinkan. Macam tu jugak la kita. Allah letakkan kita sebagai umat terakhir, makhlukNya terakhir, so Allah tinggikan martabat kita. Di zaman yang terakhir ni jugak la, Islam pernah menakluk 1/3 dunia. Wow! Kegemilangan Islam time tu, Subhanallah. Umpamanya Islam dah jadi Ustaziyatul Alam. Ilmuwan Islam berlumba-lumba mencari ilmu. Lagi2 pulak kita ni umat kepada kekasih Allah, Rasulullah. Seorang Nabi yang Allah angkat darjatnya. Nama Muhamad dijulang-julang dan diungkap dalam syahadah. Even dalam syahadah pun, Allah nak letak nama kekasih Dia. Tak bangga ke kita jadi umat Nabi Muhamad?

Tapi cuba tanya la diri balik. Apa yang kita nak banggakan sebenarnya? Dengan fakta yang kita ni umat terbaik? Dengan fakta yang kita ni umat Nabi Muhamad, nabi akhir zaman, umat seorang kekasih Allah? Dengan fakta umat Muhamad dah pernah meninggikan Islam di mata dunia setelah menakluk 1/3 dunia tu?

Layak ke kita berbangga dengan fakta tu? Memang Islam pernah berada tinggi di mata dunia, then sekarang? Islam jatuh. Bukan lagi berada pada puncak dunia. Macam yang kita tengok sekarang. Umpamanya sekarang ni, US, Amerika yang jadi ‘ustaziyatul alam’. Islam? Di Palestin, di Gaza, Islam ditindas. Islam dipijak-pijak. Even kat Malaysia, Islam kat hujung kaki Non-Muslim je. Cuma bezanya secara lahiriah ke batiniah. Cara kita diserang tu, lebih fatal yang batiniah sebenarnya. Tapi kita tak sedar.

Islam jatuh sekarang ni. Kenapa? Sebab kita! Ya, kita! Anda dan juga saya. Sedar tak sedar, sebenarnya kita la punca Islam jatuh ada hari ni. Tak nak mengaku? Cuba fikir balik apa sumbangan yang telah kita buat untuk naikkan nama Islam tu? Cuba listkan.

“Eh, ade je la Ika. Aku selalu sampaikan ayat-ayat Quran, hadis. Kat Twitter, kat FB. Cukup la tu. Semua orang baca, retweet, share, dapat jugak pahala kan.” (-.-)

Aku tak perlukan jawapan korang. Sebab nanti yang akan tanya kita, Allah. Usia muda kita, ke mana kita habiskan. Tepuk dada, tanya la iman.

Hakikatnya, kita lagi banyak bercakap daripada buat. Kita lagi banyak membangkang daripada bermusyawarah. Kita lagi banyak mendabik dada daripada memenuhkan dada. Keluar isu-isu sensitive yang menyentuh isu Islam, hah, semua pakat tweet, FB sane sini, bangkang isu tu bangkang isu ni. Kita sebenarnya lebih banyak melatah. Sangat senang melatah. Nampak tak betapa rapuhnya iman kita, kesatuan kita? Kita tak berada dalam satu saf yang sama. Padahal dalam Quran, Allah dah suruh untuk kita bersatu.




Aku ingat lagi dulu aku pernah baca somewhere pasal satu kisah ni. Zaman perang dahulu, Nabi suruh pahlawan perang untuk rapatkan saf. Lepas tu baru la dorang menang perang. Nak katanya betapa kesatuan ummah tu penting untuk menaikkan dan memperjuangkan Islam. Tapi kita? Sibuk bergaduh, perang mulut sana sini. Non-Muslim baru je jentik sikit, kita dah mengamuk sakan.

Terbaru, isu “I Want To Touch a Dog”. Isu besar ke? Entahlah. Bukan la aku nak berada kat pihak mana-mana. Sebenarnya sepatutnya tak harus ada dua, tiga pihak yang berbeza. Islam tu satu, so kenapa kita perlu ade dua, tiga pihak? Ade yang menyokong isu ni, ade yang membantah, ade pulak yang buat tak kisah. Lain orang, lainlah ragam. Tapi Islam ni bukan sekadar satu ragam. Islam ni sendiri satu pegangan, kepercayaan yang wujud bukan sekadar pada kata-kata kita, bukan sekadar melalui perbuatan. Tapi corenya, HATI. Isu anjing ni, melalui kata-kata, ramai la yang bangkang itu ini. Keluarkan hujah satu-satu, petik hadis tu, hadis ni. Melalui perbuatan, buat poster bangkang isu ni, tweet itu, tweet ini.

Tapi hakikatnya, melalui hati? Sebenarnya apa yang kita bangkangkan tu? Faham ke sebenarnya? Kita cuma faham, ade segelintir umat Islam yang menyalahi hukum fiqh, menyalahi Mazhab Syafie. Diorang kate pegang anjing saje-saje pun takpe, nanti boleh sertu. Okeh, kita bangkang sebab kita tahu tu salah. Hakikatnya, kita betol-betol faham ke ape agenda di sebalik keluarnya isu ni? Itu la dia. Agenda untuk memecah belahkan umat Islam sampai jadi dua, tiga puak. Sedar tak, semakin kita berpecah, semakin kita senang dijatuhkan. Nak patahkan satu lidi, heh, pakai dua jari pun boleh. Tapi cuba ambik satu ikat lidi, berpuluh-puluh batang, cuba patahkan. Kim Jong Kook pun kena pakai dua belah tangan.

Tapi itulah, Islam umpama dah kembali ke zaman Assabiyah dulu. Di mana Ansar dan Mujahidin menjadi dua suku yang sangat berpuak-puak. Padahalnya kita masih mengikut satu agama yang sama, agama yang Mustaqim, Islam. Kita masih mengikut perintah Tuhan yang sama, Tuhan kita yang Satu, ALLAH. Kita masih mengikut ajaran rasul yang sama, Rasulullah, Nabi Muhamad. Dah tu, apa yang kita buat sekarang? So layak ke kita nak berbangga kat satu dunia, kata yang kita ni umat terbaik? Padahal yang menjatuhkan dan memecah belahkan Islam sendiri ialah kita?

So, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Perjuangkan Islam. Perjuangkan identiti kita. Di mana kita meletakkan Islam ialah di mana kita meletakkan diri kita sendiri. Di bawah, di atas, di tengah? Insha Allah, di kedudukan yang terpuji.

Wallahua’lam


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Saturday, October 11, 2014

Salam Kerinduan..

Saturday, October 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Jumm.. Hari ni aku nak sharekan puisi aku. Ni ialah puisi pertama yang aku buat… kat dalam kelas. *Saje mengada nak boldkan* Nampak tak betapa aku ni seorang pelajar kesayangan cikgu dulu. Hamboii.. punya la tekun menunduk je masa cikgu mengajar. Cikgu sengih sampai telinga tengok aku. Haa.. hupenya tengah berjiwang sakan. Tu kot agaknya kenapa SPM aku kantoi. Hahaha. Maafkan saya cikgu.

Puisi ni is my most favourite puisi of all. 1, sebab ni puisi pertama aku. Opkos la kan. Umpama cinta pertama beb. Sayang lebih la *dah kenapa aku ni? sekeh mahu?*. 2, sebab puisi ni macam mendalam kot maksudnya walaupun tak berapa nak dalam. And tak de la sampai buat orang menangis tisu habis sekotak *over*. Tapi bagi aku, ade something yang ouch and menyentuh hati aku, menusuk kalbu aku. *What? Hahaha*. 3, sebab puisi ni ialah puisi pertama yang aku persembahkan masa Contest Minggu Bahasa dulu. Dah la 1st time aku perform puisi. I mean like man, I never had my interest toward sajak and puisi before then. So heran ape aku. Mane la penah nak masuk pertandingan sajak puisi bagai. Tapi time tu saje la, konon nak try je. Masa tu member-member aku semua gigih sakan google2, cari puisi untuk deklamasi kan. Sekali aku naek pentas, ehem.. ehem.. “Saya akan mempersembahkan puisi bertajuk Salam Kerinduan, hasil karya saya sendiri”. Iciwahhh. Bayangkan la macamana perasaannya bila audience macam.. “Oooo”. Rasa macam wow, aku ade something yang aku boleh buat. *Perlu ke aku berbangga?* Tapi rasa tu la yang sebenarnya makin mendorong untuk aku buat lebih banyak puisi lepas tu.

And then aku terhilangkan semua folder puisi aku yang dah berpuluh-puluh tu. What?? Just imagine how would I feel. Like crap. But then, believe it or not, among all of puisi-puisi yang aku penah buat, aku stil ingat puisi ni. The 1st one. Yang dah lama aku buat, yang dah lama aku tak belek-belek. I mean like, wow! Aku boleh rewrite puisi ni the same as before. And then aku edit balik sikit-sikit, nak menambah perasa. So now, here it is!

Salam Kerinduan

Oh Bulan
Ajarkan aku erti kerinduan
Seperti dirimu
Yang tidak lelah mendamba malam
Agar bisa aku
Mendamba rindu dan kasihNya

Oh Langit
Ajarkan aku erti kesetiaan
Seperti dirimu
Yang senantiasa memayungi insan
Agar mampu aku
Belajar mengabdi hanya kepadaNya

Oh Mentari
Ajarkan aku erti pengorbanan
Seperti dirimu
Tidak berkeluh menerangi insan
Agar dapat aku
Merasakan akan hangat cintaNya

Oh Angin
Ajarkan aku salam kerinduan
Seperti dirimu
Yang menyapa penuh pesona
Agar aku tahu bagaimana
Membisikkan kata rindu
Mendendangkan puisi cinta
Terbang bebas
Menyapa Yang Maha Esa

-Kabus Qaseh-

That’s all.

Thank you for reading (“,)

Kisah Kabus Qaseh © 2014